Wednesday, April 28, 2010

ini hobi macik hafsah

"mak nak buat apa kumpul bunga telur tuh? buang ja la"

"kena lah. nnt siapa-siapa kawen boleh guna balik. ekonomi"

"siapa-siapa kawen tu siapa?"

"tak kesah la kamu ke abg apis ke"

"mana ada org pakai bunga telur campur-campur. sedih nya. nampak sangat kumpul lepastu guna balik. isk. malu lah mak. buang ja lah"

"hesh apa pulak. ekonomi. kena simpan!"

aku dah bertekad. aku mesti tunggu abg aku kawen dulu baru aku kawen. tak pun biar adik aku kawen dulu pun takpa. aku sanggup. biar depa yg guna bunga-bunga telur tuh. gila kau. ngeri kot nak kena pakai bunga telur bekas orang laen. cuba kau bayangkan kalau empunya bunga telur tuh datang kenduri kau lepastu dia nampak bunga telur tuh. mesti malu kan? kena plak kalau bunga telur dia tu ditempah khas dari lombok (err kenapa mesti lombok? ah biar lah. kan ramai org kawen lari kt sana. mesti la barang kawen murah kt situ) ish. mak aku neh, zaman muda-muda dulu amek degree in chemistry. dah tua sket amek master in library science. oh kejap. lupa. razman suruh buat perenggan. nak kena tekan enter jap.

dah. oke tak razman? berpinar lg tak mata kau? kah kah kah. oke boleh sambung. kat mana tadi? ha, degree dgn master. sikit pn tade kaitan dgn bab-bab ekonomi neh. tp kalau kau tgk cara dia punya 'ekonomi', mmg menakutkan. malu saya dibuatnya (eh mcm tiba-tiba je ayat neh? takpa. nak guna juga. sbb mcm best ja tgk mirnawan nawawi guna ayat neh). tp kalau aku dah nak terkawen sgt, aku igt nnt aku nak bakar ja lah kotak berisi bunga-bunga telur tuh secara senyap-senyap. takpe je kot kan? korg jgn bitaw dia plak. siapa bitaw aku sumpit pakai paku payung. haha. oke dah bye.

.end of entry.

Monday, April 26, 2010

PAKAI BAJU SAMA DGN ORG LAIN. MALU TAK?

siapa malu kalau terjumpa org pakai baju sama dengan kita? aku rasa perempuan ramai yg malu. lelaki malu tak? kalau aku, aku malu. sumpah malu gila. dan aku selalu gak terjumpa org tgh pakai baju yg sama dgn baju aku tgh pakai. rasa mcm nak lari laju-laju je balik rumah terus tuka baju. entah kenapa ramai sangat yg same taste dgn aku. haih. tp kalau nak difikir logik akal, sepatutnya tak payah nak malu kot. sebab baju tuh kan dibuat banyak-banyak. bukannya sehelai khas utk kau je. tp tu la. tetap akan rasa malu juga. lagi-lagi kalau baju kurung. ya Allah dalam banyak-banyak kain ela kt nagoya, kamdar, dan globe silk store tu, kenapa lah kau nak sama dengan baju aku jugak? sbb tuh aku suka beli baju kt luar negara (bajet gila weh. boooo). haha. nnt kebarangkalian nk sama tu kurang sket ah.

kalau baju kau sama dgn kawan kau takpa. nnt bleh buat alasan "EH MMG KITAORG BELI BAJU NEH SAMA-SAMA LA" takpn "NI BAJU SEMPENA JUBLI EMAS PERSAHABATAN KITAORG LAH. KAU APA TAHU?" ni kalau sama dgn org yg tak kenal, alahai. tak tahu nak buat alasan apa dah. huuu. kalau jumpa kt mall tu, berdoa panjang biar tak terjumpa lg sekali. takpn terus balik rumah ja lah. malu kot nnt byk-byk kali jumpa org yg berbaju sama dgn kita. haha.

tp mcm aku dah ckp kt ats la, baju kan mmg dibuat dalam kuantiti yg banyak. pulak tu kalau kau beli baju time tgh sale 70%. mmg ramai lah yg akn mempunyai baju sebiji mcm tu. sbb tuh lenkali beli baju yg mahal-mahal ye. biar kurang sket kebarangkalian utk sama dgn org laen. haha. pandai lah aku ckp. baju aku pn banyak sama dgn baju org. pendek kata, tak sepatutnya malu lah kalau terjumpa org yg pakai baju sama dengan kita. buat muka selamba je oke? err renung-renungkan boleh. nak amalkan tuh, aduh. susah weh. malu woy. rasa mcm tengah join pasukan marhaban plak kalau pakai baju sama-sama neh. haha.

baju kitaorg lebeh kurg sama. tapi takpa. sbb kitaorg kawan ;)

.end of entry.

