Monday, May 31, 2010

ilmu jalan raya.

Bagi mencapai standad kpi blog aku (wah sungguh ISO bunyi nya), yakni at least 10 entri dalam masa sebulan, maka aku buat entri ni. sejak bila aku ada standad kpi? entah. aku pn tak pasti. tiba-tiba hari ni aku rasa mcm nak buat. esok kalau aku bosan, aku mansuhkan lah. pemerintahan kuku besi kan mcm sgt menarik?

ye jgn nak bercerita mengenai politik. kau daftar mengundi pn belum. lempang karang. hari ni aku nak cerita pasal ilmu jalan raya. biasanya, orang kalau tak hebat memandu mcm aku neh, akan lemah juga bab ilmu jalan raya. tp bab ilmu akademik, dia pintar. mesti tetbe ramai nak mengaku tak hebat memandu kan?

betul. kalau aku dah lalu jalan yg sama utk berpuluh kali pn, belum tentu aku akan hafal jalan tuh. contoh, jalan nak balik johor. boleh dikatakan tetiap bulan aku balik johor. tp tetap aku tak tahu jalan dia. kalau org tanya jalan nak pergi johor lalu mana, habis kuat pn jawapan yg aku boleh bg ialah "ERR. LALU TOL LA". sakit hati tak?

kalau nak tgk map utk pergi rumah org kawen, lg aku bermasalah. mmg satu apa pn aku tak reti. dulu aku pernah gak buat-buat pandai tgk map. bila aku tgk map tu kata pusing kanan, laju ja aku suruh abah aku pusing kanan. rupa-rupanya, salah lorong. depan sket lg baru betul. dah abah aku bising cakap aku tak tgk map betul-betul. eh mana aku nak tahu. map tu tade tunjuk skala satu cm dalam map bersamaan berapa meter di jalan raya sebenar pn? 

sabtu lepas, kami balik johor. keluar je sempadan selangor, radio mula tak berapa nak clear. aku suruh adek aku cari frekuensi hot fm. "SEKARANG KITA KT MANA?" dia tanya aku. nak jawab menggunakan common sense, mmg takkan berhasil. aku pn cepat-cepat pusing kepala 45 darjah ke arah barat utk mencari papan tanda. lepastu pantas je aku jawab "EM, SEKARANG KITA KT KAWASAN ANGIN LINTANG". cuba kau teka, dia bengang tak?

p/s: adakah anda sedar, setiap perenggan aku diakhiri dengan tanda soal? kan aku dah cakap. org yg lemah bab ilmu jalan raya akan pintar bab ilmu akademik. tuhan itu kan maha adil?

.end of entry.

Saturday, May 29, 2010

pengalaman pertama.

"abahhh..mana ni? tade pn???"
"tunggu kejap"
"lama nya?"
"eh eh mana box tuh?"
"box apa?"
"box vodafone tuh"
"uda dah cancel dah. semak ja"
"la!! yg kamu cancel buat apa! minimize ja la"
"eik? ye ka? tak bleh cancel ka?"
"mana boleh! mmg la tak dpt connect"
"ye ke abah?"
"ish kuno lah kamu neh"

-.-

.end of entry.

Tuesday, May 25, 2010

sungguh aku sayang kamu

Ini kesah dua-beradik. huda dan arep.

zaman tadika

"kau ada bwk balik gula-gula utk aku?"
"ada. nah!"

:')

***
"eh jom kita minum air paip"
"tp kita kan tgh puasa?"
"takpa. kita kecek ag. diam-diam la. tade sape taw"
"oke jom"

***
"kenapa kau tarik aku sekali td?"
"dah aku nak terjatuh"
"memang la. tp tak payah la tarik aku"
"biar la kita sama-sama jatuh motor"
"tgk pipi aku dah darah"
"takpa. pipi aku pn darah gak. hee"

zaman skola rendah

"arep! masuk la. jgn main hujan. nnt demam"
"yer kejap. jap lg aku masuk oke. hehe"

***
"jom maen layang-layang"
"jom! tp aku tanak lari oke"
"tp kau tareti naikkn layang-layang"
"tp aku tanak lari. penat nnt"
"kejap je. nnt layang-layang dah smpai atas aku kasi kau maen"
"oke"

***
"jom maen guli!"
"tanak. nnt kau kalah kau nanges"
"ala. aku janji tak nanges"
"oke jom"

zaman skola menengah

"aku nampak kau hisap rokok. aku bitaw mak abah"
"jgn la. aku janji aku tak hisap dah"
"siapa suh kau hisap td"
"ala kawan paksa la"

***
"kenapa kau kena diri tgh dataran td?"
"sbb dpt markah rendah"
"lorh! tahpape"
"kenapa kau kena jalan itik semalam?"
"sebab bising time prep"
"lorh! lg tahpape!"

