Thursday, February 18, 2010

katak mati.

Korang pernah dengar tak istilah mati katak? aku yakin mesti pernah kan. jgn la ckp tak pernah. kasihan cekgu jamilah. aku selalu terfikir kenapa mati katak disamaertikan dengan mati yg sia-sia. mcm kasihan je kt si katak. seumpama mati nya beliau tidak pernah dengan cara yg tidak sia-sia. contoh nya mana la tahu beliau tengah berjuang demi bangsa dan negara ke lepas tu tiba-tiba mati. jadi bukan kah mati nya beliau sebagai seorang prajurit? (wah wah kagum aku boleh taip perkataan tu. aku harap betul la konteks  penggunaan beserta ejaan nya. haha). tp entah la. aku pn tak pernah mendapatkan penjelasan lanjut daripada cekgu jamilah kenapa mati katak itu disamaertikan dengan mati yg sia-sia. habis, setiap kali aku nak tanya ja dia tengah merajuk lalu keluar kelas. mcm mana? apa pn, hari ini, buat pertama kali nya, aku mula yakin pada istilah itu. pun begitu, aku tetap merasakan yg katak ini bukan mati katak. kerana dengan kematian beliau, aku dapat meyakini istilah mati katak. berfaedah apa.


betul-betul sia-sia mati beliau ini. boleh la sebesar-besar tu nak terjepit kt tepi pintu kan. aku pn tak faham mengapa dan bagaimana. tp aku rasa katak ni memang merancang utk bunuh diri la. putus cinta barangkali. ataupun cinta terhalang oleh orang tua. atau mungkin juga kekasih curang lalu lari ke lombok meninggalkan beliau. aku pn tak pasti. yg pasti, kpd cekgu jamilah, tolong berusaha lebih keras untuk menjadi cekgu bahasa malaysia yg berjaya. dan untuk anda semua, jangan mati katak ya.

Nota kaki: siapa cekgu jamilah pn aku tak tahu. yg aku tahu, nama dia mcm sgt bersesuaian utk menjadi seorang cekgu bahasa malaysia yg agk kuat emosi ketika mengajar subjek bahasa malaysia di mana jika pelajar-pelajar membuat bising, beliau akan marah lalu keluar meninggalkan kelas. walaupun pmr hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi. ah mcm terlalu kejam plak penerangan aku. tolong jangan aplikasikan penerangan ini jika anda benar-benar mempunyai seorang cekgu bahasa malaysia yg bernama jamilah. aku gusar abjad F yg akn anda perolehi nnt. sekian.

.end of entry.

29 comments:

Unknown said...

cikgu BM kita memang beremosi kan?
aku ingt sampai mati...

Nurul Huda Rahim said...

ya. dan aku sgt berharap nama beliau bkn jamilah. err. bkn kn? aku pn dh lupa. sbb terikut emosi dgn dia. haha.

Frodo Baggins said...

wahahahhahhaha
sila frame kan jenazah katak itu!


p/s: tapi wa lagik beremosi bila cikgu yg mengajar BM tu bernama SITI MARKONAH!


>>___<<

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

euwww...

katak~~

geliiii...

Nurul Huda Rahim said...

okeh. bingkai kayu ka besi? hehe. err. itu nama mmg wujud ka? haha.

Nurul Huda Rahim said...

err. pembetulan. bangkai katak. haha.

hudamcgyver said...

cikgu jamilah tu cikgu aku masa f3 dulu
dy baik, xde lah majuk macam cikgu jamilah ko
ekekekekeke :D

Unknown said...

cikgu jamilah = ustazah jamilah kt sekolah aku. dia jar pasal mati syahid je. mati katak x. hehehe

Nurul Huda Rahim said...

dia ajar subjek apa? cekgu jamilah aku kuat beremosi dgn pelajar. aku pn tak tahu mengapa.

Nurul Huda Rahim said...

heh. tarantulah, kau ponteng skola ar tu time dia ajar psl mati katak :p

Unknown said...

hahaha
mmg mati katak btol katak tu mati
:P

Nurul Huda Rahim said...

haha. tak berapa la. kan memberi ilmu tuh ;p

siggplus said...

kesian katak

kalau belum hembus nafas terakhir, cepat2 sembelih

kaki buat sup, badan buat goreng

masyuk!

Nurul Huda Rahim said...

buat sup apa nya. tak nmpk dah kering tu? buat artifak sudah. haha.

e-liex said...

cikgu jamilah di sini

untuk pengetahuan saudari otak ketat, ejaannya adalah perajurit. konteks penggunaan adalah sesuai, cuma jarang sekali atau mungkin tidak pernah seekor katak berjuang demi bangsa dan negara (segalanya mungkin bukan?)

saya terpaksa pergi dahulu kerana berasa kecil hati dengan kenyataan saudari otak ketat bahawa saya kuat emosi

(bapak susah giler ak pk ayat nak taip atas ni!ahahahha)

Nurul Huda Rahim said...

haha. oh woww. sy sgt terharu kerna cekgu jamilah sudi singgah dan komen di blog sy. buat pengetahuan cekgu, sy mmg berharap cekgu berkecil hati. kerana sy begitu tidak tahan melihat karenah cekgu yg mengajar subjek bahasa malaysia tetapi berkelakuan seolah-olah mengajar subjek fizik ataupun add math. sy harap selepas ini cekgu boleh kurangkan beremosi dgn pelajar. cuba beremosi dgn tanah pulak. mgkin lebih berfaedah. sekian.

e-liex said...

emosi dengan tanah. hmm.. cadangan yang baik. ahahhaha

cikgu jamilah : otak ketat, kamu keluar kelas sekarang!

otak ketat : aik, terbalik pulak? bukan kalau emosi cikgu jamilah ke yang kuar kelas?

Nurul Huda Rahim said...

minat plak kau dgn cekgu jamilah ye. aku kasik ketemu betul-betul kang baru kau tahu bagaimana parahnya bila beliau beremosi.

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam..waaa katak mati tersepit...leh liminit tu buat kenangan...

Nurul Huda Rahim said...

heh. igt nak buat key chain lah. boleh jual.

Anonymous said...

dia x sengaja tu
eksiden kot masa lompat si katak lompat

Nurul Huda Rahim said...

tetbe teringin nak mkn kueh lompat tikam. wlpn sebenarnya tak pernah rasa pn kueh tu. haha.

Anonymous said...

mak sye nme jamilah!!
die cg math..
die x em0 btw..
semoga ilmu anda diberkati..

Nadiene said...

kesian kan katak, xsalah, tapi kena jugak..

lagi mcm2 katak,, katak lompat

Nurul Huda Rahim said...

anon,
sila jgn emosi di sini.

fid,
hurm. kesian kesian kesian :p

Pak Ismail B Mustapa said...

cikgu jamilah emo keluar kelas..?
sebab korang bising..
memang patut pun..?
ATAUPUN..
korang yang bising tu patut dihalau keluar..
hehe..

http://manis18.blogspot.com/2010/02/awek-cantik-mulut-najis.html

Nurul Huda Rahim said...

budak-budak aktif dan pintar mmg bising sket :p

sharamli said...

cekgu jamilah kat sek0lah ku dulu ajar kemahiran hidup..sangat cun..ha3

Nurul Huda Rahim said...

ramai pulak org ada cekgu nama jamilah ye? haha.

Related Posts with Thumbnails