Monday, May 31, 2010

ilmu jalan raya.

Bagi mencapai standad kpi blog aku (wah sungguh ISO bunyi nya), yakni at least 10 entri dalam masa sebulan, maka aku buat entri ni. sejak bila aku ada standad kpi? entah. aku pn tak pasti. tiba-tiba hari ni aku rasa mcm nak buat. esok kalau aku bosan, aku mansuhkan lah. pemerintahan kuku besi kan mcm sgt menarik?

ye jgn nak bercerita mengenai politik. kau daftar mengundi pn belum. lempang karang. hari ni aku nak cerita pasal ilmu jalan raya. biasanya, orang kalau tak hebat memandu mcm aku neh, akan lemah juga bab ilmu jalan raya. tp bab ilmu akademik, dia pintar. mesti tetbe ramai nak mengaku tak hebat memandu kan?

betul. kalau aku dah lalu jalan yg sama utk berpuluh kali pn, belum tentu aku akan hafal jalan tuh. contoh, jalan nak balik johor. boleh dikatakan tetiap bulan aku balik johor. tp tetap aku tak tahu jalan dia. kalau org tanya jalan nak pergi johor lalu mana, habis kuat pn jawapan yg aku boleh bg ialah "ERR. LALU TOL LA". sakit hati tak?

kalau nak tgk map utk pergi rumah org kawen, lg aku bermasalah. mmg satu apa pn aku tak reti. dulu aku pernah gak buat-buat pandai tgk map. bila aku tgk map tu kata pusing kanan, laju ja aku suruh abah aku pusing kanan. rupa-rupanya, salah lorong. depan sket lg baru betul. dah abah aku bising cakap aku tak tgk map betul-betul. eh mana aku nak tahu. map tu tade tunjuk skala satu cm dalam map bersamaan berapa meter di jalan raya sebenar pn? 

sabtu lepas, kami balik johor. keluar je sempadan selangor, radio mula tak berapa nak clear. aku suruh adek aku cari frekuensi hot fm. "SEKARANG KITA KT MANA?" dia tanya aku. nak jawab menggunakan common sense, mmg takkan berhasil. aku pn cepat-cepat pusing kepala 45 darjah ke arah barat utk mencari papan tanda. lepastu pantas je aku jawab "EM, SEKARANG KITA KT KAWASAN ANGIN LINTANG". cuba kau teka, dia bengang tak?

p/s: adakah anda sedar, setiap perenggan aku diakhiri dengan tanda soal? kan aku dah cakap. org yg lemah bab ilmu jalan raya akan pintar bab ilmu akademik. tuhan itu kan maha adil?

.end of entry.

23 comments:

Fhad said...

kalo aku jd bapak ko aku pun bengang gak.. hahaha...

otak ketat said...

fhad,
mujur aku bkn ank kau. haha.

Edriena Hazelina said...

hahahahahaha!!!

cekap sangat!

Aidi-Safuan said...

kalau aku jadi adik ko, konfem emo aku sehari semalam. haha

otak ketat said...

edriena,
jom bwk sy jenjln. sy jd co-pilot akk :p

aidi,
nampak tak hikmah kenapa Allah tak jdkan kau sbg adek aku? haha.

Farah Hanani said...

kau memang senget dol...

otak ketat said...

nani,
haha. mcm kau lurus sgt :p

Miss Rouge said...

hahahahahhaha! kawasan angin lintang!

cikCEPET said...

ahahaa`
kwasan angin lntang...
taleh bla tuk...
hehee

:))

otak ketat said...

miss rouge,
haip. biasa neh gelakkn org! pukul kang :p

cikcepet,
mmg itu je papan tanda yg ada time tuh -.-

Clairvoyant said...

kita serupa~

siggplus said...

bijak jugak kau kadang2 kan

otak ketat said...

huda kadir,
cis tuka nama rupanya. pnat aku reply komen kau sopan-sopan. haha. kau tak habes-habes nak serupa dgn aku. sepak kang.

sigg,
kadang-kadang bijak. selalunya genius.

siggplus said...

aku cakap kadang2 saja. aku tak cakap selalu

aku tak mau sentuh pasal yang selalu

YobSumo said...

nasib baik kau tak cakap "kawasan lembu melintas". adik kau sayang kau lebih punya.

otak ketat said...

sigg,
haha. sbb mengguris hati kau kan? dah diam.

yobsumo,
kt highway tade signboard tu kot :p

Frodo Baggins said...

kawasan angin lintang??
wa kompem bagi lu jurus lintang!
hahahhahaha


>>___<<

otak ketat said...

frodo,
maka lintang pukang la aku lari kalau cmtu :P

Jard The Great said...

hehehe... aku buta jalan.. seyes.. tp aku suka bawa kereta..

ismishahril said...

kau..kau..adakah kau seorang yang genius?

tabik hormat!

otak ketat said...

kak jard,
ye ka? spesis rare neh. haha.

ismishahril,
tgk muka pn dah boleh tahu kot. terima kaseh. haha.

Razman said...

memang benar orang tak pandai jalan raya, kebiasaannya pandai akademik. KEBIASAANNYA. jadi, aku kasihan dengan kau yang bodoh kedua duanya. kes luar biasa.

otak ketat said...

razman,
takpa. aku rela. drpd sapu glitter kt rambut. lg tak terbayang tahap kebodohannya. haha.

Related Posts with Thumbnails