Wednesday, May 12, 2010

angan-angan si selekeh

meh baca angan-angan aku mengenai blog aku yg selekeh ini.

1. Aku tengah jalan tepi starbuck on the way ke sogo (betul ke nak masuk sogo ada lalu starbuck? aku lupa-lupa-buat-buat-ingat je neh. lama dah tak g sogo) kemudian ternampak ada dua orang sahabat baik sedang membaca blog aku menggunakan laptop jenama compaq sambil berkata "WEY BEST LAH BLOG BUDAK NEH" "AAH TUH AR. BAIK KAU FOLLOW. AKU DAH! KAWAN AKU YG STUDY KT EGYPT TUH PN DAH FOLLOW. BAGUS BLOG DIA NEH. BERILMIAH"

2. Ada orang yg tgh bukak blog aku kemudian memandang button berupa 'rumah' di belah ats kanan menu bar laptop dia sambil mengusap-usap dagunya. dia pandang blog aku, dia pandang button tuh. dia pandang blog aku balik, dia pandang button tuh lg sekali. cukup dua belas kali, dia bertekad! dengan keyakinan dan iman yang teguh, dia terus menekan YES untuk 'USE THIS WEBPAGE AS UR ONLY HOME PAGE'.

3. Aku tengah pergi kedai printing utk memerint (wah dasar perosak bahasa sungguh kau neh huda) assignment. kemudian terlihat seorang budak berumur lingkungan 17-25 thn yg sedang khusyuk memerint sesuatu. keluar sehelai kertas drpd printer, dia gelak puas hati sekali. keluar sehelai lagi, dia gelak puas hati lagi sekali. bila aku datang dekat dan cuba usha apa yg dia print, aku dapati rupa-rupanya itu adalah hasil entry-entry aku yg terdahulu. selesai je print, dia pergi kt cashier. "BERAPA KAK? TOLONG BIND SEKALI EH. PAKAI COMB BIND TAW. PLASTIK KERAS DEPAN BELAKANG. TERIMA KASIH". oh siap print berwarna lg tuh.

4. TMJ tengah makan buah kiwi sambil baca blog aku  lalu berkira-kira tanpa mengunakan kalkulator bila kah agaknya masa yang sesuai untuk menghantar rombongan meminang aku.

ah merepek betul. baik aku pergi siapkan CV dan cover letter yg telah aku usahakan dari 3 minggu yg lepas tp sampai sekarang masih tak siap-siap lg. kalau kau seorang yg jujur dan merendah diri mcm aku, kau akan dapati bahawa membuat CV dan cover letter adalah sesuatu yg sgt sukar. ianya seolah-olah bertentangan dengan nilai-nilai murni yg ada dalam diri kau. mcm tak tergamak, tp terpaksa. maka, tempoh 3 minggu utk menyiapkan CV dan cover letter adalah sangat berpatutan sebenarnya. sekian. terima kasih.

.end of entry.

23 comments:

Q said...

aku dah berbulan cover letter tak siap2 lagi. haha. malas benor nak buat.

siggplus said...

CV tu curriculum vitae kan?

curriCULUM tu apa eh? haha

tinggi angan2 kau. aku tak pernah merasa benda2 macam tu lagi

Berd said...

sudah. aku dah buat webpage. kalau mak aku tekan google crome teros je keluar belog ni. tak tahu mengapa.

ismishahril said...

hahahahahaha. aku x terdaya nak komen sengal sengal. tersekat otak kerana gelak.

nursarah said...

haha, boleh lak berangan macam nih. mmg selekeh. ekekeke

Razman said...

kalau blog kau macam dulu, memang aku print. aku bagi kat sekolah2, ini contoh budak tak reti buat perenggan. bengap sungguh. jangan jadi macam dia.

lee said...

mimpi jadi selebriti blogger nih. ekekeke.

risanur said...

angan-angan yg tak boleh blah tu...
alasan nak buat CV sampai 3 minggu adalah suatu alasan yang amat bagus untuk orang yang malas nak cari keja..hahaha...

otak ketat said...

Q,
pemalas gila weh. perhatian! macik-macik, jgn amek dia wt menantu kalian. haha.

sigg,
yerp. kenapa kau caps lock tang culum? ada something ka? kau bkn boleh caye sgt. haha.

berd,
haha. oh hye macik! apa khabar? macik sehat? hari ni nak masak lauk apa? sy kasik resipi ;p

ismishahril,
ah kau. hyperbola ja lebih kan. haha.

nursarah,
tuh ar. tema hari ini "selekeh" hee.

razman,
waww. dari dulu razman baca blog aku rupanya! haha. oh jgn lupa print pic aku sekali. biar mereka tahu, orang comel tak semestinya perfect.

lee,
bkn mimpi. angan ja. haha.

risanur,
eh tak la kak. 3 minggu tu normal utk org yg merendah diri dan jujur mcm sy. haha.

imah abd rahman said...

ok..angan2 TMJ sgt dasat..hahaha

otak ketat said...

oh maaf. tp angan-angan itu yg paling sipi-sipi bakal menjadi kenyataan.

Aidi-Safuan said...

adakah point 1 hinggap 4 tuh adalah kisah dongeng? :P

Kapten said...

hahaha
ko perli aku ker? =p


Latest:Piala Thomas: Strategi Yang Menjadi

meo188 said...

erm.. patutlah otak ketat duk berangan2 je :p

otak ketat said...

aidi,
neh ag sorang. degil. aku cakap angan-angan! jangan kau ubah jd kesah dongeng. laen tuh :p

kapten,
eh? tang mana? tade pn. perasan. haha.

meo,
angan dulu. baru boleh jd kenyataan. kalau ada rezeki. hikhik.

Aidi-Safuan said...

okay fine. nak angan-angan sangat kan? amek la! :P

mehah said...

boley ek ada angan-angan macam nie...

otak ketat said...

aidi,
haha. bkn nak angan-angan ja. kalau boleh, ehem. blackberry pn nak gak. haha.

mehah,
boleh. hanya utk mereka yg selekeh sahaja. heh.

Linglung said...

keh keh keh...lu nak jadi mat jenin alaf baru?..xpe,angan2 xpe letup2...jgn sembang yg letup2

syahira ariff said...

cis
ingatkan betol
hahaha
bahasa sis best laa
=]

otak ketat said...

linglung (mcm tanglung ja nama kau neh?),
haha. tahu pn. lelaki kan biasa bab-bab sembang meletup neh? tp apa pn tade. ekekeke.

syahira,
bahasa best? kalau la kamu yg menanda paper BM time sy spm dulu, mesti sy dh dpt A1 kn? haha.

Miss Rouge said...

hehehehheeee angan-angan paling bernas dalam dunia! hahahaaa

otak ketat said...

ahhh. lega aku. kau la satu-satunya org yg bersikap jujur dalam mengomen entry ini. haha.

Related Posts with Thumbnails