***
"nape kau kena sebat semalam?"
"sbb conteng tandas"
"la! bajet otai la conteng tandas?"
"nape kau kena panggil dgn pengetua?"
"sebab belasah budak"
"habis kau tak bajet otai plak belasah budak?"

***
"kt rumah ada makanan apa?"
"tade apa"
"g la masak"
"tareti"
"oke. biar aku masak"
"yeay!"

mei 2006

"apsal kau nanges? mcm la aku dah nak mati"
"..."
"sakit tak kena tebuk lubang tuh?"
"sakit lah. tp aku oke ja"

***
"hari ni kau masak apa?"
"em ayam masak merah"
"kau tahu masak ke?"
"dah amek resipi kt mak la. hee"
"oke. em sedap gak"

:')

***
"jom kita g beli kueh"
"aku drive ke? kau kan tgh saket"
"ah tayah. kalau aku tgh pakai drip sekalipun aku takkan kasik kau bawak kereta aku neh. kau kan tak hebat drive. bahaya. haha"
" -.-"

***
"chemo neh buat rambut aku gugur la"
"takpa. kau botak pn tetap hensem"

:')

julai 2006

"aku nak kawen lah"
"tp kan kau muda lg?"
"mmg ar. tak kesah la tu. aku mesti kawen gak"

***
"eh kacak tak aku pakai baju pengantin?"
"kacak sgt weh!"
"haha. aku tahu aku mmg kacak"

september 2006

"kamu kt mana? arep dah takde"
"..."


25/5/2010. SELAMAT ULANG TAHUN MUHAMMAD ARIFF RAHIM.  DI HATI KAMI, KAMU TAKKAN PERNAH TIADA. TENANG SAHAJA DI SANA. NANTI,  KAMI PASTI AKAN MENYUSUL JUGA. AL FATIHAH.

.end of entry.

Friday, May 21, 2010

oh minyak petronas.

stesen minyak petronas.

sedang beliau mengisi minyak, perlahan-lahan pintu kereta aku buka. dengan harapan beliau tak perasan.

"huda! tutup pintu!"

"ala..panas ar"

"ahhh tade. tade. tutup cepat"

"ala serius panas neh"

"ahhh. mcm aku tak tahu kau nak bau minyak kan?!"

kata beliau sambil terus menutup pintu kereta. ah adek aku neh. semenjak blaja bidang kejururawatan, sudah semakin tegas nampak gayanya. sudah berupa jururawat senior yg asek nak marah org ja kejenya. lepastu bila nak amek darah pn laju-laju ja cucuk. bila org buat muka saket sket, "TAHAN SIKIT TAK BOLEH KE?!" -.-




err sekali sekala harus meletak sekeping gambar supaya tidak menjadi watak pipih di blog kepunyaan diri sendiri. narcissistic sungguh. kalau kau rasa terganggu, scroll ke bwh cepat-cepat! :p

oh hye! selamat berkenalan lg sekali. nama saya mcm biasa, Nurul Huda Rahim. sbb mmg tak boleh tuka. kalau boleh mungkin nama saya sekarang sudah menjadi Cheryl Cole. tinggi saya 153 cm, mcm biasa gak. tak meningkat pn sejak tamatnya tingkatan 5. hobi saya selaen melihat lelaki kacak ialah menghidu bau minyak. bukan minyak masak seri murni mahupun minyak gamat yg boleh dibeli murah di pulau langkawi. tapi minyak petronas. haha. akhir kata drpd saya, jika ada sumur di ladang, bolehlah saya bersuamikan engineer petronas. kah kah kah. sekian sahaja syarahan saya utk hari ini. semoga kita berjumpa lg (bila saya rajen). bye.

p/s: amacam skill mengedit gambar aku? masih hebat bukan? :p

.end of entry.