Thursday, April 22, 2010

rutin harian sempena cuti sem (jgn bukak. ini betul membazir masa kalian)


bangun pagi, terus kasi hewan peliharaan makan. harus. nanti dimarahi emak kalau tidak lakukan. yg kiri tuh kerry dan yg knn tuh kaka. ya. kaka bersempena nama pemain bola. aku lah tuh kasik nama dia cmtu. haha. memula nak kasik nama dia messi. tp mak tak kasik. mak kata "APA MESSY MESSY NEH. TAK SEDAP LAH!" andai sahaja mak tahu messi tu hebat dan comel orangnya -.-


dah kasik kerry dan kaka makan, basuh kaen plak. habis ja basuh kaen, bleh sidai. nampak tak gabungan warna tembok besar cina tuh? ceklat dgn kuning. itu mak punya idea. tak tahu la apa yg beliau fikirkan ketika memilih padanan warna sebegitu. kpd encik eric, kalau lapang, jemput la dtg rumah sy. kasik talk sket kt mak sy -.-


ehem. ini kerja sampingan. sementara tunggu mood nak masak. haha. bkn tetiap hari dpt tgk beliau ini. jd kalau ada, harus tengok. harus. adik pernah tanya "PESAL KAU TGK BERITA KT TV9 NEH?" tanpa berlengah, aku pn jawab "HOY KAU TAK NAMPAK KA DIA HENSEM TU? KENA LAH TGK". adik aku buat muka bengang "CEH. SEMATA-MATA! TAHPAPE". haha. kau apa tahu. penting woh :p


oke sebab malas, mari kita masak makanan yg segera dan senang dimasak tetapi sehat. supaya boleh cepat mengisi perut yg sedang kelaparan. heh. sotong goreng kunyit dgn kentang.


sambil mengenyangkan perut, mata juga harus dikasi kenyang. wakakaka. "BRENGSEK LOE RAFI! GWE BENCI BGD SAMA LOE!" kata jojo kepada diri sendiri. ya. bercakap kepada diri sendiri dengan begitu kuat sekali sudah menjadi trend masa kini. cuba kau buat sementara menunggu bas / komuter. sumpah kool. semua orang pandang kau nanti. dah la kool, pemes tetbe plak tuh. haha.


habis tgk cerita tasbih cinta yg tak pernah paham pn pasal apa sbnrnya tp nak tgk juga sbb hero dia kacak, aku tgk cerita cahaya plak. raka pn kacak jugak. harus tengok harus. oh hye! selamat berkenalan. nama saya Nurul Huda Rahim. tinggi saya 153 cm. sy ank keempat. hobi saya melihat lelaki kacak. kah kah kah. kau jgn ikut sangat hobi aku neh. tak ilmiah langsung. hesh -.-


lepastu tgk csi miami plak. ini mmg tak kacak. tp tgk ja lah sambil melipat baju yg sudah kering. pacik ni berlakon nak kool aja. setiap kali bercakap, mesti suara perlahan dan tenang habis. lepastu kalau korg perasan, dia ada posisi wajib bila nak interrogate tertuduh. posisinya mcm pic kt ats tuh. oh ya. kepala harus disengetkan sedikit. biar efek kool lebih menyerlah.


ini kaedah menyengetkan kepala. boleh try praktis.

sudah lah ya. aku kasik rutin sampai pukul 5 sahaja cukuplah. nnt kasik rutin smpai malam, termuntah plak korg baca. hee. hari-hari pn mcm ni ja la. tp takpa. yg pnting, duduk kt rumah mmg sgt membahagiakan hati aku. hehe. oh ya. duet gatsby's event dah dapat. yeay! thanx nuffnang ;)

.end of entry.

