Monday, July 26, 2010

aku tak pernah ada kwn nama jayaletchumy.

banci penduduk dan perumahan kini datang lagi! adakah anda sudah menjayakannya? hah. apa mcm? dah berapa kali korang berpura-pura tade kt rumah? jangan nak bohong la. aku tahu. mesti ramai kan yg bila nampak org banci dtg ja terus perlahankan tv lepastu tiba-tiba senyap mcm ada malaikat lalu sambil terhendap-hendap kt tingkap dan mencarut dlm hati "cilakak. bila org banci ni nak blah?" 

jgn mcmtu. buka lah pintu bila org banci dtg. tak baik tahu. penat kerajaan cipta lagu banci. korang ingat sng ke nak cipta lagu tu ha? cuba korang try buat satu lagu sekarang! eh tetbe aku emosi. mcm la aku penulis lirik lagu banci tersebut. hehe. yg tukang banci pn kasihan. penat diaorg dtg jauh-jauh semata-mata utk menjalankan tanggungjawab sbg pembanci tp korang tanak bekerjasama. hesh. tak wonderpets sungguh (sambil geleng-geleng kepala).

bersempena kerajaan sebuk menjalankan banci penduduk dan perumahan, aku pn nak juga lah buat banci penduduk kt blog aku neh. tehee. boleh ke? ini penting. bg menentukan hala tuju masa depan blog aku yg selekeh ini. apa? kau tanya sejak bila blog aku ni ada hala tuju? ah. uskud lah kau. aku baru nak buat hala tuju tiba-tiba. apa salahnya. better late than never. ewah. cakpong cakpong.

oke. cara dia senang je. aku nak tahu berapa ramai yg suka dgn blog selekeh aku neh. jadi kau cuma perlu tulis kt bahagian komen "SUKA". itu sahaja. sungguh mudah bukan? lg mudah drpd kau nak faham mcm mana pengiraan markah utk game tennis. hee. err kalau yg tak suka? ehem. kalau tak suka, kenapa kau boleh berada di blog aku ye sekarang? haha. eh rasa nk cirit. oke dah bye.

p/s: pasni aku nak minta komisen kt dato' ahmad shabery cheek lah.

.end of entry.

Thursday, July 22, 2010

macik, sy berharap sgt macik baca entri sy ni.

"kak, straw utk sy?"
"alamak. lupa nak amek"
"takpa. sy amek sendiri"

aku jalan ala-ala heidi klum ke arah cashier. tiba-tiba aku rasa mcm aku ada terlanggar sesuatu. tp sbb aku lapar sangat-sangat, aku persyaitonkan sahaja apa yg baru aku langgar td.

selesai amek straw, aku terpandang seorang macik yg sdg berkeadaan terpinga-pinga. muka dia confuse habes. mcm muka org pertama kali dengar suara justin bieber lepastu kau kasi soklan "dlm masa 2 saat, cuba kau teka jantina dia apa?". aku pandang meja macik tu. aku nampak air teh tarik dia sudah agak berantakan. tumpah sedikit di atas meja. bukan. agak banyak sebenarnya.

tempo gerakan kaki aku pantaskan sedikit. sampai sahaja di meja, aku terus duduk memalingkan muka ke arah bertentangan drpd macik td. sambil tahan ketawa, perlahan aku bisik kpd kak ree;

"kak, cuba tgk meja macik tu. nampak tak air dia tumpah? saya rasa saya langgar meja dia lah td. sbb tuh air dia tumpah. hahaha"

"hahahah. bengong mu. sebesar-besar jalan tuh yg kau pergi langgar meja dia buat apa?"

ala rilek la macik. senggol-senggol manja. apa salahnya. sekali sekala lgpn kan. tp kan macik, muka macik mmg sumpah kelakar habes td. sy dpt agak yg dlm hati macik mesti mcm "eh apa yg baru terjadi ni? gempa bumi ke? tp kenapa meja aku ja yg bergegar?" haha. bak kata jamal malek, it was written macik. maaf eh ;p

.end of entry.   

Monday, July 19, 2010

bezanya cuma, satu di kaki dan satu di hati.

aku selalu rasa yg mencari kasut lebih kurang sama dengan mencari pasangan hidup. kenapa? sebab bg aku, modus operandi nya lebih kurang sama. benda pertama yg akan kau buat utk memilih kasut ialah melihat paras rupa kasut tersebut. tak. kau takkan tahu dia selesa atau tidak utk kaki kau. itu nanti. sama juga dgn pasangan hidup. kali pertama kau jumpa dia, kau takkan terus tahu yg dia cukup selesa utk hati kau. jd, paras rupa comes first.

lepas kau dah suka dgn paras rupa kasut tu, kau akan mula mengusha tanda harga kasut tersebut. kalau kau rasa kau mampu utk memilikinya, baru kau akan mula cuba dia. mcm tu juga dgn pasangan hidup. bila kau rasa kau boleh menerima paras rupa dia, kau akan mempertimbangkan samada dia sekufu dgn kau ataupun tidak. kalau ya, baru kau akan cuba berkenalan lebih rapat dgn dia.

