Sunday, January 3, 2010

INI BUKAN AZAM. INI IMAM.

"apa azam tahun baru neh?"
"nak kawen dgn imam"
"hahahahaha"
"nape?"
"tade ah. sebelum ni doktor la, engineer la, CEO la. tetbe imam plak"
"heee"

Lelaki yg baik utk perempuan yg baik. aku tahu itu. dan aku sedar yg aku memang tak cukup baik utk mendapatkan seorang imam sbg bakal suami aku. wlpn sedar diri, aku tetap ada hasrat bersuamikan seorang imam (tak sedar diri lah tuh namanya!). kalau pun dia bukan betul-betul seorang imam masjid/surau, setidak-tidaknya dia boleh menjadi imam kepada keluarga aku. nnt kalau-kalau dia dtg mkn tengah hari kt rumah aku, kemudian masuk waktu zuhur, boleh la dia "TAKPA PACIK. BIAR SY JD IMAM" (cewah. ayat drama tv 1 betul). kan sejuk hati mak abah aku. tak pn kalau memang tak boleh jd imam utk keluarga aku, sekurang-kurang nya boleh la jadi imam utk aku. nnt tiap kali azan berkumandang, "YANG, DAH AZAN NEH. JUM KITA SOLAT. ABG JD IMAM" (neh plak ayat novel alaf 21). kan syahdu tu. tp janganlah hanya sekadar seseorang yg bernama MOHD IMAM yg kemudiannya utk bangun sembahyang subuh pn perlu aku yg kejutkan. dah la liat nak bangun, bila aku ajak sembahyang berimam, "ALA TAYAH LA. SOLAT ASING-ASING JE LA" (ni dh mcm ayt kt restoran. "byr sekali ke asing?"). huh. tak macho langsung!

.end of entry.

15 comments:

Edriena Hazelina said...

hehe.. lawak gak bace enrty nie..
selamat memburu ye..

fara said...

Bagusla Huda ni...
Org laen sume carik yg ensem jek...
Huda pleh yg beriman...

:)

e-liex said...

nak jugak! thehehe ;P

Razman said...

agak2 imam nak tak kahwin dengan ko? aku tanya je taw, jangan kecik hati lak. sebab aku rasa....issshhh, tak sampai hati la nak cakap.

Nadiene said...

nape entry ko nie macam ade sorang budak suke encik azam jugak, ohhohooh

Unknown said...

aku suka cikgu dgn nurse..
hahaha!

saya said...

hahahaha...lawak2..nih yg kene carik budak tahfiz neh..sejuk sikit ati makcik hafsah ngn pakcik rahim..;p

Nurul Huda Rahim said...

edriena,
ye. sy tgh pegang buluh runcing ni utk memburu :p

kak frh,
kalau boleh nak yg hensem+beriman. haha.

e-liex,
nah. amek buluh runcing neh. jum ikut aku.

razman,
ish. aku lg tak smpai hati nak jwb. ibarat pegang pisau cucuk kt perut.

fid,
encik imam lah :p

ries lee,
baek. mulakan hari anda dgn ke hospital ye.

cik epal,
apa kata kau je yg tolong bayarkan? :p

saya,
tabley. semlm baru bce paper dak tahfiz dah hafal 5juzuk al-quraan ditangkap khalwat dgn gf nye. isk. isk. rasa nak lempang je.

Unknown said...

xsemua orang dapt jadi imam
dan xsemua imam tu bagus ( aku benci imam yang berpuak2 dengan orng lain sebab beza fahaman politik jer,, hampeh).. huh

sharamli said...

anak t0k imam xnak?

Nurul Huda Rahim said...

tarantulah,
haha. nnt tetbe dia taw kau fahaman laen, dia terus "AH! AKU TAMO IMAMKAN KAU!" wahaha.

sharamli,
ank tok imam slalunya tak serupa imam :p

Dak Wan® said...

Syaratnya boleh jadi Imam jewr eh? Ok, bila nak nikah nie... dah tak sabar dah nie. Hehehe

Nurul Huda Rahim said...

haha. tu baru satu. byk ag syaratnya. wakaka.

saya said...

ohh..yeke camtu..tak bca pulak brite tuh..neh kes country shock la neh yg wat keje2 camtuh..kalo yg suci murni innocent tuh xdenye..boleh tapis..ekekeke..nak??..;p

Nurul Huda Rahim said...

haha. doktor jugak ke? lalalala :p

Related Posts with Thumbnails