Wednesday, April 21, 2010

CINTA TAK KESAMPAIAN?

Sekitar tahun 2008, aku ada berkenalan dengan seseorang. kami berkawan tak lama. cuma dua minggu je. tapi dia dah berani menyatakan hasrat utk berkahwin dengan aku. sgt berani kan? mana nak dapat lelaki mcm ni zaman sekarang? haha. petang tu, kami duduk sama-sama di tempat yg kami selalu jumpa. dia pandang aku lepastu dia cakap "NANTI KITA KAWEN YA". sambil tersenyum, aku pn tanya dia "BILA?". kali ni dia pulak yg tersenyum "NANTI LA. BILA SAYA DAH BESAR". "OK" jawab aku ringkas. itu dulu. tahun 2008. tapi sekarang dah 2010. dan sampai sekarang kami tak kawen-kawen lagi. aku tak salahkan dia. sebab aku faham.......



























dia tengah berusaha gigih di sekolah. sekarang dia darjah dua. aduh. lama lagi lah yer kalau nak tunggu awk encik irfan oii? haha. takpa. belajar rajen-rajen oke. biar dpt nombor 1 dalam kelas tetiap tahun. sng nk jd dokter nnt. haha. beza umur kitaorg 16 thn. oke ar tu. ala-ala demi moore dgn ashton kutcher gitu. awww. haha.

p/s: budak tadika mmg comel! eh aku bukan paedophile yer. aku pn terkejut time dia ckp cmtu. tp layankan aja. nama pn budak. haha. maju eh budak tadika zaman sekarang? aku dulu nak kawen dgn cekgu time skola rendah ada la. time tadika tade plak :p

.end of entry.

Sunday, April 18, 2010

review gatsby's event.

Event neh katanya masuk malaysia book of records. hebat kan? meh tgk apa jd dan siapa yg aku jumpa kt sana. tak ramai sgt lah. aku pn blogging tak sampai setahun lg. mana nak kenal ramai org sgt. lgpn blog aku kan selekeh ja. siapa la yg nak baca sgt. haha. 

1. Blogger pertama yg aku jumpa sudah tentunya adik manis si ery farieha. dah mmg aku gerak dari komuter ukm pn dgn dia haha (masih kental mahu pergi event wlpn ada xm isnin nnt. hehe. gewd luck ery). sampai kt sana ja dah terkial-kial nak beratur. ntah betul line ntah tidak. main bantai ja beratur (mmg salah line pn sebenarnya). lepas dah ngumpat sorg dua blogger yg kami usha dari jauh, kami nampak macik liyanaa. tak tak. macik liyanaa kami tak ngumpat. kami kutuk dpn-dpn ja ;p

2. Lepas penat panggil dia sebanyak 3 kali utk beratur bersama kami, baru dia dtg (ceh kau. mentang-mentang aku blogger tak femes. tamo beratur dgn aku kan? belasah kang. haha). dah selesai register, kami pn g toilet utk tuka baju. sbb aku malas, aku sarung ja terus. ehem. kau nak tahu tak, macik liyanaa dtg pakai kasut sukan! haha. dah mcm rupa org nak pergi merentas desa ja aku tgk. penuh semangat kesukanan. maklumlah, world cup kan lg beberapa hari ja. tak lama lepas kitaorg kutuk kasut sukan dia, dan-dan ja dia terus g beli sipa seploh hengget. aku syak bf dia malu lah jalan dgn dia. sbb tu bf dia paksa dia beli sipa. haha. peace ynn :p  

3. Banyak game menarik yg ada kt situ. cthnya baling dart utk pecahkan belon, baling bola kasi jatuh semua tin, baling buah kelapa jatuhkan pin bowling, parking kereta senget (dua kali aku try tak berjaya. ery terrer main game neh. aku rasa in real life pn dia bwk kereta mmg senget-senget mcm tu la) dll. aku paling tak suka game ketuk kacang. mcm harem. ada la 3 kali kot aku cuba main game tu. mmg tak mng. game paling aku suka ialah game tuka tayar kereta. sbb dpt 4 point. haha. game lain mostly dpt 2 point ja. tp aku berjaya pasang tayar ja la (within 40 second kot?). nak cabut tayar tak lepas. huh. masih kurg skill.

