org ckp, kt dunia ni, ada 7 org muka sama mcm kita.
hari ni aku nak bercerita mengenai muka universal boleh? ala kalau korg ckp tak boleh pn aku tetap nak cerita gak. itu cuma prosedur wajib nak kelihatan konon-konon sopan ja sebenarnya. haha.
tetbe teringat ustaz bahasa arab aku dulu (hoish. jgn nak buat-buat terkejut plak bila taw aku blaja bahasa arab dulu. kan aritu aku dah kuarkan perkataan "uskud". baru sket tu. tu pn ada yg dah menggelabah tak faham maksud dia apa kan? haha). ustaz aku tu suka masuk kelas tetbe tanya mcmni "sy ingat sy nak buat kuiz la hari ni. boleh ke?". jwpn standard kitaorg "alaaa ustaz. mana boleh. kitaorg tak prepare apa-apa pn". sambil buat muka separa kerek, dia jawab "eh. siapa yg ustaz sekarang? suka hati sy la. apsal plak kamu nak ckp mana boleh. tade tade. sy nak buat juga". jd apa fungsi dia tanya kitaorg td sebenarnya? mmg tade fungsi pn.
ya berbalik pd tajuk asal. muka aku ni boleh kira muka universal. sebab apa, mana-mana aku pergi, ada ja org ckp pernah jumpa aku. padahal aku mmg tak pernah jumpa pn diaorg sebelum ni. bila aku cakap tu bukan aku, diaorang mula la tak percaya. pastu kaver dengan soalan "kakak kau kot?". bila kurun aku ada kakak entah. ikut kan darah O+ muda aku ni, nak je aku jawab "kakak anda kot!".
eh kejap. nak buat klarifikasi ya. muka universal bukan bermaksud muka bersepah oke. itu lain. muka bersepah mcm muka yg kau boleh jumpa kt tepi-tepi jalan. muka universal neh, kau jumpa kt tmpt-tmpt kata nama khas ja. contoh mcm kt Universiti ka, Sekolah Menengah Sains ka, Mid Valley Megamall ka, Masjid Negara ka. faham ya? aku harap, kt bhgn komen nnt, tade la yg kasi komen mcm budak tak habes sekolah darjah 6 (e.g. "ala muka bersepah la tu", "ala muka berlambak tepi jalan namanya tu"). jgn ya kwn-kwn.
kalau yg berjantina lelaki, ayat biasa aku dengar, "eh muka kau mcm muka ex-gf aku lah", "muka kau sama mcm muka gf aku". oke. bab ni tanak elaborate panjang-panjang. nnt kena kutuk dgn sigg lg.
yg perempuan mcm biasa la, "muka kau mcm muka kwn skola aku la!", "muka kau sebiji mcm muka sedara aku", "eh mcm biasa tengok la. kita pernah jumpa kn?". kalau nak yg rare sket "muka kau mcm muka classmate aku. tp kau versi perempuan. dia versi lelaki". kalau yg rare byk pn ada "huda, akk rasa, korang baik kapel lah" "eik? kenapa?" "sebab muka korang sama" "-.-".
yg hard core pn ada. pernah sekali tu kt sogo tgh ada sale. aku pn beria la cari t-shirt yg bekenan. tetbe ada sorg kakak tu dtg dekat aku. aku ingat dia nak cari t-shirt gak. aku pn buat bodo ja la. lepastu dia usha aku. makin lama makin dekat. mmg tekun gila dia pandang aku. dlm hati aku dah mcm "eh apahal akk neh usha aku dekat-dekat neh? ada bulu hidung aku terkeluar ke apa?".
tetbe dia pn bersuara "adik. adik ni yg keje kt kedai makan tu kan?". dah pulak. memang la aku gemuk sket. tp tak semestinya aku keje kt kedai makan. "err mana ada kak" aku jawab sopan. dia tak puas hati. "betul la! adik la yg keje kt kedai makan tu!". ah sudah. parah neh. ayat penyata terus dia bg. konfiden habes.
"tak kak. tade. bukan sy" jawab aku tenang. sambil buat muka tak puas hati, dia tanya aku lg "ye ke? tp muka adik sebiji mcm muka dia. kedai mkn kt klang tuh. betul bukan adik ke? kakak adik kot??". halah. malas betul aku. tanak kalah lg tu. malu la tu dah salah org. lepas aku ckp aku tade kakak, baru dia blah. hesh. tgn aku sket ja lg nak tarik tudung dia dah. mujur dia blah tepat pada masa nya. u shud consider ur self lucky ya kakak. ewah. aku sejak rajen tgk hannah montana, lidah dah terbiasa speaking london. maaf lah ya.
org ckp, kt dunia ni, ada 7 org muka sama mcm kita.
aku dah jumpa sorang yg sama muka dgn aku. nak tahu sapa?
cheryl cole. apahal? ada yg tak puas hati? pukul kang! (sengaja tipiskan mata dgn harapan boleh menambahkan efek konon-konon comel. berkesan tak? kalau tak berkesan, anggap ja la misi gagal)
.end of entry.
