yang sedang rasa cuma dua
kisahnya mungkin berbeza
penghujungnya bakal sama
kata dia senyum itu peneman setia
tiap kali usai bertemu pangeran hati
kata aku kalau bahagia yang dirasa
nikmati sedaya mampu selagi ada
dua pilihan dengan ungkap atau diam
dua jawapan dibentang kasih atau dibiar mati
kerana rasa tidak akan terungkap pasti
perlahan mula disimpan kemas dalam hati
andai takdirnya kelak menjadi empat rasa
kisah bahagia dikhabar indah pada langit
walau takdirnya kekal dengan dua rasa
kisah bahagia masih setia menemani
sedangkan itu pencipta riang tawa
salahnya apa untuk dibiar mengalir
yang dirasa teruskan sahaja tanpa henti
kerana esok belum tentu ianya masih ada
.end of entry.
15 comments:
Sorry for my bad english. Thank you so much for your good post. Your post helped me in my college assignment, If you can provide me more details please email me.
whoa! gila.
gosok gigi guna uncang Boh,
jiwang dohhhh~.
VAVI SAPE YG BUAT ENTRI NEH KT BLOG AKU?! BLOG AKU KENA HACK WEH! TIDAKKKKK.
giler r. jiwang berkarat~!
aku rasa mcm tk percaya
kau huda yg selalu aku thu tu?
oh tidak !
kata razman, entri jiwang tengah 'in' sekarang. kah kah kah.
OMG 0.o haha
Ohoy Mak Gayah! :p
wah..sudah berjumpa CEO
haha! CEO in making :p
wuuuhuuu!!!
kau suka kan? aku tahu. kau mmg jiwang parah. haha.
haha. aku lebih tertarik dengan tajuk kau.
lain kali. hati tu simpan dalam pendrive! tak perlu tekan shift. tekan delete pun dah jadi delete permanent.
kahkah.
pendrive dah full. lol. haha.
Post a Comment