Monday, March 8, 2010

revolusi pembawaan beg.


ZAMAN TADIKA

oh sgt seronok aku rasa. kau tak payah berat-berat bwk buku. semua buku dan alat tulis tinggal kt tadika je. beg hanya sbg replika perhiasan. bak kata david james, for display only. atau bg mereka yg sudah pandai berlagak seusia muda 5 thn, beg hanya lah sekadar objek utk melempiaskan rasa bangga dan riak di hati. contoh ayat yg aku biasa dengar "KITA ADA BEG MINNIE MOUSE. AWK TADE. BEG KITA KAN, CANGEEHHH. BEG KITA BESAR SGT. WARNA PINKKK". ahhh. ingat aku heran ke. aku rasa aku pakai beg Nike kot. mmg la tak meriah mcm beg minnie mouse kau, tp lg mahal 6 kali ganda oke. huh. yelah. aku tipu je. aku pn tak ingat beg apa yg aku pakai zaman tadika dulu. yg pasti bukan beg upin ipin mahupun ben 10 -.-

ZAMAN SEKOLAH RENDAH

ini mmg azab. aku skola private. satu subjek = satu buku teks (tak termasuk buku latihan lg. biasanya nisbah buku latihan dgn subjek ialah 3:1). satu buku tertinggal = satu kali berdiri atas kerusi (kalau 3 buku tertinggal, berapa kali nak kena berdiri ats kerusi? fuh kau kira la sendiri. penat kan?). subjek aku dah la banyak lagi daripada subjek budak skola biasa. sbb skola aku dari pagi sampai petang terus. sekali harung. mmg sakit la nak bawak beg time tu. dah la zaman aku tu tak wujud lg beg tarik-tarik ni. angkut manual ja la. ini menjelaskan kenapa aku kurg inchi. harap tidak dipersoalkan lagi di masa akan datang. kerjasama anda amat dihargai. terima kasih.

ZAMAN SEKOLAH MENENGAH (ASRAMA)

ha ni heaven. sbb buku boleh tinggal dalam meja ja. seronok. aku suka gila! bila pergi skola, bwk beg tipis je. cewah. baru la nampak otai. hipotesis dia mcm, semakin tipis beg seseorang pelajar, semakin nakal la seseorang pelajar itu. haha. lepastu bila sampai kelas, susun buku tinggi-tinggi kt sebelah meja. konon mcm rajin sng nak rujuk, sebenarnya membina kubu utk tidur bila mengantuk (eh pandai plak aku buat ayat berirama. pasneh boleh juin pasukan renang berirama). lagi satu, aku paling suka bila tiba-tiba selak-selak buku dalam meja mcm "EH! SURAT APA NEH?" haha. taktik zaman dulu. kira habis secreto de romantika la tuh. tak thrill betul. kasik ar nasi ayam ke nasi lemak ke tako tao ke. kan nnt aku dah tak payah susah-susah nak beratur beli sarapan kt kantin? haha.

ZAMAN UNIVERSITI

ehem. nama pn pelajar U kan. mesti la kena berlagak educated sikit. tak main la bwk beg berat-berat neh. bwk pendrive je pergi kelas. ringan kan? fuh. boleh selit celah poket seluar ja. tak payah nak angkut-angkut beg. haha. otak ang. nak kena usha panas dgn lecturer? bwk la beg sikit buh examination pad dgn pen dan pensel sebatang. takpa. masih ringan. aku baik lg la tu bwk examination pad. kwn aku dulu, g kelas bwk file yg dalam tu hanya ada sehelai kertas dan sebatang pen ja. lepastu, bila tiba time nak salin nota, "WEH MU ADA PEN LEBIH DOK?" pergh. bwk pen yg dah habis dakwat! lg otai. haha. sekarang neh plak, dah mula berjinak-jinak membawa makanan seperti donut dan roti. kemudian telah disembur oleh seorang akk kelas "OH BYK MKNN DIA BWK. DSM TAK BWK" :p

.end of entry.

8 comments:

e-liex said...

zaman tadika
"beg kite ade minnie nouse" mmg classic!

zaman sekolah rendah
wahla~ skola private tuh! dasat2. aku igt dulu aku buku kat tangan ikat guna tali yang bentuk 'T' tu. tau x yg mane st?

zaman sekolah menengah
oleh sbb aku skolah biase jek, biase jekla. lagi2 time masuk form 3 sekolah pagi dah konon2 cam otai ar.. senior kan.. tggal jek buku bwh meja.. takpun ade rak buku kat blakang kelas. hilang adalah d bwh tggjwb masing2

zaman uni
yg bw file sebijik tu zaman matrix sbb bilik 5 mnt jek ngan dewan kuliah. zaman uni oleh sebab aku tak ayu, aku pki beg silang. kdg2 kalau bawak lappy beg galas belakang. kalau rasa nak ngorat sesape nak control ayu gitu ade instinct jumpe mamat hensem ke.. patient cute ke.. pakailah beg tepi. ;P

shakinah said...

hahaa.
aku sokong semua point di atas

et said...

bawak test pad je? uh wahh..menarek betol, ktorg still kne usung buku tebal berat tan2 tak hengat dunie.huhu.

fiD said...

mesti ko ade something lagi best kat asram sekolah,, citer la sikit,,huhu..

mmm, skola rendah private tuh! kayo hang ni..

sharamli said...

sek0-lah private..0tak2 d0k ketat2 jugak..
hua3...

w0it..w0it..sy xpernah ad beg kaler pink..sumpah!!
ha3

otak ketat said...

shak,
bagus. nnt aku masuk pilihanraya jgn lupa undi.

e-liex,
aah! taw taw. mende tali tu. best kan? rindu plak. haha. ewah. tayah la berlagak ayu bagai. cmne skali pn, kau tetap takkan jd ayu. sbb nama kau kina. hahaha.

et,
bagus tu. senjata dalam bahaya :p

fid,
haha. mane ada. skola private sbb parents kerja. so tade sapa nak jaga. makanya, skola private sng. pg smpai ptg. ptg mak habis keje boleh terus amek. kasihan sebenarnya. haha.

sharamli,
sbb byk subjek amek time skola rendah makanya otak aku jd ketat. haha. aku pn tak pernah ada. semcm geli ja. haha.

e-liex said...

sampai ati ko cakap cenggitu... ahaha. k fine. kina mmg x ayu. oleh sebab nama pnjg ak nasiha sakina, klo ak nk ayu guna nasiha la. amacam? trus ayu x? ;P

otak ketat said...

layu ada ar. haha. siha la. ala ala liha gitu. baru ayu. wakaka.

Related Posts with Thumbnails