4. Time tgh beratur nak main game, tiba-tiba ada budak tegur ery "EH, ERY FARIEHA KAN?". pergh. budak tu serius aku cakap kt kau. gaya ala-ala jason mraz gitu. dgn penuh kemachoan, dia kuarkan buku kecik dgn pen "NAK SIGN DGN URL BLOG" hahahah. sekarang kau ckp kt aku siapa yg artis. heh. lepastu dia minta sign dgn url blog aku plak (aku rasa dia tanak pn minta sebenarnya. tp saje nk jaga ati aku gamaknya). aku pn maleh ah nak sign. sat g dia tiru sign aku pastu kuarkan duit aku kt bank kang siapa nak jawab. so aku kasik url blog ja la. apa nama ntah budak tu. aku pn dah lupa. eh bila kau nak follow blog aku? minta url blog beria dah. haha.

5. Tak lama lepastu, ery menegur si yobsumo plak. aku tak kenal pn dia neh tp pernah la nampak nama dia tu di merata-rata blog. femes lah tuh. haha. lepastu ery kenalkan aku kt dia. dgn buat muka 'nak jaga hati aku', dia ckp "ARR. MCM PERNAH DGR GAK LA" ceh. sudah lah. padahal mesti kau tak pernah dgr pn nama blog aku kan? haha. takpa. yg penting kau tak gemuk. eh mcm tade kaitan sgt. takpa lah. oh ye. muka 'nak jaga hati aku' kau tu mmg sgt berkesan. hee.

6. Kemudian jumpa si kapten luffy plak. kau nak tahu ayat pertama dia bila jumpa aku? "LA! AKU IGTKAN KAU GEMUK!" haha. tu pn aku pakai baju dua lapis tahu tak. kalau aku pakai baju satu lapis agaknya mesti dia ckp "LA KAU MODEL RUPANYA" haha. lepas borak sepatah dua, tanpa segan silu aku terus paw point si kapten luffy. dah dia tanak redeem. habis point dia aku paw, aku paw si azuan punya point plak. haha. mcm kejam sahaja. tp sebenarnya tidak. semua aku lakukan dgn penuh kasih syg. eh dude, point kau pn aku ada paw ka? lupa sudah. banyak sgt paw point org. haha.

7. Dah siap kumpul point, ktaorg nak g redeem barangan gatsby. aku suruh si dude jagakan beg kitaorg jap. tp sbb muka dia mcm tak berapa boleh dipercayai, aku nak suruh si azuan tolong jagakan beg kitaorg (sbb muka azuan serius baik gila. macik-macik di luar sana, boleh amek dia jd menantu kalian. haha). tiba-tiba si kapten luffy berkeras mahu jagakan beg kitaorg. cewah. bajet gentle la. handle with care gitu. memula bila teringat pasal kes dia menodai si sara liona tu, aku tak jadik ah nak kasik dia jaga beg kitaorg. tp lepas dia merayu melutut-lutut, aku pasrah ja la. 

8. Lepas dah redeem kitaorg pn g la amek beg kt kapten luffy. ku sangka kan mendung, rupanya terik di tgh hari. beg kitaorg mmg telah dinodai oleh beliau. BASAH beg kitaorg tu. diulangi, BASAH. aku tak tahu la air apa tu. air mata barangkali. terharu dpt jaga beg kitaorg gamaknya.

9. Hadiah lucky draw mmg sgt kool dan mengujakan. antara yg aku berniat nak memiliki ialah nintendo wii, blackberry, pda, netbook, dan external hard disk. byk lg hadiah-hadiah lucky draw yg hebat-hebat. gila ah. gatsby mmg kaya. tp mcm dah ckp sblm neh, aku kan bergenetik tidak bertuah dlm lucky draw. so mmg tak dpt pn lah apa-apa hadiah tu. telan air liur ja tgk org-org yg bertuah naik pentas amek barangan free -.-

10. Oh sebenarnya, dari dlm monorel aku dh nampak huda luna gf sigg. tp tak berani nak tegur sbb kt dlm blog pn mmg tak pernah tegur. malu kot kalau tegur tiba-tiba dia ckp "EH KAU SIAPA YE? AKU TAK KENAL PN?". haha. tp time borak dgn kapten luffy, borak dgn dia sekali. aku kagum betul dgn dia. sanggup dtg dari jauh. mmg kental. heh. tp apa pn, yg paling best time ktaorg nak balik, dia tanya umur aku. lepas aku jawab, dia pn ckp "OH KAU NMPK MUDA" ehem. ehem. ya huda luna. kau adalah org yg ke seratus dua belas ckp mcmtu. nnt aku blanje air sirap. haha.