beberapa minit lepas cuba pakai kasut tu, kalau kau rasa selesa, kau akan beli. kalau tak selesa, kau tak akan beli dia. pasangan hidup pun begitu. lepas kau dah kenal hati budi dia mcm mana, dan kau rasa selesa berada di samping dia, baru kau akan  terima dia.

setelah beberapa kali pakai, tak lama kemudian kaki kau mula melecet. oke. tersalah pilih rupanya. maka kau takkan pakai lg kasut tersebut bukan? melainkan kau seorang yg suka mengumpul parut melecet di kaki. secantik mana sekalipun kasut tersebut, kalau dia kerap melecetkan kaki kau, tade guna kau simpan dia. sama juga dgn pasangan hidup. lepas dah couple sebulan dua tiga bulan, baru kau sadar yg dia kerap melecetkan hati kau. jd, kau harus ditched dia. tolong jgn bg alasan tanak clashkan bf sbb bf kau kacak. oh kamon lah. kacak mcm TMJ sekalipun, kalau dia bukan jodoh kau, kau tetap takkan bersama dia. get it? 

dan ya. pencarian diteruskan lagi. mencari dan terus mencari sampai berjumpa dengan kasut yg kau suka rupa paras nya, mampu utk memilikinya, dan yakin yg dia tidak akan melecetkan kaki kau sampai bila-bila. kalaupun dia akan mengecewakan kau, itu hanya kerna dia mmg sudah tidak punya daya lg utk bertahan hidup.

p/s: apa pn, jodoh di tangan tuhan. mungkin juga si dia yg kerap melecetkan hati kau adalah jodoh kau. sapa tahu lepas kawen baru dia akan jd 'scholl heel leather liners' buat kau kan?

.end of entry.  

Tuesday, July 13, 2010

dah tak payah nak kena buat nasi goreng atau megi pukul 3.30 pg lg utk abg dan adek.


Cuba korang teka, dalam byk-byk negara, negara mana yg byk van?



















jawapan dia















belanda lah! sbb kan ada VAN persie, VAN der vaart, VAN der wiel, VAN bronckhorst, dan VAN bommel. kah kah kah. kelakar tak? kikikiki. baik korang gelak. kalau tak aku..err..aku..err..err...aku tanak pergi karaoke dgn korang! oke fine. tade modal nak ugut. em pun begitu, negara yg byk van tidak menjamin mereka utk berjaya di final world cup. oh sungguh la tiada perkaitan yg signifikan. tidak apa-apa. yg penting, SPAIN juara world cup 2010! yeay!!



"tahniah eh abg xavi! 2014 nnt main lg tak?"

"makaseh dek. em tataw ah dek. umur pn dah 34 kan time tu"

"aah kan. apply jd pelakon Malaysia pn style gak bang"

"aah boleh gak tu. makaseh la bg cadangan"

.end of entry.

Thursday, July 8, 2010

la furia roja de la finale!


Berikutan kemenangan Spain ke atas Jerman pg td, hasil jaringan carles puyol, mari kita dgr apa kata pemain Spain;


puyol;

"sy rasa sgt gembira! mcm nak buat rebonding sekarang juga!"

pique;

"oh sudah tentu sy sgt gembira sbb berjaya mengekang jerman. heh. jgn igt sy slalu tuck-in bermakna sy skema oke! no no no. selain drpd kacak bergaya, sy juga mmg hebat orgnya. oh sy juga berharap tiada lg cubaan utk menghuduhkan muka sy selepas ini"

capdevilla;

"sy terharu sbb pasukan sy berjaya. dan sy juga terharu kerana tiada pemain jerman yg menyiku telinga sy kali ini"

ramos

"em hye! nama sy ramos. tp nafas sy tak berbau busuk ye. sy sgt gembira dgn kemenangan spain. sy dah tak sabar-sabar nak jumpa belanda. terutama robben. sy dgr, dia boleh tahan drama king. haha"

iniesta;

"ini mmg sgt menggembirkan hati sy. kalau anda dpt lihat, pg td, sy rasa sy yg paling bergaya sekali bermain di atas padang tu. jd sy mmg gembira sgt-sgt. harap kami berjaya utk final plak"

busquets;

"sy mmg gembira sgt! eh oke. dah la ya. bye. sy saket perut ni. cirit-birit. tak tahu lah salah mkn apa entah smlm"

xavi;

"sudah tentu sy sgt gembira. apatah lg sy yg membuat sepakan sudut tersebut. ha? apa? sy man of the match ke? oh sy mmg dah boleh agak dah. hee. pun begitu, jerman mmg pasukan yg hebat"


ini xavi hernandez

xabi alonso;

"sy rasa sy yg paling kurg dapat bola pd first half match pg td. sy pn tak tahu lah kenapa. mungkin perasaan gagal menjaringkan penalti tempoh hari masih berbekas di hati gamaknya"

david villa;

"yeah! kami berjaya ke final! tp sy sedikit kecewa kerana tidak berjaya menjaringkan goal. kalau tak mesti sy dah menyamai rekod raul gonzalez. hesh. takpa. final nnt sy harap sy dpt menjaringkan goal. oh ya. doakan sy menang kasut emas oke? tehee"

pedro;

