Tuesday, June 22, 2010

badminton, azim, dan nenek.

ini kesah benar seperti apa yg telah diceritakan oleh saksi kepada penulis (cewah. ada gaya mcm penulis mastika tak?)

kelmarin, azim datang rumah. ayah dia entah kenapa tiba-tiba rajen nak buat bbq. oh baru teringat. bukan tiba-tiba rajen. sebenarnya itu baki berpiknik di PD. tak habis, maka di carry forward ke  sini. rumah ni kan ala-ala "recycle bin". sedangkan bunga telur pun mak aku kumpul, ini kan pula ayam bbq. yes. perkaitan aku kukuh kali ini.

tak lama kemudian, bersisakan semangat thomas cup yg masih ada, azim ajak paksu amir dia main badminton. mula-mula, paksu amir layankan aja. lama-lama, paksu amir tak tertahan nak melayan ketidakhebatan azim dalam bermain badminton. mungkin azim hanya pakar dalam bidang ini sahaja (selaen drpd hebat speaking):












ya.
 melakukan aksi huduh ketika bergambar.

jadi, paksu amir suruh nenek plak bertugas utk melayan azim bermain badminton. oleh kerna kasih sayang nenek terhadap azim terlalu menebal dlm diri, maka nenek berpura-pura seperti tidak hebat bermain badminton. girang lah azim di situ. umpamanya beliau adalah pemain China sementara nenek adalah pemain Nigeria.

tak lama kemudian, azim mula penat. paksu amir ambil alih tempat azim. dan  kali ini nenek bermain tanpa kepura-puraan. sudah berupa pemain Malaysia. sedang mereka saling berbalas serve dan smash kencang dgn begitu tekun, tiba-tiba azim membuka mulut;

"eh. nenek. nenek. tadi nenek main dgn azim, mcm nenek tak hebat je? kenapa sekarang nenek tiba-tiba hebat?"

oke nenek. stick to your job. librarian suits you better than actress.

azim tahun depan nak masuk skola dah. rasa mcm baru semalam aku kena dukung dia setiap kali dia nak tdo (dulu dia tdo harus didukung. letak bwh mmg terus nanges). rasa mcm baru semalam aku cuci berak dia sampai tercalit sikit taik dia kt seluar aku. heh.


ini video tahun 2007 kot. hee.rindu azim zaman kecek-kecek :')

azim hazman dan aisyah husna.

p/s: aku dah start cuti sem! yea!
.end of entry.

9 comments:

ismishahril said...

comel nya azim.

saling tak tumpah...em..tak tumpah aku masa kecik2 dulu.

fiD said...

kesimpulannya,,,

nak bagitahu yg kak huda ni pandai layan bebudak la ea? uhu =P

meo ketat said...

hahahahaha... rase nk smack down je budak nie

Nurul Huda Rahim said...

shahril,
pergh. ayat minta cagu.

fid,
err. tak pernah terfikir plak kesimpulan yg tu adik fid. haha. bila nak blanje kek lapis neh?

meo,
comel kan azim? mcm macik dia. kah kah kah.

fndrocka said...

apsal takde gambar nenek?

Terbaru : Dilemma Wanita Gorjes

Nurul Huda Rahim said...

haha. sbb nenek takmo publisiti :P

azuan said...

nenek mesti dag banyak kedut sebab tue takde gambar wakaka

e-liex said...

1. aku tau ko yang berak kan? hahaha

2. mak uda tak comel!!

Nurul Huda Rahim said...

juan,
ceh. nenek awet muda maa. dah cucu dua pn org igt masih 40-an. haha.

e-liex,
1. wuteva
2. wuteva

haha.

Related Posts with Thumbnails