ini hasil setelah berkerja keras (err mengepaw point org pn dikira berkerja keras ya). terima kasih byk-byk kepada kapten luffy, azuan, dan dude. barang-barang ni dah selamat diagihkan kpd mangsa banjir. err, maksud aku, abg dan adik aku. heh. pendek kata, terima kasih kpd nuffnang dan gatsby kerana menganjurkan aktiviti yg sgt menarik dan memenatkan. tp lain kali kalau buat event, sila sediakan nasi lemak beserta ayam goreng sbg pembuka majlis. lapar kot. haha. oke tgn dah lenguh. bye.  

.end of entry.

Friday, April 16, 2010

gatsby!

Sempena event ketiak basah esok, nuffnang ada kasik 4 peringatan:

1. Please take note that it is compulsory for all attendees of the Street Fair to come with socks and shoes, as not doing so would exclude you from being able to play some of the exciting games available at the Street Fair.

2-4. korg g usha blog kak jard (eh suka hati aku panggil dia kak. aku tgk ramai org panggil dia kak. aku pn rasa mcm best ja. so aku panggil la dia kak jugak. haha) dia dah translate siap paraphrase lg peringatan drpd nuffnang tuh. aku malas nak copy paste kat sini.

aku paste yg nombor satu ja sbb aku kurang puas hati. aku mmg malas nak pakai kasut sebenarnya. aku dah bercadang nak pakai sipa jepun ja. tetbe dapat peringatan cmtu, terpaksa la aku terkedek-kedek pergi basuh kasut (seingat aku, sejak beli kasut tu aku pernah basuh sekali ja). dah masuk toilet, baru teringat terlupa nak amek sabun dynamo. sbb aku malas, aku nampak ada syampu dove yg dah lama aku tak pakai (sbb dia mengeraskan rambut aku), aku pn belasah basuh kasut aku pakai syampu dove. esok agak-agak kalau korg lalu sebelah budak yg kasutnya berbau syampu dove, aku lah tuh. haha. tp jgn tegur aku taw. aku segan. aku kan pemalu orgnya. tgk dari jauh ja sudah. poyo kan? mcm nak kena sepak.

p/s: eh kasut aku masih tak kering neh. cuak plak. mcm rasa cuak hari isnin nak pergi perhimpunan tp ahad malam kasut tak kering-kering lg. lepastu jenuh guna hair dryer nak keringkan kasut -.-

.end of entry.

Thursday, April 15, 2010

semua salah ghajini.

pagi td aku bangun awal. area pukul 9. bangun-bangun ja ada pesanan ringkas tp padat drpd mak kat papan puteh kecek. ya. papan puteh yg sepatutnya digunakan utk menulis barang-barang yg dihajati. tp ia multipurpose oke. haha. "UDA, TOLONG SIDAI KAIN. TK, MAK". dgn muka penuh taik mata, aku gagahi juga. tak. gigi pn tak gosok lagi. busuk? memang busuk. suka hati aku lah. bukan aku suruh korg bau pun. eh. apasal mcm emo lebih ni? oke ini ceritanya. aku bukak youtube. hajat hati nak tgk cite Ghajini. tetbe beria aku tgk, wlpn telinga saket (sbb bahasa tamil. kau faham-faham lah), baru aku sadar. rupanya aku tgk yg tamil version. cilakak. kenapa tade sape penah bitaw aku dia ada dua version? mcm hampeh. oke takpa. aku teruskan gak cari yg versi amir khan. semua dah kena delete by youtube katanya. hamboi. youtube sekarang dah maju ke arah membanteras penjiplakan nampak gayanya. terpaksa aku cari alternatif lain. iaitu mendownload. lepas dah byk kali sign up dan rupanya kena bayar, aku malas. aku on ym. aku masuk chat room. sumpah lama dah tak masuk chat room. sebab dah matang kot?

