Tuesday, February 23, 2010

aku tak suka cicak (cicakman, kau pn termasuk sekali. jgn igt kau best sgt)

gara-gara cicak berbunyi kuat,
aku terganggu.

gara-gara cicak berbunyi kuat,
aku lambat siapkan assignment.

gara-gara cicak berbunyi kuat,
aku sering terkejut.

gara-gara cicak berbunyi kuat,
aku selalu terjaga daripada tidur.

gara-gara cicak berbunyi kuat,
aku lambat bangun solat subuh.

gara-gara cicak berbunyi kuat,
aku tertekan.

gara-gara cicak berbunyi kuat,
aku balik rumah tetiap minggu.

gara-gara cicak berbunyi kuat,
aku menaip entry ini.

tolonglah cicak. keluar dari bilik aku. aku merayu sgt-sgt T_T (eh eh. rasa mcm dah pernah menaip ayat ini beserta emoticon tersebut. cliche sungguh. memang tipikal Nurul Huda Rahim. haha)

p/s: agk-agk kalau spray cicak guna deodorant, mati tak?

.end of entry.

Monday, February 22, 2010

sessi bersama peminat (part 1).

hari ini aku akn meluangkan sedikit masa untuk melayan soalan-soalan peminat. jd, soalan bertuah yg terpilih adalah tiga soalan seperti yg tertera di atas. aku akan cuba menjawab dengan penuh rasa hemat, berbudi bahasa budaya kita, tanpa berbangga diri sedikitpun serta sgt kesopanan dan kesusilaan. yg tak terpilih, tolong jgn berkecil hati. mungkin soalan anda tidak begitu merangsang neuron-neuron aku. sila cuba lg thn hadapan.

Soalan pertama: bacin maksud (dik, cara kau tanya soalan pn dah salah. patut mcmni 'APAKAH YG DIMAKSUDKAN DGN BACIN?' ha. kan nampak berilmu tinggi sikit. bangga cekgu jamilah)

Jawapan: bacin adalah sejenis bau yg sgt-sgt-sgt busuk. bila ada 3 kali sgt di situ, maksudnya, bacin ni kuasa tiga kepada busuk. faham tak? contoh bau bacin ialah bau stokin yg anda pakai buat main futsal selama tiga bulan berturut-turut tanpa pernah sekalipun membasuhnya. dapat? nak tahu mcm mana bau nya? boleh cuba simpan mulai hari ini. jika sebelah kaki anda mempunyai cagu, jangka masa tiga bulan mungkin boleh dikurangkan kpd dua bulan. dan jika kedua-dua belah kaki anda mempunyai cagu, sebulan sahaja sudah memadai barangkali. apa pn, ianya bergantung pada tahap kelikatan cecair cagu masing-masing. faham ya? bagus.

Soalan kedua: ubat tahan gersang (nak ubat tahan-tahan plak. dah kalau kau pilih utk gersang, teruskanlah bergersangan. kalau tak, dari awal jgn la menggatal mengersangkan diri ngek!)

Jawapan: utk menahan kegersangan, anda boleh cuba menelan pil cek kit tick aun sebanyak 12 papan. kalau tak tertahan juga gersang anda, boleh try minum ubat minyak cap kapak 12 botol. yg saiz besar ya. setakat yg kecik tu, buat celah gigi je org tua ckp. oke. kalau masih tak boleh menahan, eloklah disapukan losyen mustajab pati halia di bahagian-bahagian yg tertentu. dan cara terakhir utk menahan gersang, anda boleh buka blog Refurbished Journey. lebih afdal jika anda dapat berbual secara langsung dgn tuan blog tersebut. kerana apa, aku yakin, dgn hanya berbual dgn beliau, kegersangan anda boleh ditahan. jgn lupa juga utk meminta tips-tips terbaru dan bernas daripada beliau ya. haha. peace sigg :p