Tuesday, May 18, 2010

JOM CHECK SAMADA IQ ANDA NORMAL ATAUPUN TIDAK!

pagi smlm mcm biasa. dikejutkan oleh suara lunak nazril irham. bagus sungguh beliau ini. tetiap pagi kejut aku bangun subuh. semakin pagi semakin sayang pula aku sama beliau. kah kah kah. bangun-bangun ja tertengok belah atas dinding.

tiba-tiba nampak sesuatu...aku cuba usha. eh apa dia neh? aku usha lg sekali. eh mende apa neh? aku try usha lg sekali. kali ni aku perati tekun-tekun...ah sudah lah. malas aku buat cerita bajet saspen. straight to the point ja lah. menatang itu adalah lipas. salah satu benda yg aku paling takut kt dunia ini.

aku pandang dia. lama jugak la. dalam 10 minit. bersungguh-sungguh neh aku pandang dia. siap kerut-kerut kening lagi. pendek kata, mmg berusaha keras semaksima mungkin lah. tp aku pelik. kenapa dia tak mati? bila aku fikir-fikir balik, oh baru aku tersadar. rupa-rupanya aku bukan cyclops. hahahaha. oke tak kelakar pn huda. lepas dah sedar yg aku bkn cyclops maka dgn hanya memandang tidak akan membantu apa-apa, otak aku pun mula berfikir secara rasional "NGEK G SOLAT SUBUH LA! KAU NAK PANDANG LIPAS TUH SMPAI BILA? KAU DAH LA BANGUN PUN LAMBAT. ADA HATI NAK MEMBAJIR MASA LG?!" bimbang masuk nya waktu syuruk tanpa sempat aku solat subuh, aku pn bergegas ke toilet.

mcm biasa, dalam sujud terakhir, akan berdoa benda-benda yg ilmiah. contoh seperti meminta dikurniakan mini cooper ke. oh eh bukan. salah. itu tak ilmiah. contoh mcm meminta diampunkan dosa kedua ibu bapa dan diri sendiri, meminta dimurahkan rezeki, dan meminta dikurniakan suami kacak. eh. maksud aku, suami kaya. eh! bukan! aku nak ckp soleh sebenarnya. maklum lah. taip malam-malam neh, mamai sket. nak tekan button backspace malas plak tu. haha. tapi pagi smlm tiba-tiba termasuk satu benda yg tidak berunsur ilmiah langsung yakni "YA ALLAH TOLONG LAH KELUARKAN LIPAS TERSEBUT. AKU MOHON HANYA PADAMU"

selesai solat, lipas masih belum keluar. hati dah gusar. aku buka pintu bilik lebar-lebar. lepastu aku diri ja depan pintu sambil memikirkan cara untuk menghalau si lipas. dalam pada itu, sempat juga memikirkan adakah ia spesis terbang ataupun tidak. spesis terbang adalah spesis yg paling berbahaya. aku makin cuak. bak kata pepatah org sekarang, umpama chong wei bertemu lin dan. tgn siap dah menggigil sket. kalau serve mmg tak lepas net neh. lepas dah fikir sebanyak 4 kali, aku terus capai henset, msg kak m

"kak, akk berani tak dgn lipas?"
"oke je. nape? ada lipas ke?"
"aah. boleh tak tolong halaukan kak. sorry menganggu"
"ok. jap ye"

kau tgk perangai si Nurul Huda. tak senonoh sungguh. ada ke patut seawal jam 6.45 pg msg org suruh tolong halaukan lipas. bukannya msg ckp "HYE SELAMAT PAGI! DAH SOLAT SUBUH KE BELUM NEH? BANGUN! BANGUN! MUAH MUAH. EH BUCUK LA DIA. MESTI BELUM MANDI LG NEH. IHIK IHIK ;D" oke jijik. itu msg org lelaki yg baru nak cuba-cuba mengurat org perempuan. takkan aku nak msg kt kak m cmtu kot. haha. tp sungguh aku terdesak. kalau aku berani mmg aku tak menyusahkan org. masalah nya aku tak berani -.-