dalam chat room, dgn pakai CAPS LOCK, aku tanya soalan yg aku kira gurau-gurau manja tetapi rupanya mencetuskan kemarahan para chatters. WEH KORG SEMUA TAK KERJA KE? aku tanya mcmtu je. serius. tetbe semua org hentam aku bagai nak rak. cakap aku bodoh la semak la sampah la bangang la tak educated la tak matang la get a life la. oh oh oh. serius aku tak faham. aku pn apa lg, buat la ulah sket. kutuk sana sini sket. depa mmg hangen tahap gila-gila ah dgn aku. haha. aku jadi mcm cuak-cuak seronok. cuak sebab first time buat cmtu. seronok sbb, yelah. aku kan tgh bosan. tetbe dpt plak org nak gaduh. kan seronok jadinya? haha.

takpa ah. lelama tu tetbe aku bosan layan diaorg. diaorg ckp diaorg kerja hebat, educated, matang, umur lg tua semua bagai. fine lah. aku minta maaf. pastu aku duk diam-diam. aku chat dgn sorg saksi kejadian. haha. dak tu beria ckp aku hebat la mulut laser la terrer la apa bagai la sbb berjaya lawan depa yg ramai dalam chat room tuh. ceh. kau tak tahu aku in real life cmne. kalau kena marah sket ja mau menanges dua hari empat malam. haha. tak lama lepastu, aku usha balik chat room tu. korang nak tahu depa tengah berborak pasal apa?? pasal SEX, TEGANG, BAWAH KATIL, STIM, etc. macam bangang. oh salah. ini educated namanya. pathetic. dah bye.

.end of entry. 

coklat bawang. ada ke? mcm sdp je?

bila aku tak nak buat, kecik ati.
bila aku dah buat, jadi macam ni.























aku plak yg rasa kecik ati sampai nak lari rumah tetbe. kau tgk. sampai dah tak rupa bawang puteh. tak tergamak aku nak tgk. bila aku tanya "MAK, MAK TAK MASAK KE? DAH NAIK BERAKAR UMBI BAWANG PUTEH YG UDA KUPAS NEH". skrip biasa mak "MAK TAK SEMPAT LA. MAK BZ. MAK KAN CAREER WOMEN". heh. takpa. takpa. at least aku dah ada alasan yg kukuh utk tidak mengupas bawang puteh dgn kuantiti yg byk bila disuruh oleh mak di lain hari. yeay!

p/s: nampak gaya, mcm dah nak tumbuh jd pokok bawang ja. aku ingat aku boleh jadi usahawan bawang puteh la pasneh. maklum lah bak kata mak senah, apa tuh..em..hijau tangan? tangan sejuk? ha lebih kurang lah tu. sesiapa yg nak beli bawang puteh boleh call aku. udah-udah le beli bawang kt si wong teck kiong tuh. mari bantu org melayu pulak. dah la melayu, muda pulak tu. dah la muda, perempuan pulak tu. dah la perempuan, comel pulak tu. dah la comel, err. hee. sebelum korg rasa nak sepak, aku bla dulu. bye!

.end of entry.

Monday, April 12, 2010

guru pitka barangkali.

hari tu, dgn muka yg bersinar, azim ckp kt aku "MAK UDA! AZIM DAH PANDAI BACA BAHASA INGGERIS". aku senyum (kali ini bukan dgn senyuman magibon. senyuman magibon hanya utk memikat para lelaki dewasa lah. bkn utk budak berumur 6 thn. apatah lg kalau budak tu ank sedara kau sendiri. sumbeng mahrem jadinya nnt. haha). tiba-tiba aku teringat, dulu azim sebut SUPERBIKE jadi SU-PER-BIE-KE (bunyinya penuh kemelayuan. bie-ke tu bunyi mcm kau sebut kueh bingke ubi tanpa huruf N dgn G). itu dulu. sekarang, bak kata azim, dia dah pandai baca bahasa inggeris.