Soalan ketiga: kaitan petir dgn pelangi (ilmiah soalan ini. bagus. aku suka. mesti kau pelajar contoh kt sekolah kan? lepastu ramai pelajar benci kt kau sbb tetiap bulan muka kau je yg naik pentas utk terima anugerah nilam)

Jawapan: petir berkaitan rapat dgn pelangi dari segi faktor abjad di permulaan perkataan masing-masing. selain daripada itu, mereka juga turut berkongsi 2 abjad yg sama iaitu E dan I. perkaitan yg paling ketara di antara petir dan pelangi ialah mereka diletakkan sebelah menyebelah dalam tajuk entri aku yg INI. pendek kata, hipotesis berjaya diterima di mana terdapat perkaitan yg signifikan (p < 0.05) di antara petir dan pelangi. jgn lupa bubuh *. nnt kena tolak markah plak. sng kan? tak payah guna kalkulator pn.

sekian sahaja utk sessi bersama peminat kali ini. harap anda berpuas hati dengan jawapan-jawapan yg telah diberikan. sebagai penutup, terimalah pepatah ini. saudara (sila baca dgn nada suara farid ismit pembaca berita tv 1 pukul doblas), org yg rugi adalah org yg sentiasa berniaga tetapi sering rugi dan tidak mahu mengaku yg mereka sdg rugi. haha (masih nada suara farid ismit). oke dah bye.

.end of entry.

Thursday, February 18, 2010

katak mati.

Korang pernah dengar tak istilah mati katak? aku yakin mesti pernah kan. jgn la ckp tak pernah. kasihan cekgu jamilah. aku selalu terfikir kenapa mati katak disamaertikan dengan mati yg sia-sia. mcm kasihan je kt si katak. seumpama mati nya beliau tidak pernah dengan cara yg tidak sia-sia. contoh nya mana la tahu beliau tengah berjuang demi bangsa dan negara ke lepas tu tiba-tiba mati. jadi bukan kah mati nya beliau sebagai seorang prajurit? (wah wah kagum aku boleh taip perkataan tu. aku harap betul la konteks  penggunaan beserta ejaan nya. haha). tp entah la. aku pn tak pernah mendapatkan penjelasan lanjut daripada cekgu jamilah kenapa mati katak itu disamaertikan dengan mati yg sia-sia. habis, setiap kali aku nak tanya ja dia tengah merajuk lalu keluar kelas. mcm mana? apa pn, hari ini, buat pertama kali nya, aku mula yakin pada istilah itu. pun begitu, aku tetap merasakan yg katak ini bukan mati katak. kerana dengan kematian beliau, aku dapat meyakini istilah mati katak. berfaedah apa.


betul-betul sia-sia mati beliau ini. boleh la sebesar-besar tu nak terjepit kt tepi pintu kan. aku pn tak faham mengapa dan bagaimana. tp aku rasa katak ni memang merancang utk bunuh diri la. putus cinta barangkali. ataupun cinta terhalang oleh orang tua. atau mungkin juga kekasih curang lalu lari ke lombok meninggalkan beliau. aku pn tak pasti. yg pasti, kpd cekgu jamilah, tolong berusaha lebih keras untuk menjadi cekgu bahasa malaysia yg berjaya. dan untuk anda semua, jangan mati katak ya.

Nota kaki: siapa cekgu jamilah pn aku tak tahu. yg aku tahu, nama dia mcm sgt bersesuaian utk menjadi seorang cekgu bahasa malaysia yg agk kuat emosi ketika mengajar subjek bahasa malaysia di mana jika pelajar-pelajar membuat bising, beliau akan marah lalu keluar meninggalkan kelas. walaupun pmr hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi. ah mcm terlalu kejam plak penerangan aku. tolong jangan aplikasikan penerangan ini jika anda benar-benar mempunyai seorang cekgu bahasa malaysia yg bernama jamilah. aku gusar abjad F yg akn anda perolehi nnt. sekian.

.end of entry.

