Tuesday, April 10, 2012

tips merangkul hati mak mertua.

hye hye semua. hari ni aku nak bg tips utk merangkul hati mak mertua kalian. kalau sape-sape yg tak faham maksud rangkul tu, senang je. meh aku terangkan. rangkul tu mcm kau rangkul pingat gangsa time hari sukaneka tadika kemas dulu la. haha. mcm poyo plak ayat merangkul tu kan. tp takpa la. aku rasa mcm suka plak nak taip ayat tu. hehe. emm tips ni sangat penting bg mereka yg mementingkan nilai kekeluargaan mcm aku (baca: tinggal di rumah mertua). bagi mereka yg sudah memiliki rumah sendiri di taman jobina, hasil drpd jualan herbalife (onyonyonyonyo tak habis-habis dgn herbalife dia), pun berguna juga tips ni bila korang melawat rumah mertua korang. jadi, moh baca ramai-ramai!

1) sentiasa rajin berbual dan senyum dengan mereka.

ye sahabat handai sekalian. sebagai seorang menantu, kau harus lah sentiasa rajin berbual dgn mak mertua kau ye. kita semua dah tengok cerita ibu mertuaku lakonan p ramlee. dan kita semua tidak mahu mata kita buta gara-gara nyonya mansoor tak suka sama kita kan. jadi senyum dan berbual itu wajib. wlpn kau mungkin bukan calon menantu pilihan, tp at least nampak lah usaha kau utk cuba berbaik dan beramah mesra dgn dia kan. hah? apa? kau tak reti nak berbual dgn org tua? takpe. mujur kau tengah baca blog aku. aku dah siapkan dah petua utk yg itu. nah sila baca INI :p

2) memasak utk mereka sekali sekala

mak mertua sangat menghargai bila menantu dia masak. ye lah kadang-kadang dia pn dah naik bosan dengan masakan dia sendiri kan. jadi bila kau masak untuk dia, dia rasa mcm sgt berbahagia sekali. kalau kau ni kassim selamat, terus jd dr ismadi. terus sayang kt kau. hehe. jadi, rajin-rajin la masak untuk mak mertua korang ye. tak perlu la masak nasi kerabu dagang hujan panas bagai kan. kau masak ayam masak kicap je pun dia dah suka. yg penting kena la sedap kan. tak pn dah kalau kau mmg tareti bebenau nak masak, ate kau masakkan je la spegeti prego yg mcm chef riz ajar tu. senang dan mudah. hanya 3 langkah sahaja kah kah kah.

3) tidak perlu sentiasa, yang penting ADA membantu mereka ketika mereka memasak. dan kalau kasi petua masakan, dapat extra carry marks. extra carry marks penting oke kalau kau agak-agak tak boleh nak score time final nnt (tiba-tiba sangat HAHA).

kalau pun kau tareti masak, atau kau malas masak, tp at least kau tolong la dia masak. bukan buat mende pn, tolong kupas-kupas kan bawang merah putih pn jadi la. tolong potong-potong cili pn jadi la. sambil kau tolong dia masak tu, kalau kau ada petua-petua masakan yg berguna, kau bgtahu la dia. nnt bleh dpt extra carry marks. dah mcm assignment kt u pn ada kn. hee. tp betul. contoh la mcm aku aritu (terpaksa membanggakan diri sendiri. dah nama pn blog aku HAHA). aku tolong mak mertua aku buat bawang goreng. pastu kebetulan dulu nenek aku ada ajar, kalau nak kasi bawang goreng tu garing, bubuh tepung beras/jagung sket. aku pn dan-dan la kasitaw mak mertua aku. wahhh dia punya teruja tu, usah cerita la. bersinar-sinar mata dia bila aku bgtahu petua tu. ngeh ngeh ngeh. best kan? dah kau g tolong mak mertua kau buat bawang goreng pastu kasi dia petua ni. mesti lepas ni kau akan lebih disayangi :p


niat nak berlagak tu memang lah ada sedikit. tp lebih kepada nak memberi contoh tauladan. tolong jgn  suuzon sangat ye. 

