Thursday, October 14, 2010

petua menjadi kakak yg tegas! (meskipun anda rendah berganda drpd adik anda)


jumaat lepas, abah kol aku. "ha bila kamu nak balik rumah? apa tareti-reti nak balik rumah ke? mentang-mentang tade game bola minggu neh. tanak balik la? lempang karang tahu la. minyak kereta dah tggl berapa keping? kamu tu dah la tareti nak isi minyak sendiri. cepat balik! lepastu kamu kena pergi beli kek besday utk mak dgn anep". sambil tarik muka bajet manja (apa motif tarik muka manja pn aku tak tahu. bukannya abah boleh nampak), aku pn jawab "ala rilek la bah. tak tekno la abah neh. minyak kereta ada lg 3 keping. petang sket karang uda sampai". *98% skrip asal telah dirombak*.

petang tu lepas bergaduh-gaduh manja dgn si waja (sila rujuk entri di bawah), aku sampai rumah pukul 5 lebih. buka-buka pintu rumah ja, dgn bantuan angin drpd kipas KDK raku-raku ventilation, gaya aku tak ubah mcm hero filem tamil. aku tiup tudung bhgn atas sket. saja biar nampak kool. lepas dah amek posisi gaya horatio, aku bersuara tegas "adik-adik! mari kita pergi beli kek sekarang!". krik. krik. krik. bunyi cengkerik. adik-adik tgh tekun tgk aksi org angkat berat sambil berbincang teknik mereka salah la apa bagai semua.

"adik-adik! dengar tak apa kakak cakap neh?!" sekali lagi aku bersuara tegas. biar diaorg gentar sket dgn aku. ingat aku lg rendah drpd diaorg, diaorg boleh kanak-kanak kan aku ke?! krik. krik. krik. krik. lg byk bunyi cengkerik tetbe. "anepppppp. amirrrrrr. cepat laaaaaaa. jom g beli kekkkkk. nnt abah marahhhhh" aku bersuara gaya kanak-kanak 6 tahun yg minta disiapkan kerja rumah sbb takut dimarahi cekgu tadika. nada tegas mmg tak bleh jalan dgn diaorg neh. mentang-mentang aku lg rendah. cis betul. "alalala. oke jom".

sampai-sampai kt secret recipe ja, kami terus bermusyawarah nak beli kek apa. lepas dah pilih kek, aku minta pen dgn kertas kt abg kaunter. tgh aku fikir nak tulis ayat apa kt kek, amir dtg. "alahai. kesian aku tgk kau". "ha? apsal?". "terkapai-kapai nak tulis. kikikiki". ya memang meja kaunter tu parat-parat dagu aku. hampeh betul adik aku neh. kutuk aku tanpa mengira bulan islam. apa boleh buat. kita tak boleh memilih ahli keluarga. kalau boleh, dah lama aku tak pilih kau jd adik aku amir! (aku harap kau baca ini. kah kah kah). pilih david archuleta lagi style. comel pn comel. suara pn sedap.

sebelum bayar, mmg prosedur wajib dia akan ulang apa yg kita minta dia tulis kt atas kek. nak pastikan betul ke tidak. berbekalkan built-in altec lansing speaker, abg kaunter tu bersuara mcm nak buat perkhabaran kt semua org kampung. sumpah kuat. pak mat tempe pn boleh dengar. "HAPPY BESDAY MAK DAN ANEP GEMUK!". aku dah ketawa gila. aku pandang anep. muka dia dah semacam. dan-dan tu juga dia terus angkat telefon konon-konon mcm ada org call. rasa tade dengar bunyi org call pn td. ha ha hamek ubat. amir, kau tggu bln 5 thn depan oke. jangan risau. semua dapat. keh keh keh.

.end of entry.

16 comments:

Anonymous said...

aku tak thu pun yg kau pendek.
bru nak kasi borang jdi pramugari. tpi apakah daya. tiada nasib.

dan , brape tinggi kau?

Nurul Huda Rahim said...

siapa ckp aku pendek?! rendah sket ja la! ngahaha. pramugari? apa kelas. aku nak jd isteri ceo. ekeke. ah cari sendiri. aku dah pernah bitaw kt dlm blog neh :p

razman said...

nanti kau mesti dapat kek hepi besday huda pendek tapi hodoh. kan?

Aidi-Safuan said...

lah, ko ketot ke? xsedar diri siot. :P

e-liex said...

aku nak try la!

Nurul Huda Rahim said...

razman,
sekurang-kurang nya tak dpt kek besday 'huda hidung besar dan berambut glitter'. kah kah kah.

aidi,
cis cis cis. mana ada ketot. normal je ah. haha.

e-liex,
kalau berkesan, jgn lupa kasi rawatan gigi free kt aku oke.

Shahada Fauzi said...

ko pendek ke huda???macam tinggi je aku tengok..

Nurul Huda Rahim said...

mungkin mungkin mungkin lg tinggi drpd kau! ngaaaa!

fd said...

err...comel lah ucapan kau tu weh.

Nurul Huda Rahim said...

eh apa-apa yg berkaitan dgn aku mesti la comel. keh keh keh :p

Amir Syahir said...

saja dtg melawat..xbc pun ntri lu..ok.

Nurul Huda Rahim said...

haha. mcm cilakak je perangai. mana blaja neh?

Anonymous said...

kakak yg bjaya. tahniah! :D

Nurul Huda Rahim said...

berjaya sekali sekala sahaja. hehe.

Kuwe said...

mana gemok dengan akaknya? lalala.

Nurul Huda Rahim said...

demn! next comment plz. haha.

Related Posts with Thumbnails