Saturday, February 13, 2010

short vacae

sempena nak raya cina neh, aku kasi la kesempatan pada warga cina utk bersuka ria. maka aku akan pergi dari malaysia seketika. biar kurang sikit kapasiti orang kt malaysia neh. biar sejuk sket malaysia neh (eh? boleh ke?) baik tak aku? satu malaysia kan?  heh. bye!

.end of entry.

Wednesday, February 10, 2010

gara-gara p(g)anas.

Hari ni aku panas. panas bukan bermaksud yang "AKU PANAS BETUL TGK MUKA MAMAT TU. DIA IGT DIA HENSEM KE NAK KOREK IDUNG SAMBIL DRIVE?!" bukan. bukan panas itu. ini panas yang "EHHH. PANAS BETUL HARI NI KAN?" "ALA. KT AKHIRAT NNT LG PANAS TAW" ha panas itu lah. perlu la siap buat contoh ayat kan. haha. tak kesah la. tgh-tgh panas buat assignment, dengar plak macik cleaner bersembang berdekatan bilik aku "CIT CIT CIT CIT EHEHEHEH. COT CET COT CET EHEHEHEHEHE". ewah macik cleaner neh. kot ye nak bersembang, jgn ar dekat bilik aku. bising kot. suara dah ar mcm ada built in speaker. 10 20 minit, aku tahan ag. masuk minit ke 46 (kira kalau game bola sepak, dah 2nd half ar neh kot?), aku dah tak boleh tahan. aku bukak mp3 laptop, buka folder lagu dan cari lagu-lagu yg 'roku!'. konon nak pasang lagu 'roku!' biar dia ingat aku neh ganas dan seterusnya takut ar dgn aku. tp cari punya cari, tak ada. apa yg ada cuma lagu Maroon 5. ah boleh la tu! dgn bantuan built-in Altec Lansing speakers (dia igt dia je ke ada built-in speaker?), aku pasang lagu Wake Up Call. volume 50 cukup macik? 3 minit kemudian, sepi. tiada lagi suara macik-macik cleaner. heh. aku senyum puas hati. menang kot! haha (perangai tak senonoh. tolong jgn ikut). maaf macik. cuaca panas sgt. bkn salah saya.


 
.end of entry.

Sunday, February 7, 2010

hanya kerana ubat gigi.

Kt rumah kitaorg ada papan puteh kecik. kalau nak beli barang, tulis ja kt situ. nnt abah akan beli. al kisah dua minggu lepas, aku tulis kt papan puteh. minta dibelikan ubat gigi. semalam aku balik rumah. mcm biasa sebelum tidur, nak berus gigi. sekali tgk ubat gigi masih tade. kecewa hampa hatiku. terpkse pergi bilik air abg. rembat ubat gigi dia sket. heh. pastu aku pn tulis kt papan puteh

" ubat gigi bilik air belakang tade. tolonglah beli. saya merayu sangat-sangat T_T"

dah mcm kat mahkamah rayuan je aku rasa. paling tak tahan, siap buat emoticon tu lg. haha. aku mmg hebat buat ayat hyperbola. dulu time belajar bab 'ayat-ayat hyperbola', itu je la satu-satu nya time yg tangan aku ringan dan secara automatis akn terangkat ke ats tanpa perlu menerima arahan daripada neuron-neuron yg berselirat dalam otak aku neh (ini bukan ayat hyperbola. ini ayat fakta).

jd pg td aku bangun, tgk-tgk, dah ada ubat gigi kt bilik air aku. terrer tak? hee. alang-alang dah cerita psl ubat gigi ni, aku teringat plak dulu aku pernah dengar kt radio ada kes suami isteri bercerai hanya kerana gara-gara si suami memicit ubat gigi dari tengah. dan bukan dari bawah seperti yg diinginkan oleh si isteri. hebat kan ubat gigi? berjaya buat org bercerai. serius. waktu aku dengar tu mmg gelak gila. dalam hati mcm "BODOH KE APA? TAKKAN SEBAB KAEDAH PICIT UBAT GIGI JE PN NAK BERCERAI? BUKANNYA SUAMI KAU BERAK TGH ORG RAMAI KE APA" (heh. masih terbawa-bawa dgn kes pacik wayar elektrik. maaf).

