Tuesday, June 15, 2010

kami syak pacik stalker tu producer lah.

semalam first time aku berkaraoke. baru aku sadar, suara aku boleh tahan sedap rupanya. haha. mari gelak secara berjemaah. dapat pahala lebih. lepastu aku pn boleh lempang korg secara berjemaah. jimat masa. haha. mula-mula segan juga nak menyanyi depan kakak bermata besar. sebab dia menyanyi sedap. tp takpa la. org kata, kita hidup kena saling lengkap melengkapi. kalau sorg nyanyi sedap, sorg lg kena la beralah dgn buat-buat suara tak sedap kan. eik?

banyak lagu-lagu yg telah berjaya dirosakkan oleh aku semalam. antara nya lagu taylor swift, kris allen (kah kah kah. ssh gila nak nyanyi lagu live like we're dying neh. semput aku dibuatnya. mmg dying habes lah nak nyanyi lagu kau ni kris oii), adam lambert (whataya want from me!), david archuleta dan banyak lg lah. sebab kami jenis melayu tidak mudah lupa, maka kami nyanyi juga lagu sudirman seperti horee horee dan nilai cintamu. national proud weh.

aku bg amaran awal-awal. kt bhgn komen nnt kau jangan nak tanya soalan-soalan cliche macam "eh kau pandai menyanyi ke?" "tade org bernanah telinga ke dengar kau nyanyi?" "suara kau bkn mcm katun ke?" ni semua soalan jenis minta cagu. orang IQ rendah je tanya soalan mcm tu. kamon la. kita kan negara membangun?

soalan yg tepat dan patut kau tanya ialah seperti "mesti ramai org puji suara kau sedap kan?" "eh ala nape tak ajak aku sekali? aku teringin nak dgr suara kau yg sedap tu". atau kalau kau ni jenis yg berfikir di luar tabii (org puteh ckp, think out of the box), mesti soalan mcm ni akan terpacul drpd mulut kau "takde ke producer yg terdengar suara kau lepastu merayu minta kau jd artis rakaman dia?"

aku ada juga membuat cubaan utk mengimbau kembali zaman kegemilangan sekolah menengah dgn hasrat ingin menyanyikan lagu-lagu in team seperti impian kasih, kasih kekasih dan lain-lain kasih yg seangkatan dgn nya. org kata apa tu, buat comeback? ha yg tu lah. tetapi ditegah keras oleh kakak bermata besar. jd, tak dpt lah. 

tak payah nak ckp banyak lah. kau tengok cara aku pegang mic pn kau dah boleh agak kan vokal yg bakal aku lontarkan macam mana?

awal-awal masih decent duduk di atas sofa dgn begitu comel. tibe di penghujung waktu, sudah mula berdiri di atas sofa. huish. dah mcm buat konsert ja rasanya. tinggal lg, tade org jerit "one more! one more!" ja. kalau ada, mmg konsert habis lah! heee. sedang menari dgn meriahnya di atas sofa, ada pacik stalker tengok-tengok kami. pacik tuh apa masalah entah. dari td asek duk perati kami ja. hesh.

cis. aku terlupa nak nyanyi lagu justin bieber. patut lah rasa tak sedap hati sampai sekarang. dah la. kecewa aku. nak g solat. bye.

p/s buat pacik stalker: kami tak berminat nak jd artis. sbb kami student. pelajaran kn penting utk mengurat lelaki kaya? kah kah kah.

.end of entry.

17 comments:

Mimie.Candy Cane said...

wahahaha..aku pun terkial2 ikut lagu kris allen kt radio..hahaha..

huda,bila kite nak karok sesama,aku yakin penuh stalker kt bilik karok kite nanti..

♥CIK SHA♥ said...

hahaha..sakit perot wey gelak..adoi..jgn lempang diriku..hehe..

jom kite challange nak?? kah3..

Liyanaa. said...

keh keh keh sayang kenapanya menynyi tak bawak sekali ai yang cantik ni. ai sentap ni taww. ai dh lh rindu suara u yg macam itik itu tapi tak apa. nxt time u kene nyanyi sambail dodoikan ai tauuu <33333333333333333333

e-liex said...

aku tetap nak tanye gak
" takde orang bernanah telinga ke dengar ko nyanyi?"

ok. takpe. aku tambah perisa skit.
"takde orang bernanah-telinga-sampai-kuar- ulat-ulat-semua-bagai-ngan-taik-telinga-pun- kuar-pergh-best-giler-camni-takyah-korek-telinga-bagus-untuk-kesihatan-telinga-brape-banyak-telinga-daa ke dengar ko nyanyi?

Anis Che Rusli said...

nak autograf ! :DD

siggplus said...

hey, jalan berkepak, dengan awek romantis

biasalah budak baru nak naik jadi artis

otak ketat said...

kak mie,
tu lah. laju gila kan. tak cukup nafas nak nyanyi. haha. boleh ja. tp sy takut kak mie malu ja nk karaoke dgn sy nnt :p

liyanaa,
haha. itik? cis cis cis. itik lg hina drpd katun oke? takpa. yg pnting aku comel. eh?

cik sha,
challenge apa? siapa lg byk kumpul stalker ka?
haha.

e-liex,
apa kau merepek neh dokter? mujur kau bkn dokter telinga kan? haha.

anis,
oh maaf. tunggu sesi bersama peminat nnt ya?

sigg,
lagu feveret kau kan tu?

fndrocka said...

haha funni!

tak berap syok kalau pergi karaoke dengan budak2 suara sedap..rasa rendah diri...rasa nak blah je dari pusat karaoke tu..haha..aku pernah rasa camtu..tetapi..biila sampai turn aku..aku cukup terperanjat apabila aku dengar suara aku adalah yang paling sedap...kemudia dorg semua dah segan nak ajak aku pergi karaoke..percaya tak cerita ni?toonglah percaya..please..

otak ketat said...

fndrocka,
tgh berusaha keras utk percaya la neh. haha. mesti kau lupa nak tutup suara artis tuh kan bila kau karaoke? kah kah kah.

Anoneemus™ said...

'Kamon la.kita kan negara membangun.'

Ayat minta pelempang sungguh.

otak ketat said...

anoneemus,
kah kah kah. itu oke lg. kalau sy kasi ayat "minda jgn nak kelas ketiga sentiasa boleh tak?" lg minta pelempang. haha.

Q said...

aku nak komen tak cliche.

tak sangka kau pandai guna karaoke box tuh. hebat! box atm dah reti?

otak ketat said...

q,
haha. siapa ckp aku reti. sume akk bermata besar yg buatkan. aku taw cakap "ha! lagu tu sy nak!" pastu pegang mic dan nyanyi. ngeheheh. box atm kurang mahir lg. apa kata kau masukkn duet byk sket. bleh aku praktis slalu. maklum lah, praktis kan make perfek?

Razman said...

patut la kat status fb sorang pakcik ni, dia tulis,

"kat karoke ada budak gila nyanyi zip seluar terbuka."

otak ketat said...

razman,
demn! aku g toilet dua kali. lupa nak check. patut ar! hahaha. cis. dlm frenlist fb ada pacik stalker. dasar perogol bersiri pnya razman.

ARC™ said...

part time jadik artis r cmtu...boleh x?hahahhaa

otak ketat said...

arc,
haha. tak boleh. kami nak fokus pd pelajaran. wah. jwpn skema habes. haha.

Related Posts with Thumbnails