Wednesday, March 3, 2010

KES ADIK SYAFIA - BYSTANDER EFFECT KAH?

Rasanya semua org dah tahu kisah arwah adik syafia neh. aku tanak buat entry pasal mengutuk mengeji dan mencaci mak dan kekasih mak adik syafia neh. sbb aku yakin dah byk entry pasal itu. aku cuma nak membincangkan kenapa saksi yg seramai berpuluh org itu tidak membantu. aku sendiri tidak pasti samada jumlah berpuluh itu benar atau tidak. tapi ini lah yg dilaporkan di akhbar tempatan. jadi secara logik akal nya, takkanlah seramai berpuluh org yg menyaksikan kejadian itu, tidak terdetik dalam hati seorang pun rasa utk membantu? walhal kalau nak difikirkan, berpuluh org, menentang seorang. tiada masalah aku rasa. lagi pula yg seorang itu tidak bersenjata. aku yakin dalam hati mereka yg berpuluh itu ada terdetik rasa utk membantu. tetapi kenapa mereka tidak melakukannya? itu yg kita tidak tahu. kemungkinan yg ada ialah, berlakunya Bystander effect. Bystander effect bermaksud kemungkinan seseorang saksi utk memberikan bantuan kpd orang yg sdg berada dalam kesusahan akn berkurangan apabila bilangan saksi itu meningkat. atau dalam bahasa mudah nya, semakin ramai saksi sesuatu kejadian, semakin sedikit bantuan yg akan diterima.

Kes Bystander effect yg popular ialah kisah benar Kitty Genovese. aku rasa ramai kan tahu kes ni? tp takpa. aku cerita juga. bg menampakhebatkan entry aku neh. kisah ini berlaku sekitar 1964. seorang wanita iaitu Kitty Genovese telah diserang dan dibunuh berdekatan kawasan apartment nya. pertama kali dia ditikam, dia sempat menjerit "Oh my God! He stabbed me! Please help me!". tp tiada siapa datang membantu. ketika itu, si pembunuh telah pun melarikan diri. tetapi, mungkin kerana melihatkan tiada siapa yg datang membantu Kitty, si pembunuh datang kembali lalu merogol dan menikam Kitty sehingga mati. kejadian ini mengambil masa dalam lingkungan satu jam setengah. siasatan polis mendapati sekurang-kurangnya, seramai 38 orang telah mendengar atau menyaksikan kejadian tersebut. menakjubkan  bukan? tiada seorang pn yg cuba menelefon polis utk memaklumkan kejadian itu.

Mcm mana? lebih kurg tak dgn kes adik syafia? aku tak cakap aku yakin ini adalah gara-gara Bystander effect. ini hanya kemungkinan. byk lg kemungkinan lain. betul mereka pasti takut utk masuk campur hal org lain. takut nnt mereka pula yg dicelakakan. tp apabila ia nya melibatkan satu nyawa yg tidak bersalah, aku rasa mereka harus membantu. lagi pula dgn bilangan mereka yg ramai. berpuluh. utk jadi berpuluh, sekurang-kurangnya pasti 20 org kan? pulak tu yg bermain bola mesti remaja yg gagah perkasa kan? oke perkasa melebih. gagah aku pasti. sbb setahu aku, sutun tak suka main bola. apa pn, ini semua hanya utk dijadikan iktibar. tidak ada niat utk menuding jari menyalahkan sesiapa. sekian.

.end of entry.

16 comments:

e-liex said...

woo.. 1st time bc entry serius otak ketat..

xtau la.. mayb sbb dah ramai sangat.. so diorg pk "org lain jekla yang buat. org lain jekla yg report" yg mn bile sume org pk cmni, last2 sorg pun x wat. agaknyela...

Anonymous said...

aku rasa sebab antara yang ramairamai tu, takde sorang yang berani start.
so bila takde yang start, semua diam je lah.

adeh.

alfatihah untuk arwah

NeemoNeemo™ said...