mujur kak m baik hati orgnya. dia pn dtg dgn muka AKU-TGH-TEKUN-TIDUR-KENAPA-KAU-MSG-AKU-SUH-AKU-HALAUKAN-LIPAS-HA? tp ikhlas. dgn gagahnya, dia mengambil penyapu lalu memanjat kerusi. aku dah selamat berdiri kt luar bilik. bersiap sedia utk berlari dgn gemuknya (abg aku suka guna term neh utk merujuk kpd cara aku berlari. benci aku). kak m kuis sikit lipas tu kemudian terus tekup dgn surat khabar. settle. tak smpai 2 minit pn. yg aku pandang lipas tuh mau la 10 minit. apa pn tak settle. heh. kak m mmg hebat. kagum gila. rasa mcm nak bukak fan page kt fesbuk SAYA KAGUM SANGAT-SANGAT DGN KAK M! (jgn lupa like ramai-ramai ye nnt).

gara-gara trauma melihat lipas, aku pn membuat keputusan utk keluar menenangkan diri ke klcc. haha. oke dah tamat. bye.

.end of entry.

Saturday, May 15, 2010

TEMU DUGA PEGAWAI KEKASIH HATI


URUSAN KERAJAAN DIRI SENDIRI

SULIT DAN PERSENDIRIAN

KEPADA SESIAPA YG BERKENAAN,
(SILA BAYANGKAN INI ALAMAT RUMAH KORG).

SURAT PANGGILAN TEMU DUGA

NO. KP: (86-84 SAMBUNG SENDIRI)               Tarikh: 15/5/2010

Anda adalah dijemput menghadiri temu duga bagi jawatan yang tersebut di bawah pada tarikh, masa dan tempat temu duga seperti berikut:

a. Kod Skim, Jawatan dan Gred
           PEGAWAI KEKASIH HATI GRED S52
b. Kementerian / Jabatan: JABATAN KEKASIH HATI
c. Tarikh: 17/5/2010
d. Masa: 10.00 PAGI
e. Tempat: SURUHANJAYA KEKASIH HATI MALAYSIA,
                 TINGKAT ENAM, MID VALLEY MEGAMALL,
                 50520, KUALA LUMPUR.

2. Anda dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen-dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT seperti berikut:

a. Kad Pengenalan (ktp ga bisa ya mas)
b. Sijil Kelahiran (yg laminate dpt point lebih) 
c. Ijazah daripada pusat pengajian tinggi Malaysia (overseas pn oke)

3. Anda dikehendaki membawa resume bergambar yang ringkas dan padat. gambar berukuran myspace mahupun myrakan tidak dibenarkan sama sekali. untuk mengelakkan anda dilempang secara tidak sengaja, sila jangan gunakan ayat W atau tAiPaN yG sEbEgInI rUpA dalam resume anda. kecuali jika anda adalah Lionel Messi.

4. Kegagalan mengemukakan dokumen seperti yang dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk lantikan. kecuali jika anda adalah seorang CEO syarikat cari gali minyak yg umurnya kurang daripada 27 tahun.

5. Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga. juga bersuara lunak dan mempunyai rupa paras yg menarik tanpa bantuan kaca mata hitam. sila jangan menyapu glitter di rambut anda. ianya langsung tidak membantu dalam meningkatkan kadar rupa paras anda. kecuali jika anda adalah Xavi Hernandez.

6. Keputusan temu duga ini boleh diketahui mulai 21/5/2010 dengan melayari Laman Web SKH atau menghubungi TeleSKH No. 600-83-7979 (ini nombor betul SPA. sila jgn cari pasal) atau SMS ke 30000 dengan menaip: SKHKEP <no. kad pengenalan> <kod skim>. sekian.

NURUL HUDA RAHIM
Bahagian Pengambilan
b.p Diri sendiri
Suruhanjaya Kekasih Hati Malaysia

Pemberitahuan ini adalah cetakan komputer dan tandatangan tidak diperlukan







cis.

.end of entry.

Wednesday, May 12, 2010

angan-angan si selekeh

meh baca angan-angan aku mengenai blog aku yg selekeh ini.

