Thursday, January 14, 2010

LARI, KAU INGAT KAU BEST KE?

Peringatan awal: entry ini mengandungi 3 kesah pendek. kalau malas nak baca semua, baca satu pn jadi la. kalau malas nak baca satu, baca semua pn jadi la. jadikan budaya membaca amalan kita. tak tengok ke iklan kerajaan? yg semua anak-anak dia senyap membaca dalam kereta tu. masih malas nak membaca lagi? lempang kang.

Kesah 1.
korang pernah tak terfikir utk lari dari rumah? aku time kecek-kecek dulu pernah gak. masa tu aku baru lepas kena sebat pakai tali pinggang. abah aku marah sebab aku tendang sorang kwn aku neh. habis siapa suruh dia cabar aku. dia cakap "HA. KALAU KAU BERANI, TENDANG LA AKU. TENDANG AR. TENDANG AR. TENDANG KT DADA". aku kan masih kanak-kanak pada ketika itu (darjah 3 ke 4 ntah). otak aku mana la berfungsi dgn begitu pintar sgt (sekarang pn tak pintar jugak sebenarnya). maka aku pn dgn gaya ala-ala chow yun fatt nya, melepaskan la tendang front kick kt dada dia. hamek. berkesan tapak kasut kt baju sekolah dia yg berwarna putih berseri bagai dicuci oleh sabun daia itu. tetbe pas kena tendang, dia jatuh lalu menangis. "SAKIT LA! BAGITAW AYAH AKU!" eik? td dia yg suruh aku buat mcmtu. mcm kebal sgt konon. akibatnya, balik tu lps ayah dia tepon abah aku, aku pn kena la sebat. menanges-nanges aku. jadi aku pn mula terfikir utk lari dari rumah. siap pecahkan tabung seramik berupa terung lg (tabung tu tade lubang pengeluaran. harus dipecahkan kalau nak guna duit). pastu aku pn kira-kira la duit sambil berfikir cukup ke tak duit banyak tu utk lari dari rumah. lepas lebih kurang 20 minit, aku pening. sbb aku tak tahu duit aku cukup ke tak utk lari dari rumah. lalu aku pn mengambil keputusan utk tidur. tak jadi lari dari rumah. mcm hampeh ja. semua gara-gara aku tak pandai matematik. kalau tak, mesti aku dah selamat lari. mesti mak abah aku dah risau-risau. mesti abah aku dah menyesal sebab sebat aku. mesti polis dah kalut-kalut cari aku. mesti...ahhh. dah la. benci aku. dah la tak berjaya. tabung terung aku terkorban plak tu. sampai sekarang tak berjaya menuntut keadilan bg pihak dia. tenanglah engkau di sana wahai si tabung terung.

Kesah 2.
tadi aku berjogging. sebelum neh aku selalu berjogging dgn sorg kwn neh (mari kita namakan dia miss-i-sumetimes-easily-get-annoyed-by-u. oh panjang sgt. miss A je lah. senang). miss A mmg lg kurus drpd aku. jd, setiap kali berjogging, pasti aku akn ketinggalan di belakang. tak kesah la. dia kurang lemak, aku lebih lemak. dia ringan, aku berat. wajar lah dia jogging lg laju drpd aku. tp td aku berjogging dgn seorang kwn lain plak (mari kita namakan dia miss-u-are-so-nice-to-me. oke sama mcm td. panjang sgt. miss B je lah ye). miss B agak besar sedikit drpd aku. jd kalau diikutkan dari segi teori henry nya, aku patut boleh la berjogging seiring dan sejalan seindah bunga di taman dgn dia kan? tp kenyataannya, aku juga ditinggalkan sama seperti ketika aku berjogging dgn miss A. oh apekah. aku rasa aku mmg tak berbakat lah bab-bab lari neh. kan? aku nak meletakkan kesalahan ketiadabakatan aku dlm bidang lari ini kpd sekolah lama aku. sbb sekolah lama aku sgt gemar buat merentas desa. kalau boleh tetiap bulan dia nak buat. benci tahu tak (kalau aku letak tanda soal dan tukar sedikit intonasi ayat, dah boleh jd soalan lain kan. bijak betul la kau buat ayt multipurpose). aku selalu jd golongan paling last sampai ke garisan penamat. malu la. jatuh reputasi aku sbg budak sekolah yg nakal dan hebat dalam semua perkara (kecuali pelajaran. ofkos). aku tanak maafkn pihak pengurusan sekolah tu. seumur hidup aku tanggung derita nya. huh.

