Pernahkah anda mengalami perasaan yg bilamana anda membaca surat khabar / majalah / komik / lain² bahan bacaan (MASTIKA PN BOLEH DIKRE) dalam kenderaan yg sdg bergerak, kepala anda akan mula merasa pening dan perasaan nak muntah akan hadir tanpa diundang? Apakah kaitan di antara membaca dlm kenderaan bergerak dgn perasaan itu semua? secara zahirnya seakan tiada perkaitan. Dahulu, penat otak mentah aku dikerah dgn cara paksaan utk memikirkan jawapan kepada situasi tersebut. Tp apakan daya, semakin aku kerah, otak mentah aku semakin tidak terdaya utk merungkaikannya (TANDA PROTES BARANGKALI). Akhirnya, selepas aku bertapa di sebuah kawasan yg tidak terjelma dalam peta Malaysia yg berbentuk ibu mengandung itu (HASIL DIDIKAN CIKGU TUISYEN TING 3 AKU. UTK MUDAHKAN KAMI HAFAL PETA MALAYSIA KATANYA) baru aku tahu, situasi ini dinamakan 'motion sickness'. Ianya terjadi apabila terdapat percanggahan di antara apa yg mata kita lihat dan apa yg badan kita rasa.
Teori utk menerangkan 'motion sickness' ini ialah 'sensory conflict theory' (BETUL. TAK TIPU. SENSORY JUGA MENGALAMI KONFLIK. BKN SUAMI ISTERI DRAMA MELAYU JE YG MENGALAMINYA. ATAU LEBIH TEPAT, DRAMA ARAHAN Dato' Yusof Haslam). Teori ini menjelaskan bahawa apabila maklumat drpd mata berkonflik dgn maklumat drpd vestibular senses (sensation of movement, balance, and body position), ianya akan mengakibatkan rasa pening, loya dan lain² ketidakselesaan fizikal (NI KALAU DATUK K TERSALAHMENGERTIKAN MOTION SICKNESS SITI NURHALIZA, MSTI DIE GEMBIRA GILE KAN?).
Jadi, bagaimanakah caranya untuk mangatasi 'motion sickness' ini? Caranya adalah dengan fokus terhadap sesuatu benda. Cthnya kalau anda sedang membaca surat khabar mengenai gosip artis, f o k u s. Itu sangat penting. Bayangkan sahaja betapa jerihnya para wartawan mengarang cerita tersebut. Jadi, di samping hasrat ingin mengatasi 'motion sickness', secara tidak langsung kita juga telah berbakti dengan menghargai hasil kerja mereka. It is called a win win situation. Bak kata Vince AF 'Kita semua pemenang. Tiada pengalah'. Kpd mereka yg mengalami masalah 'motion sickness', semoga berjaya mengatasinya. Tetapi jika anda tidak mahu mengatasinya juga tidak mengapa. Tidur sahaja. Alternatif lain; mkn. Tiada konflik, perut pn kenyang. Bahagia bukan?
p/s: oh patut la time skola rendah dlu ble ade exam, aku bce buku dlm kete xpening pn :p
.end of entry.
4 comments:
haha..mantap teori ko usulkan. aku pk ko almost kene morning sickness da~
haha. tajuk entry sudah menjelaskan segalanya oke.
err.. pecaye tak saye bley abeskan membaca sebuah buku yg berketebalan sbyk 500 mukasurat jike kenderaan sdg begerak..?? klu membaca sambil dudok / bebaring, musti akan trasa cepat mengantoks.. plg ske bile dlm tren, bediri sambil bace buku.. lagi laju bacaan jdinye time tue.. tak kire ah, mmg ske membaca dlm keadaan centu.. bace buku sambil bejalan pOn heaven.. cuma masa belari je lom penah wat lgi..
err, ade kaitan ngan entry kah kumin saye nie..?? wakakaka.. !
aaa.. satu g, anda fanatics usop selam upernye.. baru I tawu.. ihihihih.. !
haha. pasneh try membce sambil work out oke.
ekekeke. uikz. msti ar fanatics. shamsul
yusof kan kachak. wakakakak :p
Post a Comment