Wednesday, March 31, 2010

aku benci betul bila

lebih dari sehari aku tak bukak blog. sbb entry yg aku wajib baca menimbun gila. lepastu mula la menggelupur buka sekali semua sampai tab penuh. tu tak masuk dgn buka comment box lagi. kadang-kadang nak komen blog org lain terkomen kt blog org lain. memalukan bukan? berbeza betul daripada kalau kau terponteng kelas sejarah (sila jgn terlepas pandang 'ter' di situ. aku mmg maksudkan ketidaksengajaan. contoh tipikal utk ketidaksengajaan ialah apabila kau bangun lambat lalu mendapati baju sekolah tidak bergosok. ataupun dah bangun awal tiba-tiba baru tersedar kerja rumah semalam belum disiapkan. tipikal lah tuh. yg kurang tipikal sket bila nak pakai tudung lepastu tudung tidak memberikan kerjasama yg baik. ya betul. itu juga boleh dikira sebagai ketidaksengajaan). kalau tak dtg dua minggu pn kau tak payah nak menggelabah tanya kwn sebelah kena buka muka surat berapa. sebab masih di bab yg sama. yelah. nak cerita pasal parameswara berehat di bawah pokok pn mau makan masa dua hari. ironi bukan dengan blog? sehari tak bukak dah macam tertinggal doblas bab. haih. sudah lah tu. nak tahu tak, tadi aku jawab soalan exam dgn gaya parameswara yg sdg berehat di bwh pokok. beza nya cuma, aku tade nampak hewan-hewan yg sdg bergaduh -.-

.end of entry.

9 comments:

sharamli said...

apa susah kal0 pakai tudung xjadik..
plastik kan ada..kah3..

Razman said...

hye. blogwalking. haha

otak ketat said...

sharamli,
woy woy zaman skola menengah mana pakai dah ar! huhuh.

razman,
oh hye. follow la ai. nnt ai follow u balik. euh.

e-liex said...

aku pun benci betul. tak bukak cam rasa tak lengkap pulak hidup. ketagih dah nih. bukak skali banyak giler tab ngan lappy yang dah tak format 2 tahun tambah lagi ngan tenet yang super laju, hang la jawabnya. tindakan terbaik? cabut plug charger! yeh!

all dbest exam!

otak ketat said...

hahaha. ketagih ye. bahaya tu. hikhik. tp aku pn sama gak. tp kalau duk umah ja bleh kurang ketagih. heee. oh baik kau ucap all dbest for ur exam's results ja -.-

e-liex said...

aku pun kalau balik umah kurang sket. dekat ngan family tercinta kot, so tenet pandang sebelah mata jek. haha. wei, ko da abes exam ke? bestnye~~~~ btw, ko stdy mn ek? brape thn lg? (tetibe sesi berkenalan la plak. hehe)

otak ketat said...

entah. byk pula soalan kau. memula macam nak jawab, tetbe tgk byk sgt, rasa malas plak nak jawab. haha.

e-liex said...

e-liex : cis. sampai hati. merajuk ar camni

otak ketat : merajuk? ha.. lantak ko la. tak kuasa aku nak pujuk. ko carikla abg tersayang ko nak mntk pujuk. opps. aku lupa lak. takda abg tersyg. haha. Tapi abg ko cam ensem ja, knal boleh?

e-liex : ....... -_-

otak ketat said...

em, ya. boleh try apply position penulis skrip di skop production.

Related Posts with Thumbnails