malam ni tade bola. boleh tahan bosan juga. rasa mcm nak pergi buat ujian talesemia sahaja. selalu mata dah disajikan dgn muka kacak xavi hernandez, tiba-tiba tade, perasaan nya umpama kau pergi rumah org kawen tp tak dpt doorgift. resah bukan?
kalau org yg tak dpt doorgift akan lalu dua tiga kali depan tuan rumah utk hilangkan keresahan, aku pula mula membuka folder gambar dengan tujuan ingin menatap muka xavi hernandez.
buka-buka folder je, terasa mcm nak mencarut. sekali lg didikan ugama ustazah zabedah berjaya menyelamatkan keadaan. ustazah zabedah selalu berpesan, "igt ya huda. orang comel tidak ditakdirkan utk mencarut". maka tak jd aku nak mencarut. tp modem cap belkin kt sebelah boleh tahan kemek la aku tumbuk. cilakak. aku tahu ni kerja siapa. siap kau amir. esok seawal jam 6.30 pg aku akan bangun utk lempang kau. oh kejap. 6.40 lah. 6.30 awal sgt.
siapa yg tak kenal, biar aku kenalkan. ini luis suarez. pemain bola uruguay. dia seorang striker. tp match lawan ghana haritu tiba-tiba dia jadi goalkeeper. eh kenapa aku rasa macam makin panas ya bila tatap muka dia lama-lama? oh kipas tak pasang rupanya. bye.
.end of entry.
7 comments:
pergh!! ini "tangan tuhan" generasi baru babe!!
hahaha..ok..dah puas gelak..
p lempang amir laju2..hehe..
agak ar
bile xde bola, mate dok segar gak
tp xtau nak watpe
haaha
admire telinga dia..rare kan?
perspektif permpn dalam bola
apahal aku dah pasang kipas..tapi rasa panas gak tgk muka da
Kontest Hanis & Mira terlambat pergi Exam
fadh,
tu la. lepastu beria buat muka terkejut bila dpt kad merah. kah kah kah. suarez suarez.
cik sha,
hee. dah selamat lempang dgn kata-kata :p
ery,
tuh la. jom buat ujian talesemia! eh? haha.
razman,
admire sbb rare ka sbb lebih kurg dgn kau punya telinga? haha.
firol,
well. haha.
fndrocka,
haha. yg itu aku tanak jawab. takut bertambah dosa plak. ngahahaha.
Post a Comment