Wednesday, December 1, 2010

sessi bersama peminat (part 3)

lama dah tak melayan karenah peminat. nnt kena cop blogger bajet best plak. jadi mari kita tgk soalan-soalan yg terpilih utk minggu ini. oh ya. nak tgk sessi bersama peminat (part 1) boleh klik kt SINI. ha? apa? korang cari sessi bersama peminat (part 2) tak jumpa pn? tade. mmg tade. saja aku nak buat part 3 terus. no 3 kan mcm best plak tetbe sejak gareth bale tetbe hebat? haha. jom tgk 3 soalan yg terpilih. mcm biasa, ayat tipikal utk yg tak terpilih, tolong jgn berkecil hati. mungkin soalan anda tidak bersifat dugro yg boleh merangsang neuron-neuron aku. maka sila cuba lg tulat.




Soalan: 153CM BERSAMAAN BERAPA METER

Jawapan: nampak tak dia pakai caps lock? dari situ kita dah boleh tahu yg soalan dia ni urgent sgt-sgt. mungkin dia salah seorang calon SPM 2010. esok kan paper add math. risau la tu keluar soalan mcmni lepastu terkial-kial tareti nak jawab. takpa. memandangkan add math akk time SPM dulu dpt A1 (readers, tolong jgn polos sgt), apa la salahnya berkongsi ilmu sket dop? oke. jap. kau neh time cekgu jamal ajar math kau tdo ke apa? eh tak baik bersangka buruk. mari kita husnuzon dgn dia. mungkin dia mengalami kecederaan tulang selangka. sbb tu dia tak dtg sekolah time cekgu jamal ajar bab ni.

senang je dek. meh akk ajar cara mudah cepat dan tepat cmne nak tuka 153cm kpd meter. mula-mula amek pensel steadler 2B, tulis besar-besar kt kertas 153 lepastu letak titik lepas nombor 3. oke. dah? bagus. lepastu, tanpa mengangkat pensel, buat gerakan separa bulat ke kiri sebanyak dua kali. sekarang titik dah berada di antara no 1 dgn 5 bukan? ya! dah dpt jwpn! 153cm bersamaan dgn 1.53 meter! senang kan? dah boleh masuk tidur sekarang. esok bangun boleh senyum kt semua org sambil dlm hati "A1 dlm genggaman!".


Soalan: petua menggemokkan badan

Jawapan: amboi kau. dan-dan. kerajaan sebuk nak kurangkan globesiti, org lain semua sebuk cari petua nak kuruskan badan, kau nak cari petua gemukkan badan plak ya. pulak tu elok je sampai kt blog aku. cis betul. mmg la aku gemuk oksigen sket, tp tak semestinya aku ada petua nak menggemukkan badan. takpa. demi kau, aku cuba. meh aku siapkan jadual pemakanan utk kau. tp kena disiplin taw ikut jadual. wlpn kau bukan anak cekgu disiplin. janji oke? besfren forever yarr (ni mana plak dtg tiba-tiba neh?)

11 pg: bangun pagi terus pergi beli nasi lemak (siapa ckp pukul 11 pg dah tade org jual nasi lemak? macik senah yg meniaga kt simpang tiga hujung Jalan Wawasan tu jual sarapan sampai pukul 12 taw). beli 2 bungkus nasi lemak lauk telur mata dgn ayam goreng. lepastu kau mkn sorg-sorg. jgn kongsi dgn bf atau anak jiran depan rumah atau kwn yg  suka kutuk belakang atau macik senah td. faham?

12.30 tgh hari: wlpn dah kenyang, lunch tetap kena amek. lunch kita makan westernize sket la eh. pergi restoran village view, order nasi goreng USA. mcm biasa, mkn sorg-sorg. say no to sharing.

4.30 ptg: tea time! nama ja tea, tp kau jgn nak ngade-ngade minum teh ja. apa barang. tak melayu langsung. pergi kedai talib laris, beli pisang goreng 12 ketul, keropok lekor 6 ringgit, dan cekodok pisang 6 ketul. makan semua sorg-sorg. kalau ada org minta, ckp cmni "hidup kau kalau tak menyusahkan org tak boleh ke?"

8.30 mlm: makan malam kita masak sendiri la eh? eh. tak payah la. hari ni hari rabu. pergi pasar malam ah. attire tolong jaga oke. jangan berpakaian seperti gadis-gadis kilang berlagak seksi yg mengamalkan konsep Yang Penting Tubuh dan bukan Yang Penting Rupa. sampai-sampai pasar malam boleh kasi sedekah kt pacik buta yg tengah main alat muzik sambil menyanyikan lagu maher zain. peh. up-to-date kot pacik. dah kau tak payah la nak sing along plak lagu maher zain dgn dia. jalan cepat! bila nampak kedai nasi ayam azah, singgah beli sebungkus. jalan lg nampak kedai roti john zek zack, singgah beli 2 bantal. selimut tayah. kah kah kah. tak kelakar. jalan lg jumpa kedai ayam uncle bob. tak payah beli. dia cakap ayam dia tade lemak. gagal misi kita nnt. jalan terus beli rangka ayam, tongkek ayam, sosej ayam, semua lah yg berminyak. kau beli ja semua. lepastu kau melantak la semua.

