entry sempena aku tak dpt ikut pulang ke kampung semalam :'(
DAHULU
1. Satu family naik van delica berwarna hijau. yakni 8 org kesemuanya. meskipun si van hijau agak hodoh (sbb dia berwarna hijau pekat dan tiba-tiba ada satu garisan berwarna hijau cair), dia banyak berjasa. sgt byk. rindu plak aku kt dia.
2. Kalau nak minta abah suruh berhenti sbb nak kencing pn takut (yela kami kan 6 beradik. kalau setiap sorg nak berhenti kencing pd waktu yg berbeza, tak ke byk waktu terbuang? tak ke makin lmbt sampai ke kampung? tak ke abah hangen kena drive lama-lama? haha). bila dah masing-masing takut, mula la "ALA KAU LA CKP" "KAU LA" "KAU LA. KALAU KAU CKP MESTI ABAH BERHENTI PUNYA". last nya mesti aku jugak yg kena ckp. kalau aku tak nak ckp pn, abg aku yg akn ckp. tp mesti guna nama aku jugak "ABAH, HUDA NAK KENCING" wlpn aku tanak pn kencing sebenarnya time tu -.-
3. Dah duduk ramai-ramai lama-lama dlm van tu mesti la ada pergaduhan sedikit sebanyak yg akn terjadi. abg first dgn abg second. abg third dgn aku. adik fifth dgn adik sixth. bagus. masing-masing ada pasangan sendiri (tp kalau bosan, boleh berganti pasangan. ikut suka sama suka). lepas tu bila abah tension sbb penat drive tak sampai-sampai kampung, ditambah dgn kami-kami yg bising bergaduh di belakang, dia mula hangen "NAK GADUH SGT TURUN KT TEPI JLN NI!" sambil van betul-betul diberhentikan di tepi jalan. serius. abah aku mmg nekad orgnya. aku pernah kena. turun la betul-betul. sadis gila. tp 5 minit lepas tu dia dtg amek balik.
4. Bila bosan, semua pandang belakang lepas tu setiap sorg cop kereta yg ada kt belakang si van hijau. kira mcm tgh race kereta la konon. bila kereta yg kau pilih berjaya potong si van hijau, makna nya kau lah yg menang. lepas tu mesti bersorak mcm mng F1 dan dpt hadiah grand prize. haha. faham tak? kalau tak faham sudah lah. aku pn mls nak jelaskan.
SEKARANG
1. Van hijau telah dijual. maka sekarang kalau nak pulang ke kampung hanya menaiki kereta sedan. ewah. (cuba buang titik pastu tambah m) haha. dah naik sedan takkan la masih 8 org kan? mmg tak la. sekarang kalau balik selalu 4 org ja. mak abah aku n adik.
2. Nak suruh abah berhenti sbb nak kencing pn dah tak takut sekarang. berani dah. wlpn baru je bertolak 20 minit yg lepas. sbb otak dah pintar sikit. bila abah tnya "KENAPA TAK KENCING KT RUMAH TD?" boleh menjawab dgn tenang "EM NAK BUAT MCM MANA. TD TAK RASA. SEKARANG BARU RASA". heh.
3. Ni pn dah tak pernah terjadi lg. sbb adik aku sgt kuat tidur. baru 10 minit bertolak, dia dah boleh tidur. aku plak tekanan tgk dia. ktaorg ada buat peraturan (sebenarnya bkn ktaorg. aku sorg je. tp aku assume ja dia setuju gk. haha). yakni tak boleh tidur selagi belum keluar sempadan selangor. siapa tidur mmg kena dajal la. ada sekali tu aku sumbat tisu dlm mulut adik aku. haha. padan muka. siapa suruh kuat sgt tidur. em tp kdg-kdg kalau kitaorg gaduh pn, aku ckp cmni ja "OK DAH LA TU. AKU TANAK CKP DGN KAU DAH" matang tak aku sekarang ni?
4. Sekarang bila bosan, kitaorg menyanyi ja. amek botol air yg konon-konon berfungsi sbg mikrofon dan mula melontarkan suara yg konon-konon berfungsi sbg suara artis. sambil tu buat la gaya-gaya semangat menyanyi penuh perasaan. kalau lagu duet oke ar dedue boleh nyanyi. bila yg lagu solo, dah masing-masing berebut. kekdg sampai kemek botol air tu. last-last kongsi-kongsi je la. kau satu baris, aku satu baris. haha. bila dah agk-agk bosan (dan abah pn dah mula buka radio sinar), ktaorg mula tangkap-tangkap gambar plak. pastu mesti lapar. makan-makan plak. pastu ngantuk. sbb dah keluar sempadan selangor, boleh la tidur ;)
mesti semlm kau bahagia gila sebab boleh tidur dgn tenang wlpn baru 5 minit bertolak dari rumah kan?! -.-
p/s: hargai apa yg pernah kita lalui. samada ianya pahit atau manis. kerana setiap daripadanya pasti ada sesuatu yg boleh dikenang kembali dan dijadikan pengajaran. yg paling penting, ianya tidak mungkin akan terulang kembali sama seperti ketika itu.
.end of entry.