1. Aku tengah jalan tepi starbuck on the way ke sogo (betul ke nak masuk sogo ada lalu starbuck? aku lupa-lupa-buat-buat-ingat je neh. lama dah tak g sogo) kemudian ternampak ada dua orang sahabat baik sedang membaca blog aku menggunakan laptop jenama compaq sambil berkata "WEY BEST LAH BLOG BUDAK NEH" "AAH TUH AR. BAIK KAU FOLLOW. AKU DAH! KAWAN AKU YG STUDY KT EGYPT TUH PN DAH FOLLOW. BAGUS BLOG DIA NEH. BERILMIAH"

2. Ada orang yg tgh bukak blog aku kemudian memandang button berupa 'rumah' di belah ats kanan menu bar laptop dia sambil mengusap-usap dagunya. dia pandang blog aku, dia pandang button tuh. dia pandang blog aku balik, dia pandang button tuh lg sekali. cukup dua belas kali, dia bertekad! dengan keyakinan dan iman yang teguh, dia terus menekan YES untuk 'USE THIS WEBPAGE AS UR ONLY HOME PAGE'.

3. Aku tengah pergi kedai printing utk memerint (wah dasar perosak bahasa sungguh kau neh huda) assignment. kemudian terlihat seorang budak berumur lingkungan 17-25 thn yg sedang khusyuk memerint sesuatu. keluar sehelai kertas drpd printer, dia gelak puas hati sekali. keluar sehelai lagi, dia gelak puas hati lagi sekali. bila aku datang dekat dan cuba usha apa yg dia print, aku dapati rupa-rupanya itu adalah hasil entry-entry aku yg terdahulu. selesai je print, dia pergi kt cashier. "BERAPA KAK? TOLONG BIND SEKALI EH. PAKAI COMB BIND TAW. PLASTIK KERAS DEPAN BELAKANG. TERIMA KASIH". oh siap print berwarna lg tuh.

4. TMJ tengah makan buah kiwi sambil baca blog aku  lalu berkira-kira tanpa mengunakan kalkulator bila kah agaknya masa yang sesuai untuk menghantar rombongan meminang aku.

ah merepek betul. baik aku pergi siapkan CV dan cover letter yg telah aku usahakan dari 3 minggu yg lepas tp sampai sekarang masih tak siap-siap lg. kalau kau seorang yg jujur dan merendah diri mcm aku, kau akan dapati bahawa membuat CV dan cover letter adalah sesuatu yg sgt sukar. ianya seolah-olah bertentangan dengan nilai-nilai murni yg ada dalam diri kau. mcm tak tergamak, tp terpaksa. maka, tempoh 3 minggu utk menyiapkan CV dan cover letter adalah sangat berpatutan sebenarnya. sekian. terima kasih.

.end of entry.

Saturday, May 8, 2010

kesah rabu lepas.

pagi tu dah berjanji dgn kak ree utk bayar yuran sama-sama. janji pukul 10 jumpa kt bank. tp pukul 10 baru aku terjaga. selesai mandi pukul 10.05 (wah huda mandi 5 menit ja! hebat nya beliau).

*kring kring* (henset bunyi. tipu la bunyi dia mcm tu. bunyi dia lagu 3 doors down. going down in flames. tahu? tak tahu bukan. sbb tuh aku taip kring kring je. oh kenapa explanation sgt panjang neh?)

"woy! ktne? akk dah kt bank neh!"
"haha. sy baru pas mandi. tunggu dalam bank. 5 menit sy smpai" (wah huda berjalan dr bilik ke bank hanya 5 menit! hebatnya beliau. segala-galanya boleh dilakukan dalam masa 5 menit sahaja. haha)
"ceh. cepat sket. nnt cucuk sendiri taw"
"oke"

smpai kt bank pukul 10.15 (mmg bkn 5 menit. dasar penipu punya budak). terus meluru ke mesin atm. oke. yuran RM 420. err cmne yer nak taip. aduh. lemah betul aku nak buat mende neh. aku slalu cucuk RM 50 ja. kak ree plak dah kt dalam bank. ssh ar nak panggil. kt blkg ada org beratur lg. cubaan pertama. aku tekan nombor 4 diikuti dgn nombor 0 kemudian 2. err. oke. gagal. tak jadi. cubaan kedua. aku tekan nombor 4 diikuti dengan nombor 0, kemudian 0 lagi. dan 2. err. lagi tak jadi. demn. oh tetbe baru keluar mentol. aku taip nombor 4 kemudian baru nak taip nombor 2, mesin tu berbunyi-bunyi sambil mengeluarkan kata-kata berunsur sindiran "ADAKAH ANDA MEMERLUKAN MASA YG LEBIH LAMA?" cis. perlu la kau memalukan aku kan. cepat-cepat aku tekan YA.

