Sunday, February 7, 2010

hanya kerana ubat gigi.

Kt rumah kitaorg ada papan puteh kecik. kalau nak beli barang, tulis ja kt situ. nnt abah akan beli. al kisah dua minggu lepas, aku tulis kt papan puteh. minta dibelikan ubat gigi. semalam aku balik rumah. mcm biasa sebelum tidur, nak berus gigi. sekali tgk ubat gigi masih tade. kecewa hampa hatiku. terpkse pergi bilik air abg. rembat ubat gigi dia sket. heh. pastu aku pn tulis kt papan puteh

" ubat gigi bilik air belakang tade. tolonglah beli. saya merayu sangat-sangat T_T"

dah mcm kat mahkamah rayuan je aku rasa. paling tak tahan, siap buat emoticon tu lg. haha. aku mmg hebat buat ayat hyperbola. dulu time belajar bab 'ayat-ayat hyperbola', itu je la satu-satu nya time yg tangan aku ringan dan secara automatis akn terangkat ke ats tanpa perlu menerima arahan daripada neuron-neuron yg berselirat dalam otak aku neh (ini bukan ayat hyperbola. ini ayat fakta).

jd pg td aku bangun, tgk-tgk, dah ada ubat gigi kt bilik air aku. terrer tak? hee. alang-alang dah cerita psl ubat gigi ni, aku teringat plak dulu aku pernah dengar kt radio ada kes suami isteri bercerai hanya kerana gara-gara si suami memicit ubat gigi dari tengah. dan bukan dari bawah seperti yg diinginkan oleh si isteri. hebat kan ubat gigi? berjaya buat org bercerai. serius. waktu aku dengar tu mmg gelak gila. dalam hati mcm "BODOH KE APA? TAKKAN SEBAB KAEDAH PICIT UBAT GIGI JE PN NAK BERCERAI? BUKANNYA SUAMI KAU BERAK TGH ORG RAMAI KE APA" (heh. masih terbawa-bawa dgn kes pacik wayar elektrik. maaf).

tp aku boleh faham la sket perasaan si isteri tu. sebab aku pn jenis suka picit ubat gigi dari bawah. bila berkongsi bilik air dgn adek lelaki, faham-faham ja lah. selebet ubat gigi tu jadinya. ada kesan picit tengah sikit, tepi sikit, atas sikit, atas tepi sikit. ah pendek kata mcm arah kompas. utara, timur laut, barat daya, tenggara semua ada lah (aku nak tunjuk aku igt lg subjek Geograpi wlpn aku benci. oh lg satu, kt Johor byk tanah gambut ye. sesuai utk tanam nenas). tertekan juga aku melihat keadaan ubat gigi tu. tp nak buat mcm mana. pasrah dalam terpaksa je lah. takkan nak bercerai plak?

kesimpulannya di sini, sebelum berkahwin, pastikan bakal suami anda memicit ubat gigi dari arah yg anda suka. hahaha. tak la. ala kalau dah jd suami isteri, kena la banyak bertolak ansur. bukannya semua perangai dia kita suka dan semua perangai kita dia suka. sedikit sebanyak mesti ada yg bercanggah. manusia kan tak sempurna. tp selagi boleh beralah, beralah je lah. barulah rumah tangga sentiasa rukun. ye tak? ;)

.end of entry.

21 comments:

Razman said...

yang penting isteri "pandai picit" dah la...

sila jgn pk bukan2...

sharamli said...

ha3..ku paling benci kal0 0rg picit dari atas....tepaksa picit dari bawahsikit2 sampai naek atas balik...hangen sampai rasa xnak g0s0k gigi...

zara said...

betul2.. beralah jela~

faizal said...

bila komen tak pakai otak...


trus **blank**

kes radio sal picit ubat gigi tu...

err..sure ke salah picit ubat gigi...ke picit mende laen...?
heehee

Mimie.Candy Cane said...

huhhuhu..aku pon picit dari bawah.kalo tibe2 ade kemek kat tgh2 tu,comfirm housemate aku cilok aku punye ubat gigi..

~anismj~ said...

hahaha...kesimpulan nih cam dh nk cr bakal suami ek...huhu...ble laa ek...=P

e-liex said...

oleh sbb ade prkataan gigi, ak terpaksa komen. ahaha.
mengarut tul bercerai sbb ubat gigi jek..
ak lak suke picit dr tgh. ak jekla khwn ngan laki kena cerai tu. xde gado2 pasal picit ubt gigi ye x? ;P

p/s- gunalah ubt gg berfluorida~~~ pesanan khas dr ak :)

Anonymous said...

Emmm aku picit ubah gigi dari bawah .. so leh kita kawen ?

Clarky Afif said...

haha! harge perkahwinan tu same mahal ngan harge setiub ubat gigi~

d.a.m.i.q.u.l.a said...

hehe comel plak cite ubat gigi ni.dulu time blaja nak jimat duit,kalo ubat gigi dh nak abes,sy gunting bwh die.dpt la skali dua lagi

Nurul Huda Rahim said...

razman,
picit jerawat ke? (cuba utk tidak berpk yg bkn2)

sharamli,
betul! aku pn sama. haha. tertekan kan -.-

zara,
:) hal remeh je pn.

sekut tawar,
haha. aku rasa kau patut tanya razman :p

mimie,
haha. housemate kau boleh kawen dgn si suami yg diceraikan oleh si isteri. haha.

kak anis,
hee. lmbt gik. tunggu akk beranak 3 dulu :p

gadis kampung,
merry xmas!

e-liex,
yelah. sume yg ada kaitan dgn gigi kau suka kan. hee. alamak. kau nak laki tu ke? dah g bwk berbincang dgn housemate si mimi. mgkin kalian patut bermadu :p

touyakaruma (apa ssh sgt nama kau neh?),
haha. boleh dipertimbangkan.

tengku k ey,
RM 5.20 (kalau darlie yg besar sket) :p

damiqula,
wowww. ni ag hebat. siap main gunting-gunting. hehe. tu ar kalau nak jimat terpkse ar kn. kekdg smpai bukak pentup ubat gigi tu pastu tekan sampai tgn sakit-sakitan. haha.

crazy_labelle said...

ak xsuke org yg xreti nak tutup balik penutup ubat gigi tu...

Nurul Huda Rahim said...

uik. mcmtu pnya org pnn ada ka? lg mendatangkan kemarahan tu. pasneh kes suami isteri cerai sbb suami tak tutup ubat gigi plak ar. haha.

Anonymous said...

isteri dia perfectionist ler tu
bagus tp tak bagus gak

Nurul Huda Rahim said...

kari la kau neh :p

acap2405 said...

haha..
bercerai anak kerana susunya..
bercerai sumai isteri kerana obat giginya..
ahak ahak

Nurul Huda Rahim said...

oh woww. menarek simpulan bahasa tu. boleh cadangkan kt karam singh walia. hikhik :p

Anonymous said...

haha sila pertimbangkan dulu

Nurul Huda Rahim said...

tp baju kurung biru aku tak byk taw :p

Unknown said...

apaepon ubat gigi itu penting.., lagi2 selepas anda menjamah petai durian mahupun jering tq,,

Nurul Huda Rahim said...

haha. semua tu pn aku tak minat :p

Related Posts with Thumbnails