25 comments:
another term : muka rakyat. haha
Orang kata, ada 7 muka sama ngan kita.
Tapi rasanya, dah lebih 7 kali ni org kata muka ada sama dgn kawan skola la, sedara la.
Mentang2 mata sy sepet. Eh~
(uskud = diam!) kan, =P
cheryl cole?
nak tdo jap
nyte
itu, orang panggil muka fotostat.
ramai jugak hotstuff yang muka fotostat.
kau misalnya.
uskud. dah lama kot tak dgr perkataan tu. maksud nya diam kan?
oh aku time skola dulu selalu ajuk uztazah aku. kami ramai2 sambung "wa biskut" bila saja terdengar dia sebut uskud. kuangajo sungguh.
oh pasal muka universal. aku ade dngr pasal 7 org muka sama tu dan setakat ni, aku dah jumpa 2 orang hamba Allah yang betul2 serupa mukanya dgn aku. faham kan ya. serupa tak sama dengan sebijik. ah. malas aku terang panjangpanjang.
musykil. sejak bila cheryl cole pakai glasses? bukan dia pakai skirt je ke?
haha,mmg comel pun
=]
seyes!
Huda,
laenkali cakap kat akak tu,
"Kak tak nmpk ke saye lagi cantekkk!"
konpem akak tu blah tros! :P
cheryl cole tang mana tu? xde ponnn..huhu
cheryl cole tak bez nyanyi live~
tahniah kerana anda muka seperti beliau~
ramai org ckp muka aku mcm jlo..tp aku tak percaya...
haha. cheryl cole? ape2 je lah.
btw,muka akk mcm muka classmate sye. tp akk versi perempuan. dia versi lelaki. haha :DD
e-liex,
hamboi. muka raja mcm muka kau lah ye? haha.
tiqa,
yerp. uskud tu diam. ele. mesti baru google kan? kah kah kah.
mofasad,
jeles ke jeles? :p
sigg,
pandai lah kau fotostat. apa tak ckp muka kopipes ja? sudah-sudah lah tuh. puasa dah dekat. baik kau minta maaf kt aku cepat. haha.
fadh,
jahat gila siap sambung mcmtu. kalau aku jd ustazah korg, mmg korg dah tak idup lama dah. haha. la. aku baru ckp muka aku mcm cheryl cole. tetbe kau dah terkeliru antara gambar aku dgn dia. bwk bertenang eh :p
syahira,
haha. comel lah sgt. selekeh ada lah ;)
fara,
aish. tak cukup self esteem ar plak kak. haha. tp bernas idea akk. lenkali bleh try. haha.
ann,
aku mmg dah prepare kan diri dgn komen mcmni. em, tang telinga. har har har.
jojo,
tak bez ka? yg pnting dia cantik gilak. hee.
kak mie,
pergh. sy dari dulu dah perasan tu kak. malas ja bitaw. takut akk ckp sy menipu plak.
encik f,
kelakar la tuh? ngehehe.
kenapa kau tak ckp muka kau mcm dato' siti nirhaliza ke? nicole kidman ke paling tidak norman kru. tkde ke ? dan tipikal lah muka kau ni.
dem , baik kan aku
anis,
aku nak cakap mcm muka pak mat tempe. tp takut korang tak kenal plak sapa dia tu. haha. tipikal lah yg ramai org suka :p
aku dah jumpa orang yg muka macam aku sorang.
Jude Law.
johnny depp selalu tulis kat status facebook dia, muka dia sama macam aku. siap tag nama aku. mrh gak aku dgn kapir tu.
btol la, muka kau sama dgn arisya peliharaan bapak sedara aku. arisya seekor beruk betina kalau kau nak taw. sedap kan nama die?
robot baik,
fergh. jude law tuh. kacak habes kau neh. mari kita kapel? kah kah kah.
razman,
patut la. johnny depp selalu cerita kt aku mcmtu gk. hesh. muka kau mmg sebiji dgn dia man. apa boleh buat. redha kan ja lah. hak ptuih. kau igt aku nak percaya cerita arisya kejadah kau neh? kalau betul, dah lama kuar paper metro headline "BERUK BETINA MEMPUNYAI WAJAH SEIRAS CHERYL COLE".
mmg la lwk. gelak la :D
bukan aku nak remukkan hati kau tapi cheryl cole sumpah tak sama dengan wajah kau. tapi ex laki dia ashley cole memang ada iras-iras macam anda...
ko belajar arab? biar betik? pengsan~
encik f,
tak boleh gelak. nnt batal puasa. eh? haha.
ijaicool,
oke. hati aku pecah berkeping-keping sekarang. terpaksa tak boleh puasa esok. haha. laen kali jgn jujur sgt oke?
aidi-safuan,
haha. pengsan hari ni takpa. esok jangan :p
ada sikit la sama...kot..hehehe
selamat berpuasa
i was wondering. kenapa la org yg berani bercakap jujur mcm kau sudah semakin kurg di muka bumi ini ya? haha.
gelak boleh batal puasa ke?
tak thu plak
tak boleh. kentut dlm air baru boleh batal. err. haha.
Post a Comment