Monday, May 3, 2010

mari beranalogi

hari ni kita bincang sesuatu yg berilmu sikit lah yer. oke tak? asik bincang benda yg tak berilmiah ja. tak merangsang neuron-neuron langsung. nnt kalau org tanya kenapa beruang kutub tak makan penguin pn kau tak tahu nak jawab apa. haha. eh tahu tak kenapa beruang kutub tak makan penguin? la. tak tahu? isk. kesian. meh aku bitaw. sbb beruang kutub kt utara. penguin kt selatan. jauh yer kawan-kawan. dia tak larat nak berjalan. penat. komuter tade pulak tuh. rapid kl apatah lg. wakakak. eh, tak lawak yer? oh maaf (tadi bkn cakap nak bincang sesuatu yg berilmu ke? mana nya?) haha. baik baik. aku nak mula bahagian ilmu la neh. kejap. sabar. kena buka perenggan baru. nnt ada org komplen mata berpinar.

ya topik kita hari ini ialah analogi. tahu tak maksud analogi? analogi neh mcm kau buat ayat perbandingan antara sesuatu perkara dengan perkara yg lain. kau bandingkan dari segi perbezaan atau persamaan perkara-perkara tersebut untuk menyampaikan sesuatu maksud yg tertentu. faham? kalau tak faham jgn risau. aku kasik contoh ayat yer. "ALAH KAU TAK PAYAH LAH NAK SEDIH SGT. AKU TGK EX-BF KAU TUH BUKANNYA KACAK SGT PN. MUKA MACAM JAMBATAN YG DAH SIAP TP ROBOH BALIK JA" jangan guna analogi ni kalau kau sayang pahala kau yer. haha. oke ini contoh yg lebih real. kejadian sabtu lepas. time tu kitaorg baru keluar daripada hotel nak pergi ke kereta. tiba-tiba mak ckp dgn adik aku

"amir nampak tak org yg kerja buka-buka pintu hotel tu?"
"ha nampak. kenapa?"
"amir nak keje macam tu?"
"tak nak"
"ha. sebab tuh la kena belajar rajen-rajen. kalau tak nanti kerja macam tu"
"eik?"

haha. aku gelak je dengar analogi macik hafsah. kau tgk macik hafsah. anytime anywhere. mmg hebat kan? aku rasa kalau kau nak menjadi seorang mak yg bagus, kau kena tahu buat analogi on the spot lah. wlpn analogi kau tu mcm tiba-tiba dan tak berapa nak ada kaitan sangat. meh aku nak try buat satu analogi untuk bakal anak aku "KAMU DAH BESAR NNT JD MCM SHEIKH MUSZAPHAR YE. DAH LA KACAK, DOKTER PULAK TUH" haha. boleh? korang pulak try buat analogi cepat. jangan malas sgt nak merangsang neuron tuh. kang org tanya kenapa beruang kutub tak mkn penguin pun tak reti nak jawab (tak payah la nak guna contoh yg sama sebanyak dua kali. annoying lah kau neh) haha. oke ah. bye.

p/s: teringat analogi lecturer aku dulu "KAMU MESTI JD MCM KAPAL TERBANG. LG TINGGI DIA TERBANG, LAGI KECIL KITA NAMPAK DIA" ;)

.end of entry.

30 comments:

makdara terdiva said...

kisah penguin dengan beruang kutub tu..akak baru jer tau 2 hari lepas kat iklan tv..haha..nampak sgt aku ni cetek ilmu..hoho!

otak ketat said...

takpa kak. sy yakin 99% rakyat malaysia pn baru tahu lepas tgk iklan tuh. hahaha.

Ries Lee said...

beruang tak tau jalan nak ke selatan..tu pasal dia tak makan pingu..

Pipi Muncet said...

tau takpe. saya pun baru tahu lepas tgk iklan susu. haha

otak ketat said...

ries lee,
kalau kau baek hati kau kasik ar dia gps. haha.

pipi muncet,
tuh ar kan. berjasa juga iklan tuh.

Anoneemus™ said...

Saya ada analogi yg best.

Boyfren yg perangai mcm haram itu ibarat cagu.
Sungguh menyakitkan. Tapi untuk membuangnya amat perit. Tapi kena buang juga, klu tak jd makin parah.

lepas tu ada orang tambah- busuk pulak tu!

syahira ariff said...

daging peguin sejuk tak masak
sebab tue beruang kutub tak teringin nak makan
=]

otak ketat said...

syahira,
kau sponsored microwave plak. haha.

anoneemus,
hahahahahahahaha. terbaek! sy suka analogi tuh. yer, tambahan itu pn sy suka juga. wakakakak. tp skang cagu dah jd cheese. haha.

ismishahril said...

setia dgn pasangan ibarat seafood. kalau allergik, nnti jadi gatal.

Q said...

otak aku terketat nak fikirkan analogi. *fikir fikir fikir* huh tak keluar juga. dahlah.

otak ketat said...

ismishahril,
aku tak pasti sbb skang tgh megrib ke apa tp aku tak bpe nak paham analogi kau tu. haha.

q,
umpama q dan ismishahril - analogi free khas utk kau. kah kah kah.

Razman said...

eh, dah pandai buat perenggan.

otak ketat said...

eh bila kau nak pandai ubah font color plak ye? haha.

Q said...

eh? kenapa aku dgn ismishahril?

otak ketat said...

sbb korg kan partners paling sherasi bershama. haha.

Q said...

jangan. bahaya. nanti awek ismishahril marah. haha.

Kapten said...

analogi aku

biar lambat, asal selamat.

ko faham tak? haha

otak ketat said...

q,
oh wawww. ismishahril ada awek rupanya? eh ke kau awek dia? wakakakaka.

kapten,
itu bkn analogi lah. itu motto. haha. tak faham sgt juga.

Huda said...

meh aku beranalogi plak

jadilah macam matahari. membakar diri demi kepentingan seluruh manusia.

ade bran? :)

otak ketat said...

haha. itu analogi zaman aku skola rendah. tak thrill. kasik ar yg laen. wakakka :p

Berd said...

analogi lecterer kau memang berguna untuk pengomen-pengomen kat atas.

otak ketat said...

utk kau tak berguna la yer berd? ;p

risanur said...

tiba2 tak bleh nak buat analogi la coz tak minum susu cam gitu...kalu minum susu confirm analogi otak akan tinggi...hehehe...

otak ketat said...

haha. tp susu tu utk budak2 je kak. jum kita minum susu anlene sama2. hikhik.

ismishahril said...

eh eh. rancak betol nama aku disebut. ni nk kene mintak royalti neh.

otak ketat said...

ahaha. kau g minta kt queen tuh. hee.

imah abd rahman said...

bravo mak sah..mmg orang library btul..resourcefulllll!!!~

otak ketat said...

haha. tuh ar. penuh informasi maklumat kan. hee.

Aidi-Safuan said...

hahahaha...padahal bell boy tuh entah2 kerja part time sementara tunggu result IPT ke. takkan nak suruh dier jadik part time CEO sony plak. adoila mak mertua aku nih. sedih tol aku. :p

otak ketat said...

haha. tahu takpa weh. aku pn ckp kt mak aku "MAK TAHU TAK ORG TU ADA DIPLOMA TAW" hee. takpa. niat dia baik. supaya adek aku blaja rerajen. kah kah kah.

Related Posts with Thumbnails