sekali lg aku cuba menaip RM 420. yes! dah berjaya. aku senyum. silap ar. ingat aku bodoh sgt ke (eh yg td buat banyak kali cubaan tuh kenapa yer? diam lah kau). tgn dah stand by kt tmpt duet. tiba-tiba resit yg keluar. mesin tu berbunyi-bunyi lagi. sekali lagi tertera ayat berunsur sindiran. "BAKI ANDA TIDAK MENCUKUPI. HARAP MAAF" memang menyentuh sensitiviti perkauman betul lah mesin neh. cepat-cepat aku tarik resit lari masuk bank. tak malu pun. biasa je. masuk-masuk je nampak kak ree. aku buat muka bertenang ala-ala horatio sambil duduk sebelah dia. "EH CEPAT LA BAYAR. AKK DAH". aku tarik nafas panjang. volume suara aku jaga supaya tak mengguris hati dan perasaan dia "EM JUM LAH KITA BALIK. DUET YG AYAH SY BANK IN BELUM MASUK LG LA". dia buat muka HUK ALOH-NATE MU-TAW DOP AKU PENAT TUNGGU MUNG!

.end of entry.

Tuesday, May 4, 2010

6 CIRI LELAKI YG TAK BOLEH DIBUAT SUAMI

1. TIDAK SOLAT

Allahuakbar. yg ini memang lah. tak usah weh. kalau solat pn dia tak buat, mmg susah lah nak jd suami yg bagus. apatah lg nak membimbing kau dan ank-ank utk berjaya di akhirat kelak. orang kata solat tu tiang agama. kalau tiang pn dia tak boleh bina, mcm mana nak bina atap. oh ya tidak terkecuali, solat jumaat juga.

aku tak tahu kenapa ramai lelaki yang suka memperlekehkan solat jumaat. dah lah tuh berbangga pulak berjalan bersama gf di waktu solat jumaat. tak tahu malu sungguh. kalaupun kau malas nak pergi solat jumaat, sila duduk diam-diam di rumah. biar kau sorang je dapat dosa. neh bila kau keluar memperlihatkan diri, kan aku dah dapat dosa sama sbb kutuk kau. tak bagus tahu berkongsi-kongsi dosa dengan orang lain -.- 

2. KURANG AJAR SAMA ORG TUA

Ini mcm iklan yg lelaki tu nak pergi rumah kekaseh dia lalu terlanggar pacik tua yg sedang berbeskal dan bila disuruh tolong pacik tersebut, dia pn menjawab "EK ELEH ORANG TUA NEH. MENYUSAHKAN AKU BETUL LA. BUAT APA AKU NAK TOLONG. AKU DAH LA LAMBAT NAK G JUMPA KEKASEH AKU NEH". sekali bila smpai kt rumah kekaseh, rupa-rupanya org tua yg dia langgar td ialah ayah kekaseh dia. haha. iklan neh doblas kali aku tgk pn aku masih boleh gelak. kelakar kot tgk muka pacik tuh merajuk. hee.

sangat tidak macho lelaki yg kurang ajar sama org tua. nampak mcm tak bertamadun langsung. sbb bila kau kurang ajar sama org tua, kita boleh buat kesimpulan yg kau pn kurang ajar sama ibu bapa kau sendiri. dgn arti kata laen, anak durhaka. atau dalam bahasa sinetron nya, malin kundang woy! nnt lori simen langgar kau pastu simen tumpah atas kau terus kau jadi batu. kah kah kah.