ni aku tolong mak mertua aku buat pizza aritu. aku yg bancuh doh dia doh (amcm abg ijaicool, rhythmic tak ayat ni? HAHA). bila dah sapu tomato cili sos bagai, dgn penuh rasa artistik dan astetik (sejak bila kau pandai artistik astetik bagai ni huda? err sejak jd isteri interior designer :p), terus menabur tomato bawang capsicum cheese bagai. alik-alik nak bakar, mak mertua aku g dapur dan terus separa teriak "LAAA! MAK LUPA NAK BUBUH DAGING!" ngehehehe. maka terpaksa mengumbah balik segala isi tu dan letak daging. hasilnya, terlihat lah daging mcm di atas. patutnya daging tu kt bwh skali. tp takpa la. rupa mcm mana-mana pun tak penting. yg penting rasa dia dappppppp angattttttt :') 


eh tips tak habis lg eh? alamak. dah malas nak menaip la plak tetbe. wahahha. emm oke last la ye last.

4) rajin-rajin kan lah tolong buat kerja rumah (basuh pinggan corelle dia, basuh kain, lipat kain, lap pasu bunga sabah dia, hilang-hilangkan habuk bunga yg dia beli kt nilai 3, etc)

oke secara jujurnya, aku pn jarang buat kerja rumah ni. sbb rumah mertua aku ni ada bibik. maka aku sedikit bergoyang kaki sambil mengusap perut. haha. tp kain baju aku dgn suami, aku uruskan sendiri ye. basuh pinggan tu bergantung pada kondisi sink. kalau sink mmg kosong, aku basuh la aku punya. kalau penuh gila tu, aku tak berapa nak basuh sgt la. haha. emm, tp misal kata la kau ni duduk kt rumah mertua yg tade org gaji. bawak-bawak la tolong dia basuh pinggan. bila dah habis makan tu, nak basuh pinggan tu, offer la nak basuh pinggan dia sekali. mungkin depan kau dia tak ckp, tp belakang kau mana nk tahu kan. aku ada je dgr cite macik-macik komplen menantu dia basuh pinggan dia sorg je. idok le nak ngoffer basuh pinggan mak mertua skali. mende tu pn depa perhatikan dan masuk dlm hati ye. so beware ye kwn-kwn. buat-buat la rajin sket kekdg. bukan hipokrit. tp beradaptasi mengikut keadaan :)


dengan itu, sy akhiri entri sy dgn serangkap pantun empat kerat;

burung serindit burung kakak tua,
hinggap berehat di atas pelita,
bantu-membantu sesama kita,
baru lah diri disayangi mak mertua


kah kah kah. pandai tak aku cipta pantun sendiri? 

artistik dan astetik gitu. awww. oke dah bye.

7 comments:

Shahada Fauzi said...

hahaha..siap berpantun bagai ko eh huda..hadoi..

tips ni akan aku serap dalam kepala hotak sebab nmpk gayanye aku pun bakal tinggal dengan omak mertua nnt..huk3..*batuk2 kecil..

Daisy said...

bykla ko punye artistik astetik kan,,
semenjak da kawen ni, update blog pon sbulan skali ye dakk? ceit!

s.c.h.u.l.t said...

*thumbs up*

sebab berbuat sedemikin ghope juga. hahaha

tapi huda lagi bestlah sebab ada bibik :D

Nurul Huda Rahim said...

cik sha;
biasa la. aku kan pencinta bahasa melayu sastera :p. haha. bagus. salin kt buku nota 555 supaya tak hilang. kalau nak futuristik sket, copy paste kt notepad pastu save. ngehehe.

fyza;
hahaha. betul gk tu ye. tak perasan plak aku. hee. al maklum la, ngadap suami lg seronok. baiklah, aku akan lebih bertekad utk apdate selalu :p

schult;
hee. yerp. rasa mcm best gk ada bibik. keh keh keh. tade la rasa mcm bersalah sgt bila tak buat keje rumah. tp risau gak. nnt dah duk rumah sendiri, malas mcm ada bibik plak. ngaaaa. naya aku kena marah dgn laki aku kang. haha.

Unknown said...

alololo, kemain betei dia

Afasz said...

double thumb up la....:D

Nurul Huda Rahim said...

eiffel;
alolololo. politik kena lebat :p

cik farizam;
thanx yawww! :D

Related Posts with Thumbnails