Wednesday, January 20, 2010

Sessi Temuramah Bersama Pelanggan yg Berjaya di Bangi Weij Manejmen.


"ye. kak. apa khabar?"

"sehat. alhamdulillah"

"mcm mana akk rasa sekarang. lps dh kurus neh?"

"mmg seronok sgt lah. rasa gembira gila lah"

"waahhh. jd boleh cerita sikit beza antara dulu dan sekarang?"

"ha yelah. dulu suami tade nak puji apa pn. balik kerja, pandang muka akk, buat muka kelat je. sekarang ni, suami senyum memanjang bila pandang akk. dia ckp akk cantik, menawan, ramping dan menarik. seronok sgt! tp pelik jugak. dulu time akk gemuk dia tade plak ckp mcmni. hurm.tp takpa la. yg pnting akk gembira sgt sekarang neh. org ckp apa tu. dlm hati ada taman"

"ohhh. dari segi baju mcm mana? ada beza?"

"uihhh. mesti ada beza! dulu akk pakai baju besar-besar je. segan lah kan. gemuk. nnt lipid-lipid kelihatan pulak kan. em sekarang baju semua ketat-ketat lah. size XS ja akk pakai semua. tak main dah la saiz XXXXXXL neh. pastu akk siap bleh share-share baju lg dgn ank-ank akk. sama saiz kan. ank-ank bergaya, akk pn nak bergaya jugak. hot mummy gitu. baru la up to date! haha"

"wah kelas gitu akk neh. ada apa-apa perbezaan lg tak kak?"

"em, dulu kalau pakai tudung tu, kena besar sikit lah. nak kaver tuh lah kan. sekarang dah kurus, boleh la pakai tudung singkat-singkat. nmpk dada sikit pn oke je. rasa sejuk ja angin masuk kan. pastu tudung boleh buat berbagai-bagai gaya dan lilitan lah. ckp je nak jenis simpulan apa. buku sila? bunga keti? tindih kasih? semua akk boleh buat. tak mcm dulu. tudung asek turun ke bwh je"

"heh. mcm tu ye kak. hebat la akk neh. kekwn mcm mana kak?"

"ha dulu diaorg selalu kutuk ckp akk gemuk la. kalau naik alat penimbang, mesti rosak la. tak sehat la. lembap bergerak mcm siput sedut la. lemak terjuntai-juntai la. kena masuk Biggest Loser bagai la. sekarang, akk lg kurus drpd diaorg. ha. baru diaorg taw langit tuh bukan selalunya warna biru! puas hati akk sekarang. hahahahahahahahahaha"

Temuramah terpaksa ditangguhkan gara-gara pelanggan terlalu gembira hingga jd gila. Sekian. Terima Kasih.

.end of entry.

8 comments:

Mimie.Candy Cane said...

hahahaha..kesian..kurus smpai jadi gile...

ni citer benar ke weh?

siggplus said...

??

e-liex said...

luv it!

Nadiene said...

wah, yg tudung tu aku x setuju!

Nurul Huda Rahim said...

mimie,
ada benar. ada palsu. tehee.

sigg,
!!

e-liex,
jgn jd cmni sudah ar :p

fid,
yg tudung tu termasuk dlm part 'benar'. harap maklum. tolong jgn generalize plak. aku tgk satu episod ja. hee.

fara said...

Adesla.
smpi giler akak tu.
kesian...

hahaha

NeemoNeemo™ said...

Buleh kasi alamat BWM tu? i pun mau kempiskan perut demi masa depan i kerana i bercadang mahu pakai dress pd wedding i. ya, i buat ni semua demi masa depan anak2.

Nurul Huda Rahim said...

kak farah,
gila takpa. yg pnting dh kurus ;p

anoneemus,
haha. kempiskan perut tak boleh. kita fokus kt semua bahagian. kalau u nak kempiskan perut je, i cadang u buat ketuk ketampi 100 kali :p

Related Posts with Thumbnails