"hehe. sy segan lah. sy byk gak lepaskan peluang utk goal. haih. tp sy boleh tahan hebat juga kan pg td? not bad lah hok?"

iker casillas;

"sy mmg sgt gembira. lebih-lebih lg sbb berjaya menampan beberapa cubaan drpd pemain jerman. sy kan mmg penjaga goal terbaik? tp sy agk rasa tergugat apabila melihat suarez menampan bola haritu. sungguh bergaya. nnt sy nak minta tips sket drpd dia"

mari kita dengar apa kata pemain gantian pula;

torres;

"sy masih tercari-cari sentuhan berbisa sy. nampaknya, belum dijumpai. tp sy masih berharap dpt bermain di final nnt. pun begitu, sy igt kalau sy jd model astro pasneh pn oke gak dak?"

david silva;

"sy gembira kerana diturunkan juga wlpn sekejap. naik kejang dah buntut sy duduk kt bangku simpanan tu. apa pn, kpd peminat sy, season depan jgn lupa tgk sy beraksi di manchester city. sy harap sy dpt menari bersama tevez nnt"

pemain di bangku simpanan turut ingin berkongsi perasaan mereka;

fabregas;

"hoh. sy dah cukur jambang pn takpat main lg. tension gak. sy kan hebat? takpa. yg penting kami ke final. harap sy dpt beraksi nnt. oh sy nak msg van persie lah. smlm dia ckp dia jangka akan bertemu jerman di final nnt. tak dpt la bhai. kikikiki"

llorente;

"sy kecewa sbb tak dpt lakukan aksi baju koyak 'superman' lg sekali. apa pn, kami gembira sgt-sgt! kami nak menang final nnt!"

dan yg terakhir, drpd jurulatih spain sendiri;

del bosque;

"sy malas ckp banyak. cuma nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kt Nurul Huda Rahim sebab menyokong spain dari mula kami kalah dgn swiss, hingga lah sekarang. tanpa beliau, siapalah kami. sy ingat nnt sy nak pos satu jersey spain utk beliau lah. dah bye"


"makaseh eh xavi. tolong kasi sepakan sudut yg bagus" kata puyol.

.end of entry.

Tuesday, July 6, 2010

apahal nak save dlm folder aku plak?!

malam ni tade bola. boleh tahan bosan juga. rasa mcm nak pergi buat ujian talesemia sahaja. selalu mata dah disajikan dgn muka kacak xavi hernandez, tiba-tiba tade, perasaan nya umpama kau pergi rumah org kawen tp tak dpt doorgift. resah bukan?

kalau org yg tak dpt doorgift akan lalu dua tiga kali depan tuan rumah utk hilangkan keresahan, aku pula mula membuka folder gambar dengan tujuan ingin menatap muka xavi hernandez.

buka-buka folder je, terasa mcm nak mencarut. sekali lg  didikan ugama ustazah zabedah berjaya menyelamatkan keadaan. ustazah zabedah selalu berpesan, "igt ya huda. orang comel tidak ditakdirkan utk mencarut". maka tak jd aku nak mencarut. tp modem cap belkin kt sebelah boleh tahan kemek la aku tumbuk. cilakak. aku tahu ni kerja siapa. siap kau amir. esok seawal jam 6.30 pg aku akan bangun utk lempang kau. oh kejap. 6.40 lah. 6.30 awal sgt. 











siapa yg tak kenal, biar aku kenalkan. ini luis suarez. pemain bola uruguay. dia seorang striker. tp match lawan ghana haritu tiba-tiba dia jadi goalkeeper. eh kenapa aku rasa macam makin panas ya bila tatap muka dia lama-lama? oh kipas tak pasang rupanya. bye.

.end of entry.

Saturday, July 3, 2010

"oh saya kira itu satu hantaran lintang yg cukup bagus ya shauqi" "ya dato' saya pn rasa begitu"

"mana pemain tu? siapa tu nama dia? lenka"
"lenka?"
"ha lenka. pemain italy kan dia?"
"lenka mana?"
"eh bukan lenka ke?"
"mana ada pemain italy nama lenka"
"oh anelka kot?"
"oh anelka. dia pemain france anep"

sekarang boleh dengar lagu trouble is a friend sambil makan pizza.

***

"tuh messi kan?"
"bukan. itu tevez anep"

aku harap messi tak baca blog aku ni. kalau tak, mau dia resign drpd main bola kalau tahu muka dia disamakan dgn muka tevez.

***

"ha biar lah tuh. aku nak tgk BRAZIL lwn CHINA"
"itu CHILE anep. bukan CHINA"
"oh ye ka? CHINA dah terkeluar eh?"
"CHINA tak masuk world cup pn anep"
"ohhh"

pengaruh lin dan kuat sangat barangkali?

parah gak anep neh. menjelang besday dia nnt aku ingat nak kasi dia hadiah berupa majalah "wisel" lah.

.end of entry.
Related Posts with Thumbnails