semalam hujan lebat. tiba-tiba azim bersuara "MAK UDA, PETIR TU BAHASA INGGERIS" aku dpt kesan ada bunyi keyakinan di hujung ayat dia. sambil buat muka ingin tahu, aku tanya "OH YEKE? HABIS, BAHASA MELAYUNYA APA?" azim kerut kening sket. lepastu dia pun jawab, "KALAU BAHASA MELAYU, GURUH LA MAK UDA" eik. takpa. mungkin aku salah dengar. yelah bak kata senior aku, 'kalau kita dah korek telinga pun, kadang-kadang kita tak perasan masih ada taik telinga yg tertinggal kt tepi-tepi tu lagi'. jd aku pun tanya azim sekali lagi "OH..KALAU BAHASA INGGERIS?" kali ni azim buat muka tak puas hati sket "PETIR LA! BAHASA MELAYU GURUH!" dia jwb dgn penuh semangat kesukanan. pergh. berat jugak neh. esok kalau aku lapang aku ingat nak pergi usha tadika tempat dia belajar la. kalau perlu, aku nak saman tauladan cekgu dia sebanyak RM 1 juta. eh korang jgn dah siap berangan nak suruh aku belanja caribbean fish Secret Recipe plak. aku ckp kalau perlu je. heh.

.end of entry.

Thursday, April 8, 2010

atas permintaan ramai

setelah dibasuh dgn penuh kasih syg.

 
dah. puas hati korg semua? haha. kachak rupanya kipas cap mistral aku neh. suci ja rupa dia kan? siap ada air-air lg. ala-ala baru lepas berwudhu gitu. err tu bkn air peluh ya. itu air musta'mal ;p

.end of entry.

Wednesday, April 7, 2010

tugasan terakhir.

Amacam? serius tak bunyi nya bila aku pakai perkataan 'tugasan' tu? mari aku tunjuk contoh konteks penggunaannya, "BAIK ENCIK. SAYA AKAN LAKUKAN TUGASAN TERSEBUT DGN SEGERA, SEMPURNA, DAN RAHSIA". mcm sgt penting kan? mari kita cuba translate ke bahasa ingelish. 'assignment'. contoh konteks penggunaannya, "AKU TAK BUAT PN LAGI ASSIGNMENT TU. KENA HANTAR SBLM PUKUL 5 HARI NI KAN? JAP LG LA AKU BUAT. AKU NAK LIKES STATUS FESBUK KWN-KWN AKU NEH". tiba-tiba dh jd mcm enteng. semalam sepatutnya aku kena hantar assignment. tapi aku tak siap. so pg tadi baru aku terkial-kial hantar. kwn aku tanya berapa pages aku buat assignment tu. aku ckp aku tak tahu. aku malas kira. lgpn matematik aku memang lemah. tp itu jwpn kaver line ja. sebenarnya aku malas nak ckp kt dia yg aku buat betul-betul ikut sukatan untuk muat selit bawah pintu bilik lecturer. haih. nak tahu tak kenapa aku lambat siapkan assignment? ni semua salah Dato' M. Daud Kilau. kau tahu tak gara-gara dia bukak baju kt ABP-BH hari tu aku tak boleh tidur lena dua mlm? asek terkenang-kenang ja. hesh -.-

.end of entry.

Saturday, April 3, 2010

sebab aku kan kakak.

Khamis. 1/4/2010. seawal 7.42 pagi mak msg aku, "bila nak balik?". menyusul tak lama kemudian, msg drpd abah pulak "ada plan nak balik?". wah. mak abah aku neh, betul-betul rindu kt aku gamak nya. beria tanya aku balik rumah ke tak. bg tidak menghampakan harapan kedua org tua, aku pun call mak "mak, kenapa? nak suruh uda balik ke?" dgn penuh rasa syahdu, mak pn jawab "aah. nak suh tolong jaga amir. mak dgn abh outstation minggu neh". oh kecewa sedikit di situ. rupa-rupa nya nak suruh aku balik utk jaga adik aku semata. tiada rindu, tiada juga hp baru (err. mcm tiada kaitan. takpa abaikan). adik aku tu walaupun umur dah 17 tahun, nak suruh dia masak nasi pn kena buat ugutan 'AKU CAMPAK PSP KAU KANG' sebanyak dua belas kali. baru la terkedek-kedek dia pergi masak nasi. nampak tak betapa tidak boleh berdiri di atas kaki nya sendiri? maka terpaksa lah aku sbg kakak sulung (eh huda, kau ada adik beradik perempuan yg lain ke? -.-) menyorongkan kaki aku sendiri utk dipijak oleh beliau. ceh nampak mcm kakak mithali bukan? haha. betul lah. mmg mithali. tgh hari khamis tu juga aku pulang ke rumah oke. tiba-tiba, ptg jumaat tu mak aku cakap adik aku tak jadi balik. eh eh eh. apa neh? aku balik semata-mata utk menjaga beliau. mana boleh mcm ini. ini dah mcm adik kandung menganiaya kakak kandung sendiri! gara-gara tak puas hati, terus aku msg kwn adik aku (adik aku tak bwk hp g asrama. skema kan beliau? bak kata abg aku, mana boleh dia bwk hp. nnt jatuh la reputasi dia sbg kadet kebangsaan. cet)