I hv a draft of Genovese story to be posted on my blog 10 days from now.
10 hr lg, genap 46 tahun kejadian itu.

I hv my own experience of watching someone being beaten up in public, 7th march 2008,at roadside. true, bystander effect happens everywhere. Even in kampungs, we are not so collectivistic.

Nurul Huda Rahim said...

e-liex,
kagum tak? ble aku siyes kau tanak plak jd cekgu jamilah ek? haha. yes. betul. diffusion of responsbility namanya.

shakinah,
aah. mungkin juga. kalau sorg start, baru yg lain ikut kan? mcm ble bade azmi buat cite psl motor/rempit-rempit, baru yg lain pn nak buat kan? huhuh.

anoneemus,
kampung pn ada? aduhai. igt di bandar-bandar je. true. we are heading to individualistic actually -.-

sharamli said...

mungkin yg main b0la tu xde la kuat sgt...
budak2 xmimpi basah lagik...

Nurul Huda Rahim said...

haha. xmimpi basah yer. mungkin juga. jenis budak-budak yg hanya tahu mending-dangkan lagu wonderpets tetapi tidak pernah mengaplikasikannya 'kami tak besar, dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jd mudah' ;p

Anonymous said...

wahh entry yg bgus..
bebentuk ilmiah..huhu

-i peminat u la (ipul)-

Nurul Huda Rahim said...

haha. oh ternyata selama ini entry ku semua nya tidak berbentuk ilmiah. wuwuwuw. haha.

siggplus said...

yang duduk lepak2 tepi padang tu semua kote kecik

ataupun langsung tak ada

ramai2 apa nak takut, bukan dia besar ahli gusti pun

btw, sapa kitty? pornstar ke?

haha

Clarky Afif said...

kucing pn p repot kat taiko die kalo kwn2 die kena blasah. haih!! dalam kes ni, saksi bley tgk je dan tolong angkat bila bdk tu rebah. akai ada kaaa..?

Nadiene said...

memng betul boleh tolong... tapi manusia skrg yg xnak hipokrit... hal ko, hal ko, j]hal aku, hal aku,, mcm tulah.. hmmm

e-liex said...

cikgu jamilah hanya komen entry yang ade sebut nm dier jek.. ni otak ketat da sebut, ckgu jamilah dtg la ni~~

~aSHa~ said...

salam singgah

betul tu otak ketat...pelik kan....jadi PENONTOn je dlm kejadian ni...

tapi satu jugak sy pelik ni..kalo terjadi accident...kalo kita terlanggar org ke...time tu mereka beramai2 hempuk / pukul plak si yg melanggar..kadang2 belum tentu lagi salah org yg melanggar..maybe salah org yang dilanggar..

ha dlm situasi gitu nape mereka terus menghukum org....terus membabi buta pukul2 org...

dlm kejadian yg terang2 budak tu tak bersalah....org yg memukul tu bersalah...tak berani plak...

ntah la kadang2 bodoh gak manusia ni...time sesuai nak pukul, tak pukul, time tak sesuai dipukul habis dilanyak tanpa tau sape punye angkara yg salah..

maaf la beremo disini...sbb sy pernah dgr byk dah...kalo eksiden, org tak berani nak kuar dari kereta sbb takut DIPUKUL...kadang2 bukan salah org melanggar pun...

Nurul Huda Rahim said...

sigg,
pornstar bukan, popstar pn bukan. pop rock mungkin?

ubikentang,
akai tade. acai ada. nak sy tolong panggilkan ke? haha. oh tak klaka rupa nya.

fid,
dlm erti kata lain, jujur lah ye? haha.

e-liex,
oh di samping kuat beremosi, gila glemer juga rupa nya. haha.

asha,
important point noted. thanx. beremosi di entry ini diizinkan ;p

Anonymous said...

rasanya banyak lg kes bystander effect ni
cth kemalangan

Nurul Huda Rahim said...

yerp. betul. pandai dia ;)

Related Posts with Thumbnails