Kesah 3.
gara-gara mak tersalah potong rambut aku, aku menanges-nanges bagai orang kehilangan laptop apple yg baru dibeli seminggu. serius hodoh. sampai aku tak sanggup nak tgk muka sendiri kt cermin. cermin pn mcm tak sudi ja nak memantulkan wajah aku. jd aku pn berencana utk tidak pulang ke rumah minggu ini (punah la rekod balik rumah tetiap minggu aku). merajuk la kunun. tp ptg td, abah msg aku "JAMBU AIR MADU ADA 4 KG KT RUMAH. IPOH MALI". gila tak. aku baru je bangun tidur dan lap air liur. dah meleleh semula air liur aku. huh. pantas je aku balas "SEDAPNYAAA. NAK BALIK UMAH!". ces. begitu senang abah membatalkan agenda 'rajukan tidak pulang ke rumah' aku. dalam masa sesaat ja. aku plan agenda tu 4 hari 3 malam kot. haih. takpa. aku cuba postponed minggu depan je lah.

.end of entry.

26 comments:

e-liex said...

kesah 1
penah terpk gak.. sbb kena mrh apsal ntah.. huhu. tp xde ar smpi nk pecah tbg~~~

kesah 2
wahla~ rjn joging

kesah 3
tiba2, ada peta terbentuk kat tilam ni..i ;P

ni bc sume ni, dpt adiah x? hahah

sharamli said...

b0ngek la

kes 1
ganas pny bdk p0mpuan..sampai kat dada tendang..ad tetek tak erk kal0 dajah 3..hua3

kes 2
bgus kn..kamo0 sedar diri kamo0 ni xkurus...hua3

kes 3
pakai la rmbut palsu..kah3

otak ketat said...

e-liex,
hadiah tade. tp kau boleh tanda kt buku nilam kejadah tuh. nnt kau dpt la hadiah dr pihak sekolah. haha.

sharamli,
mana ada lg. tak tahu la kalau kau dh ada. cepatnya proses pertumbuhan kau? amek suppliment hormon eh. haha.

fiD said...

senang ek upenye nak pujuk, pakai air jambu jew, xpayah bunga ke, coklat kew, huhuhu

TAraNtuLAH said...

lari2 xkemana balik tempat asal tu pown kalo dia sedar diri la dia tu siapa.. hehehe

Ms.Independant said...

KES 1
Dasatnye ley front kick bagai!

KES 2
Akak pon tak suke merentas desa.
slalu last gak!
haha

KES 3
Pandai ayah huda pujuk balek!
hehe

:)

siggplus said...

apa barang kena sebat nangis..

tak matang sungguh

Mimie.Candy Cane said...

hhuhuhuhu..aku pn pernah nak lari dari umah.jiwa kacau ouh duk umah.tp skang dah tua2 ni,rasa nak lari dari opis nak balik kampung lepak ngan mak kat umah.

hehehe

otak ketat said...

fid,
ya senang. bukan jambu air ja. manggis pn boleh. haha.

tarantulah,
ya. sy sadar siapa sy. hee.

kak farah,
dasat kan. pantang dicabar neh :p

siggplus,
aku bukan kau. kalau kau, kena sebat, ejakulasi kan. mmg matang. haha.

mimi.candy cane,
hehe. lari ke rumah plak! :D

Ries Lee said...

at least lari kan...

otak ketat said...

heh. banyaknya, berjalan kot. penat. haha.

Razman said...

kalau aku nak pegang dada ko boleh tak? pegang je, janji tak tendang. boleh kan? (buat muka innocent)

Farah Hanani said...

kes 1: aku pun pernah jer plan nak lari rumah tapi pk2 balik nnt aku nak dok mana...hahaha

kes 2: padan r badan cantik skunk..rajin jog upenya..hahahah

kes 3: jiwa ko tak cukup kental kot nak ngajuk...pasal makanan pun leh tergoda nyah...hahaha..rambut leh tumbuh..dong wory~

otak ketat said...

razman,
aku tgh byg muka innocent kau. geli gila! dah mcm muka perogol bersiri ja. haha.

farah hanani,
ceh. cantik ar sgt. gemuk kot. heh. mmg ar. mknn kn feveret sepanjang zmn. hakhak. ahhh. ayat sama cm mak aku. mmg la tumbuh. tp lambat!

Cik Adek Manes said...

ahahah ! sabariahhh..

err, emm.. kesah nomot 3 ade kaitan ngan lari dri umah gak eks..??

otak ketat said...

hehe. arr nomot 3 kaedah secara halus. ekekeke.

Huda said...

wow!!!

otak ketat said...

nganga jgn luas sgt. air liur kau pn hampir meleleh tuh :p

shakinah said...

aku suka kesah 1st!
bahahaha.
otaii luu~

otak ketat said...

haha. menurut perintah lah :P

Anoneemus™ said...

'Benci tahu tak;'

otak ketat said...

benci gila! haha.

Anoneemus™ said...

Benci tak bersalah.

otak ketat said...

tahu yg bersalah :p

saya said...

huda.kite dok pk2..sape la budak yg awak sepak tuh kan??..hahaha..haruslah kite kenal kan kan kan..;p..lawakla baca entry neh..terus smgt nk belajar time2 exam neh!..^_^

otak ketat said...

haha. harus la awk kenal beliau. hikhik. owh nak exam ek. study rerajen ye haneh ;)

Related Posts with Thumbnails