3. SUDAH LAH TAK EDUCATED, MALAS PULAK TU

Heh. ini jenis yang orang kata apa tuh, lousy lah. dah la tak berapa nak pintar, malas nak memajukan diri sendiri pulak tuh. memang tak boleh pakai betul laki macam neh. educated bukanlah bermaksud kau mesti ada phd, master, degree atau diploma yer. bukan. kalau kau lepasan SPM tp kau berjaya, itu juga educated namanya.

kalau kau perasan, ramai je orang-orang yg kaya tapi tak belajar tinggi sgt pn. kenapa mereka boleh berjaya? sebab mereka rajen. kalau kau lepasan SPM tp berusaha gigih utk berjaya, mmg tak ada masalah. ini yg dah la lepasan SPM, malas pulak tu nak berjaya dalam hidup. nak-nak kalau kebetulan keluarga dia kaya. asik nak berharap duit parents ja. cis betul. memang "HOUSTON KITA ADA MASALAH" la jwbnya.

4. MEMPUNYAI STIGMA "KERJA RUMAH SEMUA PEREMPUAN YANG KENA BUAT. LELAKI TAK PERLU TOLONG LANGSUNG. HEY TAK MASKULIN OKE BUAT KERJA RUMAH!"

Yang jenis mcm ini memang aku tak bekenan. berkerjasama la sikit. kerja rumah tuh banyak tahu tak. dulu sebelum kahwin, ayat nak hebat je "SY SANGGUP SEHIDUP SEMATI DGN AWK. SY AKAN SENTIASA BERSAMA AWK DALAM SUSAH ATAU SENANG". cewah. tp bila dah kahwin, minta tolong vaccum rumah sket ja dah merungut mcm nak kena pergi berperang. lempang karang baru tahu. wah suka hati kau nak lempang suami yer. tak cium bau syurga nnt padan muka. haha. tak la. tp tolong la berkerjasama sket. contoh mcm aku masak, kau basuh pinggan ke. tak pn, aku basuh kain, kau kemas rumah ke. habis kalau semua benda aku yg buat, kau buat apa pulak? buat anak? lepas dah dapat anak, malas nak tolong jaga pulak tu. aduhai. memang lah tak patut dijadikan suami.

org kata, kalau kita dah bersedia nak berkahwin, maksudnya kita juga sudah bersedia untuk berkongsi hidup dengan seseorang. ya jadi mari lah kita berkongsi segala-galanya. termasuk kerja rumah. spender jgn kongsi. lain pattern dan saiz. haha. eh ini aku cakap dari sudut perspektif kalau suami isteri sama-sama berkerja. kalau kau bercadang untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, takpa la kot buat semua kerja rumah tu. sebab suami kan dah penat berkerja mencari nafkah. haha. aku oke ja kalau suami aku suh duk umah jaga anak. tp tolong bayar gaji aku setara dgn gaji yg aku boleh dapat jika aku berkerja ya. boleh? haha ;)

5. NAK NAMPAK HEBAT SENTIASA

Tolong lah. aku benci betul jenis lelaki mcm ni. aku lg suka yg jenis mengaku kelemahan diri daripada sentiasa nak nampak hebat setiap masa di mata perempuan. konon kalau bercerita tu, dia je lah yg hebat. tiada orang lain lg hebat berbanding dia. asik la nak bercerita pasal kehebatan diri sendiri yg tidak dapat dipastikan kesahihannya.

kalau cerita pasal dia main futsal tuh, dia je lah yg score byk. teammate laen semua sampah la kaki bangku la kaki pengkar la. padahal entah-entah dia buat cubaan utk score pn tidak. cis. meloyakan betul. lagi satu yg jenis suka nak condemn orang padahal diri sendiri pn bukannya hebat sgt. entah kenapa aku paling meluat dgn org yg suka condemn bangsa sendiri tp diri dia sendiri tak menyumbang apa-apa untuk memajukan bangsa dia tuh.

6. SUKA GUNA DUIT PEREMPUAN

Aduh. ini lagi satu. jangan lah dibuat suami lelaki yg mempunyai perangai seperti ini. setiap kali keluar je, semua nak suruh kau yg bayar. sekali sekala boleh la. tp kalau dah selalu sgt, melampau lah tuh. lg satu jenis yg suka meminta-minta dibelikan sesuatu. tahun pertama kapel "AWK, TOLONG BELIKAN SY TOPUP RM 50 EH". tahun kedua kapel "AWK BOLEH TAK BELIKAN SY T-SHIRT TOPMAN SATU?" masuk tahun ketiga kapel "AWK, SY TERINGIN SGT NAK KASUT MERCURIAL YG BARU TUH. BELIKANLAH UTK SY" amboi. memang minta pelempang betul. 

