Monday, April 26, 2010

PAKAI BAJU SAMA DGN ORG LAIN. MALU TAK?

siapa malu kalau terjumpa org pakai baju sama dengan kita? aku rasa perempuan ramai yg malu. lelaki malu tak? kalau aku, aku malu. sumpah malu gila. dan aku selalu gak terjumpa org tgh pakai baju yg sama dgn baju aku tgh pakai. rasa mcm nak lari laju-laju je balik rumah terus tuka baju. entah kenapa ramai sangat yg same taste dgn aku. haih. tp kalau nak difikir logik akal, sepatutnya tak payah nak malu kot. sebab baju tuh kan dibuat banyak-banyak. bukannya sehelai khas utk kau je. tp tu la. tetap akan rasa malu juga. lagi-lagi kalau baju kurung. ya Allah dalam banyak-banyak kain ela kt nagoya, kamdar, dan globe silk store tu, kenapa lah kau nak sama dengan baju aku jugak? sbb tuh aku suka beli baju kt luar negara (bajet gila weh. boooo). haha. nnt kebarangkalian nk sama tu kurang sket ah.

kalau baju kau sama dgn kawan kau takpa. nnt bleh buat alasan "EH MMG KITAORG BELI BAJU NEH SAMA-SAMA LA" takpn "NI BAJU SEMPENA JUBLI EMAS PERSAHABATAN KITAORG LAH. KAU APA TAHU?" ni kalau sama dgn org yg tak kenal, alahai. tak tahu nak buat alasan apa dah. huuu. kalau jumpa kt mall tu, berdoa panjang biar tak terjumpa lg sekali. takpn terus balik rumah ja lah. malu kot nnt byk-byk kali jumpa org yg berbaju sama dgn kita. haha.

tp mcm aku dah ckp kt ats la, baju kan mmg dibuat dalam kuantiti yg banyak. pulak tu kalau kau beli baju time tgh sale 70%. mmg ramai lah yg akn mempunyai baju sebiji mcm tu. sbb tuh lenkali beli baju yg mahal-mahal ye. biar kurang sket kebarangkalian utk sama dgn org laen. haha. pandai lah aku ckp. baju aku pn banyak sama dgn baju org. pendek kata, tak sepatutnya malu lah kalau terjumpa org yg pakai baju sama dengan kita. buat muka selamba je oke? err renung-renungkan boleh. nak amalkan tuh, aduh. susah weh. malu woy. rasa mcm tengah join pasukan marhaban plak kalau pakai baju sama-sama neh. haha.

baju kitaorg lebeh kurg sama. tapi takpa. sbb kitaorg kawan ;)

.end of entry.

30 comments:

Shahada Fauzi said...

hahaha..pernah2..saya jawab kami pasukan boria..tak pun jawab je tu baju rasmi kumpulan nasyid kami..tu baju kena sepesen..wakaka..lawak lak..

Unknown said...

tak la malu kot
wat2 x nampak je
hahahaha

Nurul Huda Rahim said...

cik sha,
tak pn ckp je neh baju sempena perarakan maulidur rasul. ye tak? haha.

ery,
kalau dah lalu sebelah menyebelah cmne? hee. dpt plak bf lurus siap tanya "EH PESAL BAJU AWK SAMA DGN BAJU DIA?" wakaka. malu weh!

risanur said...

memang tak boleh lari mana kalu nak nampak org yang pakai baju sama...rase nak lari je dari situ...tapi dah satu opis atau tmpt study camne nak lari...wat maintain je atau jgn lalu tmpt yang sama...akak pun penah juga kena...layan kan jelah...

Frodo Baggins said...

hahahhaha ... rilex arrr.
g kat dia n cakap, wow baju kita sama
cover line baixx punya. hahahha


>>_____<<

ismishahril said...

kalau jumpa sama, buat2 tidor. nanti org tak berani kata apa. silap2 lari org tu.

Nurul Huda Rahim said...

risanur,
haha. sy kalau dah sekali nampak ada org baju sama dgn sy kt kolej mmg sy hantar rumah ar baju tu. takkan pakai dah! haha.

frodo,
waww. gila kewl. kau cuba buat dulu. kalau hasil memberangsangkan baru aku follow :p

ismishahril,
tengah jalan nak tidur jadah apa? haha.