tp aku boleh faham la sket perasaan si isteri tu. sebab aku pn jenis suka picit ubat gigi dari bawah. bila berkongsi bilik air dgn adek lelaki, faham-faham ja lah. selebet ubat gigi tu jadinya. ada kesan picit tengah sikit, tepi sikit, atas sikit, atas tepi sikit. ah pendek kata mcm arah kompas. utara, timur laut, barat daya, tenggara semua ada lah (aku nak tunjuk aku igt lg subjek Geograpi wlpn aku benci. oh lg satu, kt Johor byk tanah gambut ye. sesuai utk tanam nenas). tertekan juga aku melihat keadaan ubat gigi tu. tp nak buat mcm mana. pasrah dalam terpaksa je lah. takkan nak bercerai plak?

kesimpulannya di sini, sebelum berkahwin, pastikan bakal suami anda memicit ubat gigi dari arah yg anda suka. hahaha. tak la. ala kalau dah jd suami isteri, kena la banyak bertolak ansur. bukannya semua perangai dia kita suka dan semua perangai kita dia suka. sedikit sebanyak mesti ada yg bercanggah. manusia kan tak sempurna. tp selagi boleh beralah, beralah je lah. barulah rumah tangga sentiasa rukun. ye tak? ;)

.end of entry.

Friday, February 5, 2010

SIGNIFIKAN LELAKI KACAK



aku nak apdate blog. tp aku malas taip. maka aku tampal sahaja hasil chatting ym aku dgn kawan laki aku. heh. dan ingin buat sedikit penjelasan (walaupun aku taw dia bkn baca pn blog aku. eh ke kau baca marzuky? haha) mengenai istilah 'jejaka kachak'. jejaka kachak bererti lelaki yg kelihatan kachak (tanpa bantuan kaca mata hitam dan semburan perfume renoma sebanyak dua belas kali) seadanya dia di mata aku. tak semestinya semua org perlu menyetujui yg dia tu kachak. yg penting aku rasa dia kachak. itu sudah cukup. jd, kalaupun aku rasa dia kachak, tp semua orang kata dia huduh/selebet/selekeh, aku tak kesah. yg penting, di mata aku dia cukup kachak. tp kalau di mata aku dia kachak, dan di mata semua org pn dia mmg kachak, oh itu sangat untung berus sabut timbul tenggelam timbul balik namanya! ahaha. ya. berbalik pada topik yg dibincangkan, mcm dah ckp kt ats, signifikan mendapatkan lelaki kachak adalah supaya anak berupa sederhana. haha. itu sahaja utk hari ini. sekian. terima kasih. 

p/s: bermata sepet, tinggi, dan berkulit cerah bukan kriteria wajib bg istilah kachak di mata aku. berhidung mancung, ehem. ya. itu kriteria sunat. dan bersunat, ya. itu kriteria wajib. haha.

.end of entry.

Monday, February 1, 2010

simpan dalam fridge je lah.

Seorang peniaga terkejut apabila mendapati rokok yg dihisapnya berisi wayar elektrik. bla bla bla (dia bercerita psl kejadian rokok tersebut). akhir sekali, dia pn memberikan statement,

"saya sedar merokok adalah berbahaya. tetapi apabila menghisap rokok bersama wayar lagi bahaya"

atau dlm bahasa mudah nya, mcm kau tgh ckp kt member kau

"aku taw la berak dpn org ramai tu salah. tp berak cair dpn org ramai lagi la salah!"

duh. sama je kot. faham tak?

p/s: kalau dlm rokok ada mercun mancis, mcm best ja? haha.

.end of entry.
Related Posts with Thumbnails