nnt kalau kau dah kahwin dgn lelaki mcm ni, silap hari bulan, semua pn kau yang kena bayar. baik bil letrik, bil air, belanja rumah, lampin anak, susu anak, yuran sekolah anak, loan kereta, pendek kata semua lah. sedih betul. lg menyedihkan kalau dia asik cakap yg dia tade duet, padahal sebenarnya dia kumpul duet untuk tuka sport rim kereta, tambah ekzos kereta, membina para-para sakura di bonet belakang kereta, dan mengubah suai kereta wira nya supaya seakan-akan menyerupai kereta alfa romeo.

p/s: 6 cukup tak? ke nk lg? wakaka. tp apa pn, 4 patah perkataan ja aku nak cakap. jodoh di tangan tuhan. haha. oh masuk haha jd 5 lah. maaf. aku kan tak berapa hebat mengira.

.end of entry.

Monday, May 3, 2010

mari beranalogi

hari ni kita bincang sesuatu yg berilmu sikit lah yer. oke tak? asik bincang benda yg tak berilmiah ja. tak merangsang neuron-neuron langsung. nnt kalau org tanya kenapa beruang kutub tak makan penguin pn kau tak tahu nak jawab apa. haha. eh tahu tak kenapa beruang kutub tak makan penguin? la. tak tahu? isk. kesian. meh aku bitaw. sbb beruang kutub kt utara. penguin kt selatan. jauh yer kawan-kawan. dia tak larat nak berjalan. penat. komuter tade pulak tuh. rapid kl apatah lg. wakakak. eh, tak lawak yer? oh maaf (tadi bkn cakap nak bincang sesuatu yg berilmu ke? mana nya?) haha. baik baik. aku nak mula bahagian ilmu la neh. kejap. sabar. kena buka perenggan baru. nnt ada org komplen mata berpinar.

ya topik kita hari ini ialah analogi. tahu tak maksud analogi? analogi neh mcm kau buat ayat perbandingan antara sesuatu perkara dengan perkara yg lain. kau bandingkan dari segi perbezaan atau persamaan perkara-perkara tersebut untuk menyampaikan sesuatu maksud yg tertentu. faham? kalau tak faham jgn risau. aku kasik contoh ayat yer. "ALAH KAU TAK PAYAH LAH NAK SEDIH SGT. AKU TGK EX-BF KAU TUH BUKANNYA KACAK SGT PN. MUKA MACAM JAMBATAN YG DAH SIAP TP ROBOH BALIK JA" jangan guna analogi ni kalau kau sayang pahala kau yer. haha. oke ini contoh yg lebih real. kejadian sabtu lepas. time tu kitaorg baru keluar daripada hotel nak pergi ke kereta. tiba-tiba mak ckp dgn adik aku

"amir nampak tak org yg kerja buka-buka pintu hotel tu?"
"ha nampak. kenapa?"
"amir nak keje macam tu?"
"tak nak"
"ha. sebab tuh la kena belajar rajen-rajen. kalau tak nanti kerja macam tu"
"eik?"

haha. aku gelak je dengar analogi macik hafsah. kau tgk macik hafsah. anytime anywhere. mmg hebat kan? aku rasa kalau kau nak menjadi seorang mak yg bagus, kau kena tahu buat analogi on the spot lah. wlpn analogi kau tu mcm tiba-tiba dan tak berapa nak ada kaitan sangat. meh aku nak try buat satu analogi untuk bakal anak aku "KAMU DAH BESAR NNT JD MCM SHEIKH MUSZAPHAR YE. DAH LA KACAK, DOKTER PULAK TUH" haha. boleh? korang pulak try buat analogi cepat. jangan malas sgt nak merangsang neuron tuh. kang org tanya kenapa beruang kutub tak mkn penguin pun tak reti nak jawab (tak payah la nak guna contoh yg sama sebanyak dua kali. annoying lah kau neh) haha. oke ah. bye.

p/s: teringat analogi lecturer aku dulu "KAMU MESTI JD MCM KAPAL TERBANG. LG TINGGI DIA TERBANG, LAGI KECIL KITA NAMPAK DIA" ;)

.end of entry.
Related Posts with Thumbnails