Anonymous said...

aku nak pakai baju kurung sama dengan ko
padan muka... muahaha

Nurul Huda Rahim said...

haha. nak malukan aku ke nak malukan diri sendiri ni eh? konfius kejap. haha.

Razman said...

aku nak pakai baju kurung sama dengan kapten.

weih, buat perenggan la weih. entri ko bes tp berpinar mata baca takde perenggan.

CouchPotato said...

penah jadi kat aku masa kat tusyen.
sama dari jeans sampai ke tudung.
terserempak kat tangga plak tuh..tempat takleh lari..
start la aku wat muka
"HEH AKU LAGI MODEL DARI KAU LAH!"

Nurul Huda Rahim said...

razman,
nnt pergi nagoya sama-sama dgn dia. beli kaen ela oke. oh ye ka? habis kau punya entry guna tulisan puteh b/g wane itam, tak berpinar plak mata aku baca? wakakaka. yer ar lenkali aku buat oke. hee.

couchpotato,
woy satu set sama? lagi malu gila! haha. kalau aku, dah buat-buat pengsan dah kt situ. hee.

Katak Ijau said...

penah jer...tapi buat rilek je dah le...
kekdg pun kalo tak baju yg same..kaler plak tersama...hehe

btw, singgah jgjln sini yer tuan tanah.. :)

Nurul Huda Rahim said...

aah. mmg terpaksa buat rilek ja la. takkan nak menggelabah tak tentu pasal kan. tp dalam hati tuhan je tahu betapa malunya. haha. thanx sudi singgah :)

Qiha Aziz said...

tshirt pernah lah nampak sama. baju kurung tak pernah lagi. selamat! tapi mmg malu kalau sama.

Nurul Huda Rahim said...

kau selalu beli kaen buat baju kurung kt mana? aku nak sama dgn kau. biar kau rasa sket apa yg aku pernah rasa. kah kah kah.

syahira ariff said...

hahahaha,stedi jer
bangga gitu cam dapat join grup boria sekolah
nanti boleh bernasyid dipentas kat tengah2 mall

Nurul Huda Rahim said...

syahira,
bleh jadi pemes tetbe erk? :p

mehah said...

tersama pada hari yg sama tak penah plak,..tapi penah jugak terserempak dgn org yg pakai baju sebijik dgn baju kita, baju kurong la..malu sangat kalau org yg pakai baju sama tu makcik2..taste makcik2kah aku?

Nurul Huda Rahim said...

mehah,
hahaha. aku pn pernah wey! tetbe nampak macik tua pakai baju kurung yg aku ada. isk malu gila weh. itu maksudnya taste kita universal. tak kira peringkat umur. haha.

e-liex said...

akhirnya~ puas dah mengumpul lemak? haha
aku tak pernah lagi terserempak time sama hari.. tapi, even lain hari pun dah rasa malu dah! haha

Nurul Huda Rahim said...

ahaha. taste kau tak digemari ramai lah tuh. mesti jenis yg tade taste neh. euh. jgn kawan dgn ai lah. malu oke. hahaha.

e-liex said...

argh. dari kau taste makcik2. aku unik. ahahhahaha.

Nurul Huda Rahim said...

haha. mmg lah. sbb tu sume sibuk nak jadikan ai menantu depa. awww. jgn jeles yer :p

Anonymous said...

malu..malu..malu..rase nak sorok muka dalam kain... :P

Nurul Huda Rahim said...

err. jgn tersalah masuk kaen sudah lah. kan sama! hakhak :p

pakeri said...

hahaha.aku pon penah gak jumpe budak pki baju same ngan aku kat cc aku ni.hahaha.buat bodo je.

Nurul Huda Rahim said...

haha. malu woy. kalau aku terus shut down computer, lari balik rumah. hakhak.

grosir pakaian murah said...

beli bajunya jangan di pasar dunk ah..

Nurul Huda Rahim said...

iya tuh. bagusnya beli di grosir pakaian murah ya kan? :p

Related Posts with Thumbnails