9.00 mlm: cuci muka gosok gigi basuh kaki gosok-gosok perut buncit tepek-tepek krim kecantikan safi, terus tidur!

boleh ikut jadual ni beserta berpegang teguh pada konsep 'bersenam? mana ada masa. sy penat lah. sy malu lah'. insyaAllah, kurang 6 bulan, kau akan berjaya menambahkan berat badan kau. dah gemuk nnt jgn nak ngade-ngade beli Jusmate 5 plak. lempang karang.


Soalan: apsal aku tak boleh masuk laman web spa

Jawapan: mungkin sebab kau tak cukup kacak. kah kah kah. oke main-main ja. jgn tacing sgt. soalan kau paling senang. aku rasa kau tak boleh masuk laman web spa sbb kau gagal ujian dia lah. bg mengelakkan kau berkecil hati lalu melarikan diri ke lombok, mereka banned kau drpd masuk laman web spa. tu psl kau tak bleh masuk. takpa ah. tp kau nak masuk laman web spa buat apa sebenarnya? alalala mesti nak apply jd ptd kan? ni kali ke berapa dah apply? hi hi.  

sekian sahaja utk sessi bersama peminat kali ini. semoga kita berjumpa lg nnt. akhir kata, majulah Arsenal utk EPL (tiba-tiba). kah kah kah. saja nak bakar peminat-peminat Chelsea (adik faiz sahaja), Liverpool (kazenku imah), Tottenham (apek paper lama), dan Man u (mamak tebar roti canai kt kedai mufah maju). dah bye!

.end of entry.

19 comments:

siggplus said...

sejak masuk list top blogger ni, kemain ilmiah blog otak ketat sekarang ya?

sharamli said...

eh..macam xleh gem0k je kalau pakai tips tu w0it..ha3

Rara Nasiha said...

nak requet jadi peminat jugak boleh tak? :)

fadh_q said...

aku pelik. asal tade orang search "macam mana nak kasi IQ tinggi" pastu end up jumpa bl0g kau neh?

kenapa perkara tu tak berlaku? kenapa?

Zulfahmi Abidin said...

dush2.kau nie sengal lar.ahhaha.apakah ko jawab mcm tuh.aku tak nk tanyer kau ape2 lagi.buat kene perli jer dgn kau nie..

Terkini: Pakar IT Zaman Teknologi Tinggi | Apelah Dosa Aku Dapat Kawan Macam Kau Nie | Besok Kau Dah Tua Kau Tahu La

Mohamad Faizal said...

dusta. saya selalu buat tips menggemukkan badan anda tetapi proses penggemukannya tidak setara hanya tertumpu di perut sahaja.

high 5 kazenmu imah!

MOFASAD said...

kemaen hujahan dia

Nurul Huda Rahim said...

sigg,
sejak rajen main twitter, kemain gadis lg cara kau komen ya?

sharamli,
peh. patut la smpai sekarang aku masih kurus. kah kah kah.

rara,
boleh. next week bayar yuran tahunan RM 12 oke. haha.

fadh,
sbb pembaca blog aku semua ber IQ tinggi. ehem. kecuali kau sorang. keh keh keh.

zulfahmi,
kira bagus dah tu aku tolong jwb. yg penting kita mencuba. ewah. cakpong cakpong.

mohamad faizal,
eh dia tak ckp pn nak 'petua mengemukkan badan secara setara'? so aku kasi ah petua general. haha.

skrtel pn nak high 5 gak. dia ckp, dia gembira dpt jaringkan 2 goal haritu. kah kah kah.

Anis Che Rusli said...

aku nak buat request soalan jga. tpi ket mano? dan aku rasa kau perlu cerita lah mcam mne bf kau si xavi tu ngorat kau. mesti lpas kau cite blog kau masuk surat khabar. :D

nurzamfaiz said...

ceh, chelsea still ats arsenal kan? so, no worry la.

Nurul Huda Rahim said...

anis,
boleh try amek borang J kt JPN lepastu submit by hand kt aku. keh keh keh. apa barang masuk paper. aku nak masuk tv. hat rancangan cerita cinta kt tv 3 tuh. wewewew.

faiz,
peh. point sama kot. alalala.

makcek bukan nenek said...

bhahaha .
mmg dasar otak ketat betol .
vote sini weyh .
tips gemok badan tu aku plg suka .

Nurul Huda Rahim said...

mofasad,
apsal aku bleh tertinggal nak reply komen kau eh? haha. kemaen lg komen kau. dah saing-saing sigg.

makcek,
kau yg serach kan? baik kau ngaku. haha.

Razman said...

aku mmg niat nak baca sampai habis tau. serius ni. tp bila tau kau menipu addmath A1, terus aku cr button komen n klik. xsgup biarkan kau menipu byk2. bak kata ustaz jafni mrsm lipis, tipu dosa mati seksa. mulia kan hati aku tak izinkan kau menipu?

Nurul Huda Rahim said...

sejak masuk list top blogger ni, kemain ilmiah komen razman sekarang ya?

cEro said...

serius kelkar entri ko ni..
ko gi layan knape plak laa..
hahah

Nurul Huda Rahim said...

hee. hee. saja. aku kan blogger mesra alam? kah kah kah.

Kuwe said...

kahkah. tolol tolol sungguh orang yang sesat. ya tidak? A1 kepala lutut dia kalau takat boleh convert cm jadi meter. haha.

Nurul Huda Rahim said...

haha. kasi chance la kuwe. zaman kita dpt A1 dah lama berlalu. biar la adik-adik ni rasa kegembiraan yg kita rasa dulu. kui kui kui.

Related Posts with Thumbnails