"CAKAP KT AMIR, SATG ABG DIA NAK DTG AMEK DIA"
(menggelupur la adik aku. tetbe msg bitaw nak dtg amek. haha. terus dia kol aku suruh aku kol dia balik)
"HA CPT SIAP-SIAP. JAP LG KTAORG DTG AMEK KAU"
"LA APA PLAK. AKU DH BITAW MAK ABAH AKU TAK BALIK"
"EH TADE TADE. KAU KENA BALIK JUGA. SIAP CPT"
"NAPE? ALA MANA BOLEH. ESOK AKU ADA PROGRAM"
"PROGRAM APA?"
"EMM ERR ADA LA PROGRAM. ALA AKU TANAK BALIK"
"AHHH. TADE-TADE. KAU TAHU TAK ESOK CHELSEA LWN MAN U?" (bijak tak aku? aku taw adik aku sokong chelsea. tips kpd kakak-kakak di luar sana, sila amek tahu adik lelaki anda sokong kelab bola apa. sng utk kegunaan mengugut di masa akan datang)
"CEWAH. PANDAI UGUT AKU. TAW LA. TP ALAA..."
"AH TADE. KTAORG DAH ON THE WAY NEH"
"HAA??!! YEKE? ALAAAA"
"TADE ALA ALA. CPT SIAP"
"OKE LA. OKE LA. TP NNT KORG KNE TUNGGU DPN ASPURA LAMA SKET LA. SBB AKU TAK KEMAS APA-APA LG NEH"
"TAKPA. NNT AREA KOL 9 BARU KTAORG GERAK"
"EHHHH!!! TD KATA DAH OTW? HAHAA. KANTOI!! DAH DAH TADE. AKU TANAK BALIK. TAYAH DATANG AMEK AKU"
(bengong. bleh plak terkantoi menipu dgn budak berumur 17 tahun yg hanya tahu main psp dan membaca komik naruto di internet -.-)
"HAHAHA. WOYYY. BETUL LA. MMG DAH NAK OTW LAH NEH. AH TADE TADE. JAP G KTAORG SMPAI. SIAP CEPAT"
"YELA YELA"

heh. amacam? hebat tak aku? haha. padahal banyak kali kena kutuk dgn abg aku gara-gara terkantoi menipu. eh org jujur mmg mcmni. hee. takpa. yg pnting, berjaya mengambil beliau balik ke rumah. tp kesian gk la kt dia. sbb dah malam, jd dia nak amek tanda tgn warden pn mcm susah. siap kena marah lg dgn warden. dia cerita ustazah tu membebel kt dia "AWK NEH MENGANGGU LA! TAHU TAK SY NAK MKN NEH? DAH MLM-MLM BARU NAK BALIK!". ceh. dah kau warden. nasib ar! hangen ja aku dgn abg aku dgr. "USTAZAH, USTAZAH JGN BYK CAKAP SGT. SIGN JE BOLEH TAK? USTAZAH DAH LAH TAHU NAK MENGGEMOKKN BADAN JA. KALAU USTAZAH TAK PUAS HATI SGT MEH JUMPA DGN ABG SY" haha. kalau adik aku ikut ayat abg aku neh, mmg kena sebat dua belas kali la jawab nya.

***
sbb aku malas, lunch hari ni aku masak ayam goreng segera ja. err, memang la hangit sikit. tp aku goreng dgn penuh kasih sayang tahu? takpa. nnt malam kita pergi pasar malam, beli makanan best-best lepastu kita tgk game chelsea sama-sama ya ;')

.end of entry.
Related Posts with Thumbnails